Saturday, January 16, 2016

4W 1H For HIV..

Haaaa.. Apa habaq adik-adik dan abam-abam semua? Dan jugak akak-akak (kalau ada la kan..). Tetiba tajuk ala-ala nak buat percambahan minda dalam team building kan.. Dah la jarang-jarang update sekarang ni. Well, sebenarnya abang dah lama berfikir pasal ni. So kali ni, abang up kan isu ini : SIAPA DI KALANGAN ORANG-ORANG MACAM KITA YANG BANYAK DI JANGKITI HIV.

Ini sebagai penambah pengetahuan abam dan juga korang ye. Macam mana tu? Ok, kali ni abam nak mintak tolong korang yang ada pengalaman berada dipersekitaran atau berada bersama atau anda seorang yang dijangkiti HIV menulis diruangan komen dibawah mengenai tajuk diatas. Dan jangan risau, apa yang dikongsikan oleh korang adalah sulit dan akan ditapis oleh abam sendiri jika korang tidak mahu identiti atau pengalaman korang dikongsi dengan orang lain. Don't risau ok? 

Kenapa abam up kan entry ni? Well, sebenarnya memang otak abam ni suka berfikir dan bertanya, dalam golongan orang-orang macam kita ni, siapa yang paling berisiko dan ramai dijangkiti HIV? Yelah, dalam bacaan abam sebelum ni apa yang dinyatakan hanya golongan homoseksual or golongan yang mengamalkan hubungan sejenis je. Sempit je kan bunyinya. Sedangkan dalam golongan homoseksual ni ada pelbagai karaktor seperti T, B, F, V, P, Mn, L, G, Bs dan macam-macam lagi gelaran yang diberikan. So, dari senarai panjang diatas, abam nak tahu karektor yang mana paling berisiko dijangkiti HIV didalam kalangan orang-orang macam kita. 

Maka, abam memerlukan bantuan korang untuk berkongsi serba sedikit maklumat yang korang ada dengan abam dan abam akan membuat rumusan di entry akan datang untuk dikongsi bersama-sama korang maklumat apa yang mungkin abam akan perolehi. Jadi, korang yang terdiri daripada karektor-karektor tertentu diatas, boleh la memperolehi maklumat penting ini dalam menjaga keselamatan diri apabila melakukan hubungan terlarang dengan stranger yang mana golongan tersebut mungkin mampu akan mempengaruhi dan merubah hidup korang selamanya.

Paling minimum abam perlukan maklumat dari 20 orang-orang macam kita. Lalaki or wanita normal or stright abam tak mau. Sekarang abam nak fokus pada golongan orang-orang macam kita ja. Kalau lebih daripada 20 orang, nanti abam sediakan data dan carta SPSS yek? Hehehehe.. Tapi kalau tak sampai 10 orang pon abam ok ja.. Huhuhu.. Tapi abam hanya boleh buat hipotesis saja la dari maklumat yang abam dapat. Takda la tepat mana pon.

Tempoh masa tak terhad, sebab abam pon tak tau bila abam boleh ulas lagi pasal isu ni. Kalau ada maklumat menarik dan ramai yang berkongsi maklumat yang abam perlukan, mungkin abam boleh post kan di entry yang berikutnya.

Ok, apa maklumat yang abam perlukan ialah : 

-nama samaran (nickname korang. Supaya senang untuk abam gunakan sebagai reference kes)
-umur sekarang n umur dijangkiti
-kecenderungan sexualiti korang ( T,B, F, V, P, Mn, L, G, Bs n ect)
-pekerjaan
-lokasi anda bekerja/tinggal/dijangkiti
-tempoh/masa dijangkiti
-tempoh/masa menyedari telah dijangkiti
-siapa, punca dan cara anda dijangkiti (random sex, TnG, partner/s, G-apps, sosial media, dirogol, sauna n ect)
-tahap kesihatan anda sekarang
-penerimaan anda tentang diri anda sekarang / perubahan dahulu n sekarang
-penerimaan orang disekeliling berkaitan status kesihatan anda/status dirahsiakan
-penerimaan partner/s berkaitan status kesihatan anda (jika ada)


Mungkin itu saja kot buat masa ni. So, ringan-ringankanlah jari korang untuk membantu abam membuat kaji selidik kali ni. Jangan risau, hasil kaji selidik ni abam takkan publishkan atau cetak dimana-mana sama ada untuk pihak kedua, ketiga mahupun sebagai tugasan abam. Sebab abam dah habis study. Hohoho.. Abam hanya akan publishkan ringkasan sahaja di entry akan datang di blog abam sahaja. Terima kasih abam dahulukan untuk korang-korang yang mungkin memberi maklum balas pada abam nanti. TQ guys..













Nota Berkaki : Kisah cinta abam kita simpan dulu noh? Hehehehe..

2 comments:

warkah kembara said...

blh tgk post abg najmi...tp b lbh berisiko...sori klo mklumat terlalu rgkas..hmm

adamiedamuss said...

Dah baca post tu..
B always in risk sbb penerima..