Saturday, May 20, 2023

FEELING IN LOVE AGAIN . . .

Tiber tajuk mengundang. Hak hak hak...


Entah la. Lepas buat live semalam, tetiba hari ni teringin nak baca blog. So pagi tadi aku baca semula my posting post from the begining. Dari my first blog sampai la yang terkini.


Then aku dapat rasa balik perasaan jadi muda and in loved. Hahahaha . . . 


BTW.. masa di JB dulu aku jumpa satu app baru. Masa tu T.T belom ada lagi. Mula-mula just tengok live. Lama-lama aku pulak yang buat live. Hahahaha...



So semalam aku keluar dinner sorang-sorang. Dah lama teringin makan semua ni. Lepak makan kat kedai sambil tengok anime. Ada la dalam sejam. Nak call si dia, rasanya dia bizi dengan tugasan luar yang tiba-tiba tu. Maka, on the way balik tu, sebab perjalanan jauh aku buat live. Lama gak la live tu. Dari dalam kereta sampai la ke rumah. Banyak juga la sembang kosong merapu semua.


Kat rumah aku layan plak drama BL Thai di U-tube. So kamera hp aku fokus ke tv. Semalam dah episode last siri ni. Sambil tengok drama tu ada la yang komen drama-drama BL lama. Dari thai hingga la pinoy. 

Drama BL pinoy tak banyak yang aku boleh ingat kerana kualiti cerita dan cinematography yang best. Kecuali 2 drama ni sebab lepas cerita ni boom kat u-tube, netflix beli and tayang cerita ni lepas tu. Cerita ni dibuat time MCO. So terasa related dengan life masa tu. And setiap episode memang ditunggu-tunggu. Lepas tu diorang buat movie for the sequal.

Maka aku layan balik dua cerita ni petang tadi. Tetiba terasa muda and teringin nak bercinta balik. Terasa macam zaman remaja yang tak ada masalah. Ringan je kepala tanpa masalah. Hahaha.. Walaupun dah ada si dia. So sekarang tengah tunggu si dia free. Tak sabar nak ber-sweet-sweet. Eheeeekkk . . .


Btw... OST dua-dua drama ni best. Dah masuk list my spotify. Selalu layan bila drive jauh-jauh.






Nota Berkaki : Rasanya lambat lagi la abam nak sambung last entry hari tu. Sebab banyak orang akan terlibat. Entah la. Abam masih berkira-kira nak dedahkan kebenaran. Tengoklah macam mana nanti. Sorry guys tak dapat nak tunai janji. Dah lama janjikan.. So sorry... Sorry ekkkk??

Sunday, November 20, 2022

Hey 2022.. (Dah nak habis tahun dah. Duhhh..)

Hahahaha.. 

Khabare guys (and yang tak berapa nak guys). Ehekkk..


Lama giler aku tak jenguk port lepak ni. Makin ramai yang tak aktif dalam ni. Maybe beralih ke platform baharu barangkali. 


Rindu giler kat semua. Lagi-lagi si John, Numan and Zack. 

Dah semakin sihat ke si John sekarang? Masih bahagiakah dia dengan cinta hatinya?

Last perkhabaran dari Numan beliau telah kembali ke tanah air tumpahnya darah dan daranya.. (Ok.. yang ni gurau).

Zack pula, adakah beliau masih diperantauan dengan suri hatinya?


Adik-adik blogger yang lain abang pantau dari jauh je melalui media sosial. Ada yang dah habis belajar dan mula memasuki alam berkerjaya. Ada yang dah kembali single, ada yang dah menemui sang raja dihati. Ada yang bertukar kerjaya dan sedang mengumpul harta. Ada yang berpindah kerja berhampiran dengan keluarga. Dan abang harapkan semoga semua sihat serta menikmati kegembiraan yang diperolehi dengan sebaik mungkin.


Sebenarnya dah lebih sebulan terdetik niat untuk abang meng-update blog ni. Tapi tu la. Malas menguasai diri. Sekarang banyak masa dihabiskan dengan bermain games untuk hilangkan stress kerja dan menguruskan rumah yang kembali abang duduki. Sekali-sekala aku ke Selengor dan Negeri Sembilan menyiram tanah yang tandus agar kembali subur dan tidak terbiar kekeringan. Kadang-kadang bila rindu pemaisuri hati abang akan kembali ke kampung untuk menguruskan kesihatan baginda ratu. Sejak banginda raja mangkat, baginda ratu tinggal bersendirian disinggahsana. Baginda ratu degil tidak mahu tinggal bersama anakandanya agar terjaga makan dan minum.


Oh, lupa. Btw.. abang kini kembali ke utara. (Peace V)






Nota Berkaki : Abang mungkin akan update post terakhir tentang kisah lama abang yang tergantung dan tak tertulis tu. Ini mungkin penutup yang akan dedahkan rahsia yang abang simpan selama ni. Mungkin bulan depan. Dan tahun hadapan abang akan restart kembali blog ni to zero and start a new again. Maybe..