Monday, February 11, 2013

A New Life To Begin..


Dah lama tak buka laptop. Entry lepas pon  update guna komputer ofis jek. Baru je lepas tengok cerita korea kat tv9 dan cerita cina kat tv2 lakonan Jacky Chan dan sape ntah sorang lagi pelakon muda. Kisah jacky and the other guy jumpa seorang baby bela baby tu. Cute giler bila baby tu panggil jacky daddy and the other guy mommy. Sweet nak mampos.

Bila on je lappy ni segala update pada semua akaun yang telah aku setting terpampang diskrin. Bila dibelek satu persatu aku terpandang satu gambar terbaru. Gambar anak-anak. Hmm.. Nampaknya anak-anak gembira dengan uncle baru. Bagus lah. Nampak gaya aku patut re-format balik lappy nie biar semuanya hilang.

Macam mana dengan hidup sekarang? Hidup sekarang ya!? Ok la kut. Dah biasa hidup sendirikan? Cuma pergaulan tidak dibataskan seperti dulu. Hehehe.. Sebab aku bukannya terdesak sangat kut nak berkapel. Dan aku juga bukan orang yang suka memilih. Emm... Macam mana tu?? Seingat aku selama aku berkapel nie bukan aku yang memilih dan mencari orang, tapi sebaliknya. Dan aku hanya menerima mereka yang baik bagi aku, matang dan bersungguh-sungguh. Itu dulu laa.. Sekarang tak tahu lagi. Hak hak hak..

Dan sekarang aku ada la jugak keluar dengan beberapa orang yang berani bertegur sapa dengan aku. Salah seorang daripada meraka berbangsa cina. Hak hak hak.. Best gak dating dengan chiness neh. Speking jek 24 jam. Bleh gak asah lidah yang dah lama tak speking. Hehehe.. Oh.. This guy I call him J. Seorang interior designer. Sekarang ni dia sedang sibuk dengan projek Tune Hotel Alor Setar dan dua lagi projek di Negeri Sembilan. Memang susah nak jumpa J ni. Bila dia free dia akan call dan selalunya lepak kat kedai makan dan sembang sampai pagi. Kawan dengan chiness nie kalau sembang bukan topik macam mana nak dapat duit, you can't call him chiness. Kan kan kan..!?

Other person yang selalu jugak la aku jumpa budak kerja dengan Gamuda.  Ala syarikat yang sedang bina landasan keretapi berkembar tu la. K nama dia. Orangnya muda lagi dan tinggi. Ok la selalu gak keluar dating dengan K kalau takde aral. Orangnya romantik. Hak hak hak.. Gatal sial aku rasa. Tak sedar diri dah tua. Hehehe.. K tu muda lagi. Baru 3 tahun keje dengan Gamuda. Jumpa dia pon dengan tak sengaja masa member bomba aku try buat blind date dengan K satu malam tu. Last-last K lari lepas jumpa member aku tu. Hahaha.. Lawak tul malam tu. Member bomba aku tu marah sial sampai tak nak makan malam merajuk.

Oh ya, dalam ramai-ramai yang aku jumpa. Sempat gak aku jumpa dengan seorang blogger neh. Hmm.. Kitorang panggil dia M je. Orangnyer pendiam dan mysterius. Kurus, tinggi dan pemalu kot. Tak banyak yang kami sembangkan. Sebab kali pertama jumpa kan? Dia sempat temankan aku shopping-shopping kat Penang beberapa minggu lepas. Hehehe.. Nak bagi hadiah kat dia tapi tak tahu nak belikan apa. Suruh pilih apa yang dia suka dia diam jek. Nak kene babab gak budak neh time tu..

Sorang lagi yang berani mati mai cari rumah aku sampai jumpa, budak Melayu kerja sebagai interior designer. R namanya. Baru chat seminggu dah macam cacing goreng nak jumpa dan kenal. Hais.. Macam-macam. Penat kot nak layan, last-last aku bagi tahu taman mana aku tinggal dan nombor rumah. Tup tap tup tap tak sampai 20 minit R sampai depan rumah. Kalut sagat mamat neh. Emm.. sebenarnya aku sendiri segan nak jumpa R. Orangnya elok sangat. Dah la tinggi. Muka aku nie kat dada R je tau. Rupa pon ada. Body ketul-ketul. Fuuuhhh... Segan sial nak jumpa. Tapi dia yang bersungguh-sungguh nak jumpa. Aku follow je lah. 

Ok gak kut life aku sekarang neh. Banyak benda dan orang yang aku tau sekarang neh. Adik beradik menteri la, anak datuk itu la.. Macam-macam. Tapi semuanya sekadar kenal-kenal je. Takde niat lagi nak cari pengganti. Jika ada, ada la kan? Kebanyakan yang aku jumpa kali ni ada la mengikut kreteria lelaki pilihan aku terutama ketinggian. Hahaha... Semuanya tinggi kot. Lebih tinggi dari aku.

So sekarang ni apa yang aku buat just follow the flow. Gitu.. Janji semester nie aku lulus cemerlang dalam peperiksaan akhir semester ini dan lepas tu selesaikan renovetion bahagian dapur dan jika ada lebihan bujet aku akan sambung terus dengan renovation dibahagian depan rumah pulak.


Bear-bear say gudnite ;]







Nota Berkaki : Ok lah, dah lewat nie. Masa untuk tidur. Hehehe.. Sweet dream or beutifull nightmare??

4 comments:

Putera said...

Byk nye jumpa org... Klu putera memang xkn jumpa.. Akan beri berbagai alasan nk elakkan utk brjumpa.. Hehe..

I think mcm boleh agak sape lh blogger tu.. Haha

Tertanya2 dr mana lh pakcik kenal dgn mereka smua ni...

adamiedamuss said...

ala... jumpa je.. xde la smpai acara londeh2 sluar.. hak hak hak..
kalau dulu maybe pikir la gak kot kalau nak jmpa orang neh, nak jaga hati katanyer..
but now, no need kot..

kenal eh?? diam sudah..

kenal dr mana? hai..ang ni dok zaman mana nih?? hak ahk hak..

HDMI said...

haha. "kenal dr mana? hai..ang ni dok zaman mana nih?? hak ahk hak.."..

haha... adam, u dah tua kan, so bykkn berehat.. gigih sangat jumpa ramai org.. haha..

btw, have a great life and hope u success in ur study...
one more thing, apa2 pun, keep in touch with J & K, kot2 mna tau ada jodoh.. ;-)

adamiedamuss said...

haipp...
tua2 pon still ada org panggil adik tau.. wakakaka...

thanks i will enjoy with my life again.. y should i keep touch with J n K?? something fishy with that encouragement..haha..

owh ya... all the guys yg i jmpa kali ni smua under 25 kecuali J.. how??