Sunday, November 20, 2022

Hey 2022.. (Dah nak habis tahun dah. Duhhh..)

Hahahaha.. 

Khabare guys (and yang tak berapa nak guys). Ehekkk..


Lama giler aku tak jenguk port lepak ni. Makin ramai yang tak aktif dalam ni. Maybe beralih ke platform baharu barangkali. 


Rindu giler kat semua. Lagi-lagi si John, Numan and Zack. 

Dah semakin sihat ke si John sekarang? Masih bahagiakah dia dengan cinta hatinya?

Last perkhabaran dari Numan beliau telah kembali ke tanah air tumpahnya darah dan daranya.. (Ok.. yang ni gurau).

Zack pula, adakah beliau masih diperantauan dengan suri hatinya?


Adik-adik blogger yang lain abang pantau dari jauh je melalui media sosial. Ada yang dah habis belajar dan mula memasuki alam berkerjaya. Ada yang dah kembali single, ada yang dah menemui sang raja dihati. Ada yang bertukar kerjaya dan sedang mengumpul harta. Ada yang berpindah kerja berhampiran dengan keluarga. Dan abang harapkan semoga semua sihat serta menikmati kegembiraan yang diperolehi dengan sebaik mungkin.


Sebenarnya dah lebih sebulan terdetik niat untuk abang meng-update blog ni. Tapi tu la. Malas menguasai diri. Sekarang banyak masa dihabiskan dengan bermain games untuk hilangkan stress kerja dan menguruskan rumah yang kembali abang duduki. Sekali-sekala aku ke Selengor dan Negeri Sembilan menyiram tanah yang tandus agar kembali subur dan tidak terbiar kekeringan. Kadang-kadang bila rindu pemaisuri hati abang akan kembali ke kampung untuk menguruskan kesihatan baginda ratu. Sejak banginda raja mangkat, baginda ratu tinggal bersendirian disinggahsana. Baginda ratu degil tidak mahu tinggal bersama anakandanya agar terjaga makan dan minum.


Oh, lupa. Btw.. abang kini kembali ke utara. (Peace V)






Nota Berkaki : Abang mungkin akan update post terakhir tentang kisah lama abang yang tergantung dan tak tertulis tu. Ini mungkin penutup yang akan dedahkan rahsia yang abang simpan selama ni. Mungkin bulan depan. Dan tahun hadapan abang akan restart kembali blog ni to zero and start a new again. Maybe..