Thursday, February 14, 2013

Kelmarin..

Kelmarin merupakan hari kedua aku bekerja selepas cuti panjang sempena perayaan tahun baru cina. Dan masih ramai rakan-rakan pejabat yang masih menyambung cuti sehingga khamis ini. Maka sepanjang minggu ini hanya aku dan tiga orang rakan sepejabat yang bertugas. Sesungguhnya damai bila bertugas tanpa kehadiran bos-bos dan kaki bodek dipejabat. Hehehe..

Aku dapat selesaikan tugas yg diberikan semalam dengan jaya nyer dan mengajar member pejabat menggunakan microsoft excell. Best sangat sebab takde orang kacau. Senang nak mengajar.

Kat pejabat petang kelmari aku sempat cerita kat sorang member nie yang aku pi dating kat kangar sambil makan steamboat malam sebelumnya. Makannya memang murah dan sedap. Rm9.90 je satu kepala. 

Tepat jam 5 petang kami punchcard dengan senang hati kerana kerja yang diperuntukan selesai dan berjaya diselesaikan. Ambil je moto terus aku pecut ke rumah melalui jalan batas tali air. Keluar awal kuranglah kenderaan yang melalui batas tali air. Maka tak sampai 10 minit aku dah sampai ke rumah. Yeaaahhh..

Sampai je rumah bukak tv9 tengok spoungebob. Hahaha... Rancangan wajib tengok bila balik keje. Sambil tengok tv sambil layan whatsapp dengan R. R ajak aku teman dia p gym petang ni. Aku cakap ok je. R bagitau dia akan datang amik aku terus lepas dia keja jam 6. So sambil tunggu R sampai umah sempat gak aku terlelap depan tv. Hahaha..

R hantar mesej dia on the way. Maka aku bangun dan terus bersiap. Pakai short pant dan jersi harimau melaya je. Dalam 10 minit R sampai rumah aku. Dia terus masuk ke rumah dan tukar baju kerja dia dengan baju gym. Dalam jam 6.30 petang kami sampai ke gym di simpang kuala. Selepas bayar kami buat aktiviti masing-masing.

Dalam jam 7.45 petang kami keluar dari gym. Tetiba perut aku rasa lapar. Aku cadangkan pada R ke alor setar mall untuk makan di restoran thai. Makanan kat situ memang tak sama dari restoran thai biasa. Menu yang aku pesan meehon celup atau R panggil meehon sup thai. Rasanya memang terbaik lah. Rasanya memang sama seperti meehon celup yang selalu aku makan kecil-kecil dulu di kampung.

Selepas je makan, dalam perjalanan nak balik rumah R cakap dia rasa nak makan kek. Aku pon sama. Dari pagi tadi lagi teringin nak makan kek. So R kata "jom ke secret recipies". Dan aku "Jom".

Maka kami menuju ke Star Walk. Parking je dekat tepi jalan depan Maybank dan jalan kaki ke SR. Tapi bila tengok kek yang ada. Teramatlah mengecewakan. Hanya ada dalam 6-7 jenis kek je yang ada. Maka aku cadangkan ke SR Jitra. But R cadangkan ke SR tesco. 

Masa kami memasuki kereta, tiba-tiba ada sebuah kereta parking didepan kereta kami. Dan apa yang membuatkan aku terkejut itu merupakan kereta yang sangat aku kenali yang mempunyai nombor plat yang sama dengan kereta aku. Aku tak keruan. Tiba-tiba kereta didepan kami bergerak keluar dari petak parking dan menuju ke arah lain.

Kemudian R marahkan aku. Katanya "biar lah dia, ex je kot. Nak kalut kenapa? Kalau takut sangat meh nak turun lempang sebijik". Aku plak naik gerun bila R cakap macam tu. So aku cepat-cepat suruh R drive kereta ke tesco.

Sampai saja ke SR tesco kami order dua kek dan dua minuman. Tiba-tiba R gelak sorang-sorang. Aku tanya kenapa. Dia cakap yang tengah kerja dikaunter tu member bbm yang pernah try usha dan nak jumpa dia. Tapi dia cakap dia asyik bagi alasan dan tolak je. Itu R yang cakap la. Tak tahu betul ke tak kan sebenar-benar ceritanya kan??

Lepas makan kita orang terus balik umah aku. R hantar je aku dan dia terus je balik.

Dan dalam jam 1 pagi sebentar tadi aku whatsapp R ajak keluar makan di kfc stadium. R cakap ok je. Sebenarnya aku bukan nak makan sangat tapi tak puas lepak dengan R. Har har har.. Manakala R sememangnya tengah lapar.

Dalam jam 2 pagi tadi kami berpisah dan menuju ke rumah masing-masing. Semoga malam ini mimpi indah.
Hmmmmm... Hehehe.. :P











Nota Berkaki : Tak sabar nak final exam. Waaaaaa... Mati la apepon tak baca lagi.. Huhuhuhu...

2 comments:

Confuse Boy said...

amboih.... dating dengan makan, hehe... banyak pulak tu makan. untung la R. :)

adamiedamuss said...

nak wat mcm ner..
dua2 tgh bina bdn skang neh..
so terpaksa la mkn..
hak hak hak..

nikmat doh dpt mkn..