Monday, May 27, 2013

Siapa Dia Di Hatiku...



Telah lebih sebulan aku tinggalkan blog ini. Entah kenapa hati ini rasa kosong dan berbelah bagi. Bukan tiada yang sudi meneman, ramai. Tapi aku rela menjauh. Entah kenapa. Ada yang cuba mengetuk hati ini. Tapi aku biarkan ketukan itu tidak berjawab.

Dari perpisahan itu R telah hadir. Perkenalan yang ringkas tapi penuh kesunggguhan. Kerana kesungguhan itu aku menoleh. Melihat kesungguhan yang ditunjukkan. Aku cuba lapangkan fikiran untuk mengenali R. Orangnya ringkas. Serba ringkas. Berada didalam keluarga yang serba sederhana menyebabkan aku selesa dengannya. Latar belakang dirinya sangat menarik. 

Melihat R dari sudut yang berbeza agar jauh dari B. Tetapi R sedar B masih berada dihati ini. Layanan R tetap baik sehinggalah ke saat itu. R luahkan segala isi hatinya. Dapat aku lihat sisi lain R seolah cemburu dan menyerah pada takdir tentang apa yang dia rasakan. Terasa dirinya dibayangi oleh B. R mengalah dan berdiam diri.

Begitu senang sekali R menyerah kalah. Sedangkan aku dalam diri begitu sengit berperang dengan perasaan untuk mengikis kenangan lalu dari berputar.

Akhirnya aku juga mengalah. Tidak guna untuk memaksa hati orang lain untuk menerima kerana ia adalah sia-sia. Sedikit terkesan dari itu aku tutupkan terus hati ini dari melihat keluar jendela. 

Kini hadir F mencuba nasib. Aku sendiri tidak pasti dimana harus aku letakan F. Perkenalan dengan F bermula di alam maya. Tidak pernah bersua muka. Akhirnya aku terserempak di pusat membeli belah di negeri seberang. F betul-betul berdiri dihadapan aku. Aku gugup. Segera aku beredar dari toko itu.

Selang entah beberapa lama bersembang di alam maya F meminta izin untuk berjumpa. Katanya aku ini berlainan. Entah apa yang lainnya. Agak sukar untuk aku menunaikan permintaan F ini. Tapi aku tunaikan jua.

Semuanya dirancang rapi oleh F. Perfectionist lagaknya. Tapi semua musnah ditengah jalan. Kenangan yang tidak akan dilupakan oleh F sampai bila-bila, katanya.

Dari situ, semuanya bermula kembali. Dapat dilihat kesungguhan F untuk mengelani diri ini. Cuma aku tidak tahu dimana harus aku mulakan. F berasal dari keluarga yang bukan calang-calang di Kedah ini. Keluar masuk istana adalah perkara biasa baginya. Sebut saja nama bapanya, pasti semua kenal. Perbezaan latar belakang yang besar ini membuat aku agak kekok. 

Pelbagai cara F gunakan untuk melembutkan hati ini. Walaupun kadang-kadang cara yang digunakan agak kolot. Jika gadis dibuat begitu pasti ramai yang cair. Tapi tidak aku. Aku tidak perlukan layanan sebegitu. Kerana aku bukan gadis. Aku masih lelaki. Lelaki yang keliru dengan naluri. Jadi aku buka seorang gadis untuk dilayan sebegitu. 

Sikap ambil berat yang ditonjolkan teramat ketara. Seperti menjaga anak yang kecil. Tapi aku bukan anak kecil lagi. Aku rimas dilayan sebegitu. Entah sudah berapa kali aku beritahu. Tapi semuanya ibarat mencurah air didaun keladi. Penat untuk mendengar kata maaf darinya. 

Penat untuk melihat drama yang tak sudah. Aku tidak pasti apa yang patut aku luahkan. Sifat degilnya tetap ada walau ditegah, dilarang. F tetap akan buat hanya kerana dia rasakan apa yang perlu dilakukannya itu adalah betul.

Bukan semua perkara yang dilakukan oleh F adalah tidak baik. Banyak faktor positif yang boleh disenaraikan. Tapi kerana sikap dan latarbelakangnya, aku takut akan dilabel mengambil kesempatan seperti salah seorang bekas kekasih F.

Jika dikira-kira perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh F sehingga ke hari ini walaupun tempoh perkenalan kami hanya beberapa bulan sahaja, aku pasti semuanya tidak terkira. Jika aku menegur, pasti dijawabnya "tidak salahkan untuk dia bahagiakan orang yang dia sayangkan??". Aku kelu. Aku tahu niatnya iklas. Tapi bagi aku itu semua tidak perlu. Cukup dengan bersederhana. Dan kini aku diam. Diam seribu kerana takut untuk mengguris hati yang iklas itu.






Patutkah aku berterus terang apa yang sedang aku fikir dan rasakan kini? Atau menjadi hipokrit?? Kerana aku masih lagi bermain dengan kenangan lama...







Nota Berkaki : Cheq syak penulis lirik lagu neh pernah baca blog cheq sebab gaya penulisan lirik tu seperti gaya penulisan beberapa entry cheq kat blog lama. Contoh : A x x x B. B x x x x C. C x x x D. D x x x x E. Kalau tak caye search lirik tengok..