Saturday, February 16, 2013

Boyfriend Tag..

Cute giler.. Ntah kenapa banyak suggestion pasal video nie keluar kat akaun youtube aku. But its cute sial.. Lets watch.


 







Thursday, February 14, 2013

Kelmarin..

Kelmarin merupakan hari kedua aku bekerja selepas cuti panjang sempena perayaan tahun baru cina. Dan masih ramai rakan-rakan pejabat yang masih menyambung cuti sehingga khamis ini. Maka sepanjang minggu ini hanya aku dan tiga orang rakan sepejabat yang bertugas. Sesungguhnya damai bila bertugas tanpa kehadiran bos-bos dan kaki bodek dipejabat. Hehehe..

Aku dapat selesaikan tugas yg diberikan semalam dengan jaya nyer dan mengajar member pejabat menggunakan microsoft excell. Best sangat sebab takde orang kacau. Senang nak mengajar.

Kat pejabat petang kelmari aku sempat cerita kat sorang member nie yang aku pi dating kat kangar sambil makan steamboat malam sebelumnya. Makannya memang murah dan sedap. Rm9.90 je satu kepala. 

Tepat jam 5 petang kami punchcard dengan senang hati kerana kerja yang diperuntukan selesai dan berjaya diselesaikan. Ambil je moto terus aku pecut ke rumah melalui jalan batas tali air. Keluar awal kuranglah kenderaan yang melalui batas tali air. Maka tak sampai 10 minit aku dah sampai ke rumah. Yeaaahhh..

Sampai je rumah bukak tv9 tengok spoungebob. Hahaha... Rancangan wajib tengok bila balik keje. Sambil tengok tv sambil layan whatsapp dengan R. R ajak aku teman dia p gym petang ni. Aku cakap ok je. R bagitau dia akan datang amik aku terus lepas dia keja jam 6. So sambil tunggu R sampai umah sempat gak aku terlelap depan tv. Hahaha..

R hantar mesej dia on the way. Maka aku bangun dan terus bersiap. Pakai short pant dan jersi harimau melaya je. Dalam 10 minit R sampai rumah aku. Dia terus masuk ke rumah dan tukar baju kerja dia dengan baju gym. Dalam jam 6.30 petang kami sampai ke gym di simpang kuala. Selepas bayar kami buat aktiviti masing-masing.

Dalam jam 7.45 petang kami keluar dari gym. Tetiba perut aku rasa lapar. Aku cadangkan pada R ke alor setar mall untuk makan di restoran thai. Makanan kat situ memang tak sama dari restoran thai biasa. Menu yang aku pesan meehon celup atau R panggil meehon sup thai. Rasanya memang terbaik lah. Rasanya memang sama seperti meehon celup yang selalu aku makan kecil-kecil dulu di kampung.

Selepas je makan, dalam perjalanan nak balik rumah R cakap dia rasa nak makan kek. Aku pon sama. Dari pagi tadi lagi teringin nak makan kek. So R kata "jom ke secret recipies". Dan aku "Jom".

Maka kami menuju ke Star Walk. Parking je dekat tepi jalan depan Maybank dan jalan kaki ke SR. Tapi bila tengok kek yang ada. Teramatlah mengecewakan. Hanya ada dalam 6-7 jenis kek je yang ada. Maka aku cadangkan ke SR Jitra. But R cadangkan ke SR tesco. 

Masa kami memasuki kereta, tiba-tiba ada sebuah kereta parking didepan kereta kami. Dan apa yang membuatkan aku terkejut itu merupakan kereta yang sangat aku kenali yang mempunyai nombor plat yang sama dengan kereta aku. Aku tak keruan. Tiba-tiba kereta didepan kami bergerak keluar dari petak parking dan menuju ke arah lain.

Kemudian R marahkan aku. Katanya "biar lah dia, ex je kot. Nak kalut kenapa? Kalau takut sangat meh nak turun lempang sebijik". Aku plak naik gerun bila R cakap macam tu. So aku cepat-cepat suruh R drive kereta ke tesco.

Sampai saja ke SR tesco kami order dua kek dan dua minuman. Tiba-tiba R gelak sorang-sorang. Aku tanya kenapa. Dia cakap yang tengah kerja dikaunter tu member bbm yang pernah try usha dan nak jumpa dia. Tapi dia cakap dia asyik bagi alasan dan tolak je. Itu R yang cakap la. Tak tahu betul ke tak kan sebenar-benar ceritanya kan??

Lepas makan kita orang terus balik umah aku. R hantar je aku dan dia terus je balik.

Dan dalam jam 1 pagi sebentar tadi aku whatsapp R ajak keluar makan di kfc stadium. R cakap ok je. Sebenarnya aku bukan nak makan sangat tapi tak puas lepak dengan R. Har har har.. Manakala R sememangnya tengah lapar.

Dalam jam 2 pagi tadi kami berpisah dan menuju ke rumah masing-masing. Semoga malam ini mimpi indah.
Hmmmmm... Hehehe.. :P











Nota Berkaki : Tak sabar nak final exam. Waaaaaa... Mati la apepon tak baca lagi.. Huhuhuhu...

Monday, February 11, 2013

G, S or T ??

Baru je lepas tengok rancangan neh. Memang best sial. Lawak pon ye. Ntah macam ner bleh tertengok rancangan ni. Banyak sangat suggestion kat wall youtube aku 2-3 menjak. Pepun layaaaannnn...






Nota Berkaki : Lawak siaaaaall.....

A New Life To Begin..

video

Dah lama tak buka laptop. Entry lepas pon  update guna komputer ofis jek. Baru je lepas tengok cerita korea kat tv9 dan cerita cina kat tv2 lakonan Jacky Chan dan sape ntah sorang lagi pelakon muda. Kisah jacky and the other guy jumpa seorang baby bela baby tu. Cute giler bila baby tu panggil jacky daddy and the other guy mommy. Sweet nak mampos.

Bila on je lappy ni segala update pada semua akaun yang telah aku setting terpampang diskrin. Bila dibelek satu persatu aku terpandang satu gambar terbaru. Gambar anak-anak. Hmm.. Nampaknya anak-anak gembira dengan uncle baru. Bagus lah. Nampak gaya aku patut re-format balik lappy nie biar semuanya hilang.

Macam mana dengan hidup sekarang? Hidup sekarang ya!? Ok la kut. Dah biasa hidup sendirikan? Cuma pergaulan tidak dibataskan seperti dulu. Hehehe.. Sebab aku bukannya terdesak sangat kut nak berkapel. Dan aku juga bukan orang yang suka memilih. Emm... Macam mana tu?? Seingat aku selama aku berkapel nie bukan aku yang memilih dan mencari orang, tapi sebaliknya. Dan aku hanya menerima mereka yang baik bagi aku, matang dan bersungguh-sungguh. Itu dulu laa.. Sekarang tak tahu lagi. Hak hak hak..

Dan sekarang aku ada la jugak keluar dengan beberapa orang yang berani bertegur sapa dengan aku. Salah seorang daripada meraka berbangsa cina. Hak hak hak.. Best gak dating dengan chiness neh. Speking jek 24 jam. Bleh gak asah lidah yang dah lama tak speking. Hehehe.. Oh.. This guy I call him J. Seorang interior designer. Sekarang ni dia sedang sibuk dengan projek Tune Hotel Alor Setar dan dua lagi projek di Negeri Sembilan. Memang susah nak jumpa J ni. Bila dia free dia akan call dan selalunya lepak kat kedai makan dan sembang sampai pagi. Kawan dengan chiness nie kalau sembang bukan topik macam mana nak dapat duit, you can't call him chiness. Kan kan kan..!?

Other person yang selalu jugak la aku jumpa budak kerja dengan Gamuda.  Ala syarikat yang sedang bina landasan keretapi berkembar tu la. K nama dia. Orangnya muda lagi dan tinggi. Ok la selalu gak keluar dating dengan K kalau takde aral. Orangnya romantik. Hak hak hak.. Gatal sial aku rasa. Tak sedar diri dah tua. Hehehe.. K tu muda lagi. Baru 3 tahun keje dengan Gamuda. Jumpa dia pon dengan tak sengaja masa member bomba aku try buat blind date dengan K satu malam tu. Last-last K lari lepas jumpa member aku tu. Hahaha.. Lawak tul malam tu. Member bomba aku tu marah sial sampai tak nak makan malam merajuk.

Oh ya, dalam ramai-ramai yang aku jumpa. Sempat gak aku jumpa dengan seorang blogger neh. Hmm.. Kitorang panggil dia M je. Orangnyer pendiam dan mysterius. Kurus, tinggi dan pemalu kot. Tak banyak yang kami sembangkan. Sebab kali pertama jumpa kan? Dia sempat temankan aku shopping-shopping kat Penang beberapa minggu lepas. Hehehe.. Nak bagi hadiah kat dia tapi tak tahu nak belikan apa. Suruh pilih apa yang dia suka dia diam jek. Nak kene babab gak budak neh time tu..

Sorang lagi yang berani mati mai cari rumah aku sampai jumpa, budak Melayu kerja sebagai interior designer. R namanya. Baru chat seminggu dah macam cacing goreng nak jumpa dan kenal. Hais.. Macam-macam. Penat kot nak layan, last-last aku bagi tahu taman mana aku tinggal dan nombor rumah. Tup tap tup tap tak sampai 20 minit R sampai depan rumah. Kalut sagat mamat neh. Emm.. sebenarnya aku sendiri segan nak jumpa R. Orangnya elok sangat. Dah la tinggi. Muka aku nie kat dada R je tau. Rupa pon ada. Body ketul-ketul. Fuuuhhh... Segan sial nak jumpa. Tapi dia yang bersungguh-sungguh nak jumpa. Aku follow je lah. 

Ok gak kut life aku sekarang neh. Banyak benda dan orang yang aku tau sekarang neh. Adik beradik menteri la, anak datuk itu la.. Macam-macam. Tapi semuanya sekadar kenal-kenal je. Takde niat lagi nak cari pengganti. Jika ada, ada la kan? Kebanyakan yang aku jumpa kali ni ada la mengikut kreteria lelaki pilihan aku terutama ketinggian. Hahaha... Semuanya tinggi kot. Lebih tinggi dari aku.

So sekarang ni apa yang aku buat just follow the flow. Gitu.. Janji semester nie aku lulus cemerlang dalam peperiksaan akhir semester ini dan lepas tu selesaikan renovetion bahagian dapur dan jika ada lebihan bujet aku akan sambung terus dengan renovation dibahagian depan rumah pulak.


Bear-bear say gudnite ;]







Nota Berkaki : Ok lah, dah lewat nie. Masa untuk tidur. Hehehe.. Sweet dream or beutifull nightmare??

Wednesday, February 6, 2013

Heaven...

video


Jika diikutkan aku masih lagi memiliki 2 assignment yang masih belum disiapkan dan 2 tugasan pejabat. Tapi rasa malas masih menguasai diri. Hak hak hak..

Rasa ingin update blog ni berkobar-kobar. Tapi bila difikirkan tentang idea yang banyak entah dimana mahu mulakan.

Hmmm.. Ok, I will start here. Why all the entry is gone? Tak hilang pon. Masih ada. Cuma aku ingin mulakan bab baru. Kenapa bab baru. Emm.. Semuanya telah berakhir bagi kami. Maka aku mulakan langkah baru dengan meninggalkan semuanya diblog lama.

Kenapa entry sebelum ni suam-suam kuku?? Hahaha... Tentulah suam-suam kuku. Sedih kot. Perancangan sebelum ni habis musnah. Takpelah. Dah jodoh tak panjang. So buka buku baru dan bab baru. Dia pon tengah bahagia dengan orang baru.

Dan sejak 2 minggu kebelakangan ni aku rasa aku dah jarang fikirkan masalah ni. Bersedia untuk mulakan hubungan baru? Emmm.. Mungkin bukan dalam masa terdekat kot. Walaupun ada yang cuba mendekat dan merisik. Hahaha.. Macam nokharom? Kalau betina tu takpe gakkan nak merisik-risik bagai?? Pepun aku letakkan syarat simple je pada semua. Aku masih mengubat hati ini dan semuanya aku akan berkawan untuk mengenali hati budi masing-masing. Yang mana serasi tu bertuahlah. Itupon jika terbuka hati ini untuk berkasih sayang lagi. Kenangan lama masih tercalit lagi diparut-parut lama pada badan ini. Sukar untuk melupakan semuanya sekali gus.

Ok je John kali ni aku rasa. Takde la rasa nak telan ubat dan gantung diri macam yang lepas-lepas. Aku rasa aku dah fully prepair kut untuk berpisah kali ini. Malam last kami jumpa aku dapat hadiah terakhir dari dia. Berlubang perut aku. Hahaha.. Walaupun tidak sengaja, tapi bersepah gak darah bila aku bangun tidur dijubah. 

Dan minggu depan selepas cuti panjang tahun baru cina peperiksaan akhir semester akan mengambil alih jadual siang dan malam aku. Agaknya akan penat untuk seminggu dan lepas tu bolehlah untuk bercuti sakan selama 2 bulan. Weeeeeee... Ke K.K. gamaknya tahun nie. Macam best.. Hehehe.. Sape nak joint??



Nota Berkaki : Nak upload video hajatnya. Tapi ofis block line plak. So nanti pakcik balik keje la pakcik upload lain jika rajin. hak hak hak.. Memang malas dah nak on lappy kat umah sejak sebulan dua nie. Cukup la dengan tablet buruk neh. Oh ya.. Bulan nie dah genap umur tablet nie setahun. So kontrak dengan celcom akan tamat gak. Termasuklah bill. Sebab sebelum nie aku dah bayar bill line tablet untuk setahun. Hmm... Kena wat perancangan belanjawan baru nampak gaya nyer. Termasuk cukai pintu n tanah. All bills and insuran kereta n moto.. Huhuhu... Cepat la rumah siap.. Tak larat dah tunggu neh.. Huhuhuhu...