Friday, November 11, 2016

Selamat Pagi Awak..

Assallammualaikum dan selamat pagi sahabat dan juga teman. Khabare? Waras?? Haa.. Tudia mukadimah sejak-sejak tenggelam timbul dilautan diseberang tambak. Kini abam bersiaran dari negeri di selatan tanah air bumi merah biru. Berkelana disini mencari rezeki. Ahh... Sadis rasanya. Huhuhu..

Sejak-sejak menjadi penyelia ni sedikit bosan bila hadir bekerja. Abam tak faham apa yang best naik pangkat ni sebenarnya. Abam rasa berpangkat rendah lagi best. Banyak cabaran. So.. Hari ni jadual meletakkan abam ditempat yang kurang sibuk, maka abam mempunyai sedikit masa untuk menjengok ke pondok buruk abam yang sudah lama terbiar ini. Huhuhu..

Ofis abam hari ini..

Abam rasa korang-korang semua ada membaca blog kakak Numan baru-baru ni kan? Terkejut abam bila dapat berita dari kakak Numan melalui wechat mengenai abam John. Terbantut seketika proses pembuangan sisa pepejal yang sedang dilakukan. Sedikit risau tentang John walaupun tanpa petunjuk yang jelas abam gerakan beberapa orang perisik untuk mencari lokasi dimana John ditempatkan. Sehingga kini abam masih belum temui petunjuk yang jelas. Abam harapkan John kembali sihat seperti sedia kala dan kembali merapu bersama teman-teman disini.

Disini abam ditugaskan untuk menjaga 10 orang junior yang terdiri dari pelbagai-bagai pe'el dan perangai. Dari yang muda jambu air sehingga yang tua gaya ala-ala gengster. Nasib baik tak berapa helok. Kalau tak.. Muahar har har.. (tumbuh tanduk). Dalam kumpulan abam juga terdapat insta-celeb yang famous-amos, satu Malaya dah kenal. Siap masuk surat khabo lagi. Dan insta-celeb ni dikatakan sekapal dengan kita. Ini disahkan oleh adik kechik abam yang sudah lama berkenalan dengannya. Hmm.. 

Abam disini terpaksa menyewa bersama 4 orang kawan-kawan lama abam yang lain. Nasib abam dah cop nak dok bilik sorang-sorang. So dapat la abam bilik kecik tepi dapur. Sedih.. Sob sob sob... Tapi kira ok la. Dapat gak abam dok sorang-sorang. Kan abam suka bugil-bugil lepas balik keje. Hohoho..

Apapon suasana disini tak serasi dengan jiwa abam. Abam tak suka berada di dalam hiruk pikop kota bandaraya. Jiwa abam tertekan dan stress. Bila stress abam makan dan makan. Sekarang sebulan disini berat abam dah meningkat. Nak pelop-pelop orang tersayang tak dapat. Kalau tak dapat la juga redakan sedikit tekanan yang semakin hari semakin menggunung ni. Huhuhu.. Nak balik Kedah. Rindu dengan tilam dan bantal busuk abam. Rindu rumah abam. Huhuhu..

Oh ya.. Bila datang kerja disini dan menjadi penyelia abam terpaksa kongsi nombor bimbit abam dengan ramai orang termasuk orang atasan serta bawahan abam. So, bila abam buka fb rasmi terdapat bermacam-macamlah suggestion di wall fb abam. Dan yang membuatkan abam terkejut apabila abam melihat gambar ex abam di like oleh sahabat baik abam semasa STPM dan terpampang di wall abam. Bukan tu je, ex abam juga berkawan dengan ex-ex abam yang lain. Bukan sorang, hampir semua ex-ex abam pulak tu. Waaaahhhhh... Memang johari mengenali maniam. Un-sangka-rable. Hahahaha.. Dan abam pernah berwhatsapp dengan sahabat baik abam semasa STPM dan bertanya statusnya. Dan akhirnya beliau kantoi dengan abam. Har har har.. Peminat batang tetap akan berkawan dengan peminat batang yang lain untuk dipancing (di fb). 😂😂 

Wahhhh... Dah lama abam tak merapu disini. Dah lama tak menulis dan memikirkan idea apa yang hendak ditulis. Akhirnya sudah sampai waktu untuk abam pulang. Lama giler abam nak menaik satu entry kali ni. Walaupun seciput tetapi berjam-jam jugak abam ambil masa nak mengarang. Nampak sangat skill menulis semakin tumpul. Huhuhu..

Disini baharu sahaja lepas hujan. Sejuk ya amat di bilik ni. Dan waktu untuk abam pulang hampir tiba. Bubye adik-adik abam.. Jumpa lagi di lain coretan. Muah ciket.. 😉







Nota Berkaki : Emmmmm.. John.. aku dah sampaikan amanat hang kepada Zack Hunter melalui seseorang.. Moga hang cepat sembuh.. sob sob sob...