Wednesday, March 11, 2015

Mr.R & Mr.F..

Morning guys. Hahahaha.. Selepas dismash dari pelbagai sudut, maka pagi ni cheq gigihkanlah menyiapkan entry ni selepas bersarapan pagi di KFC 24 jam Stadium Darul Aman, Kedah. Haaa.. Siap lokasi hotspot kat mana cheq lepak tu. Lepas ni banyak la mata memerhati jadi cctv. Hohohoho.. Berbaki beberapa hari lagi MC cheq pagi ni lepak-lepak minum pagi sorang-sorang. Best kot, takde orang. Macam KFC ni kau yang punyer. Nak try menu nasi, tapi apakan daya sambal dah habis (katanya..).

Dengan pandangan tepi tingkap cermin berlatar belakangkan Hotel Seri Malaysia, cuaca pagi ni sangat cerah. Berbaki kopi yang amat pahit secawan, cheq cuba habis kan tajuk ni. Sebenarnya tajuk ni dari entry blog-blog yang lepas. So, cheq ketengahkan balik untuk rungkaikan misteri cinta gelap hidup cheq. Ekekekekeke.. Serius jek..



MR. R..

"Kau takkan jumpa mana-mana lelaki sebaik aku, kau takkan bahagia sebagaimana aku bahagiakan kau, takkan ada mana-mana lelaki yang boleh bersabar dengan sikap kau..".

Kata-kata terakhir Abang B kepada aku. Itu kisah 2 tahun lalu. Memang tidak dapat aku nafikan. Tiada siapa yang dapat bersabar dengan sikap aku. Tapi aku cuba buktikan dia silap. Selepas 3 bulan berpisah aku berkenalan dengan Mr.R. Orangnya muda 5 tahun dari aku. Sapaan bersahaja aku di fb kemudiannya melarat menjadi serius. Aku tidak sangka sikapnya yang agresif bertanya akhirnya menyebabkan aku terpaksa membuka mulut memberitahu siapa aku sebenarnya.

Di fb tidak pernah aku meletakkan satu gambar siapa diri aku yang sebenarnya. Sekadar samaran yang kabur memperlihatkan dunia aku yang serba tidak lengkap. Di fb hanya terdapat beberapa rakan blogger untuk aku bertanya khabar dan berkongsi cerita. Dan beberapa cebis memori kisah hidup aku. Dari gambar-gambar itu Mr.R memerhati hampir semuanya segala hak milik aku. Dari satu gambar dia percaya dan mencari siapa aku sebenarnya.  Sport rim kereta. Hahaha.. Itu yang di tuturnya bila kali pertama kami bersua mata.

"Hmmm.. Betul."

"Apa yang betul?".

"Sport rim".

"Sport rim?".

"Ya, sport rim. Sama macam dalam fb".

Aku sekadar senyum sahaja. Malam itu dia berusaha memujuk untuk berjumpa aku kerana katanya dia ada di sekitar kawasan taman perumahan. Akhirnya aku mengalah. Aku hantarkan lokasi rumah aku. Selang beberapa minit sebuah kereta berhenti dihadapan rumah. Aku selak langsir.  Mengintai dari dalam. Kemudian keluar kelibat seorang lelaki dari kereta hitam. Diberinya salam. Aku menjawab salam tersebut. Perkenalan sekadar diluar pagar rumah memulakan satu bab baharu dalam hidup aku.

Pandangan aku tentang Mr.R. Bagi aku dia sempurna la. Hahaha.. Hebat tak? Kalau berdasarkan kriteria lelaki pilihan aku, Mr.R memiliki 95% ciri-ciri lelaki yang aku minat. Hahaha..

Tinggi. Yup, Mr.R seorang yang tinggi. 186cm lebih tepat. Aku memang sukakan lelaki yang tinggi. Cerah, Mr.R agak cerah. Mix arabkan. Dengan bulu mata yang lebat dan jambang yang segan nak tumbuh tu. Bagi aku dia sempurna dimata aku.

Tapi perkenalan kami tidak lama. Sekadar 2 bulan sahaja. Dua bulan bagi aku cukup aku mengenali seseorang hampir sempurna dimata aku. 

Tuhan mempertemukan aku seseorang mengikut kehendak hati aku. Walaupun sempurna dimata aku, tapi sebenarnya dia tidak sempurna untuk perasaan aku. Kemudian Tuhan mempertemukan aku seseorang yang hampir mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti Mr.R. Mr.F..


Mr.F

Mr.F seorang yang berazam. Mula menegur aku melalui salah satu aplikasi buat sekian lama. Memang lama. Lebih awal sebelum aku berpisah lagi. Hampir tiap-tiap hari ditegurnya aku. Cuma bila terikat aku tidak gemar untuk berbual dengan yang lain kerana perasaan dan kata-kata mampu mempermainkan perasaan orang lain.

Setelah Mr.R mendiamkan diri, Mr.F menjadi aktif. Hmm.. Macam tau-tau je kan. Hahaha.. Sebenarnya aku mula melayan karenah Mr.F. Berbalas pesanan dari sehari ke sehari. Akhirnya aku termakan pujuk Mr.F untuk berjumpa. Dirancangnya satu makan malam yang istimewa, tetapi tidak menjadi. Hahaha.. Malam itu menjadi sejarah buat kami berdua. Sedikit lucu bagi aku. Tercalar imej sempurnanya. Tak apa. Bagi aku itu memperlihatkan bagaimana situasi cemas diuruskan. Hahaha.. Jangan risau awak. Awak tetap istimewa bagi saya. Saya je yang tau.

Pandangan aku tentang Mr.F. Hmmm.. Ciri-ciri lelaki impaian tu ada. 75% je kot. Hehehe.. Sebab? Ok. MR.F tinggi. Menepati ciri-ciri pilihan. 183cm kot. Berkumis dan berjambang. Lebat. Mix mamak kot. Super lebat. Macam berus. Hahahaha.. Best main jambang Mr.F. Hehehe.. Cuma Mr.F redup siket. Hahaha.. Mamak kan. Tapi for me, still can go on.

Perkenalan dengan Mr.F aku sendiri yang tamatkan. Sebab aku nampak diri aku dalam diri Mr.F. Pendendam. Baharu aku tahu betapa takutnya berdepan dengan mereka yang pendendam. Begitu agaknya Abang B rasakan bila berdepan dengan aku. Mr.F seorang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati aku dengan pelbagai cara tanpa aku duga. Seperti aku, berusaha bersungguh-sungguh mendedahkan perbuatan Abang B terhadap aku dahulu. Cuma caranya sahaja yang silap.









Dari kedua-kedua mereka, Tuhan memperlihatkan kepada aku tidak semua yang aku mahukan adalah sempurna untuk aku. Dengan Abang B, seseorang yang jauh benar dari apa yang aku jangkakan dapat aku bertahan bertahun-tahun bersamanya. Walaupun sabar aku semakin hari semakin menipis. Tapi aku bahagia. Walaupun sementara. 

Kemudian berjumpa dengan putera idaman. Hahahaha.. (Macam sial). Tidak tergapai mimpi kerana mereka juga ada perasaan. Perkenalan sementara memberi sejuta perasaan. Tidak semua yang kita sangkakan baik untuk kita adalah yang terbaik. Begitu juga sebaliknya. Tidak semua yang tidak baik untuk kita, kita perlu tolak semuanya ke tepi. Ada sebahagiannya ia perlu dilihat dengan pandangan positif dan nilaikannya semula. 

Adakah aku menyesal dengan semua tindakan yang telah aku buat? Kekadang tu adalah, tapi benda dah terjadi, maka selepas ini hanya perlu berhati-hati. Masih terbuka hati untuk bercinta? Hati aku sentiasa terbuka pada bila-bila masa untuk bercinta. Hahahaha.. Sunyi kot. Lalalalala...






Nota Berkaki : Ada orang tanya, antara budi dan kasih, yang mana orang pandang? Cuba korang jawab. Maybe ini entry akan datang.

15 comments:

kindaichi kid said...

hayyyokkkk....tajuk je ke...cehhh
gigih la kita nk baca...

Kamen Shinobi said...

ini macam banyak bagus..menjimatkan masa..pendek,ringkas dan padat.

Nov Collins said...

Uuuu saspens.

Nov Collins said...

Antara budi dan kasih, aku pilih budi sebab orang tua2 pesan hutang budi dibawa mati. Plus aku jenis tak suka termakan budi. Kasih akan hadir selepas budi.

Erti kata lain, budi orang kita kena kenang sepanjang hayat. Selagi tak melibatkan perasaan, cubalah untuk membalas budi. Kasih itu boleh dipupuk mungkin.


Nu'man Qatadah said...

skandal la sangat ...kehkeh

adamiedamuss said...

Kid : strategi pemasaran.. hak hak hak

adamiedamuss said...

Kamen : perli nampak.. hahaha

adamiedamuss said...

Collin : xsuspen sgt.. lite2 jek.. hehehe

adamiedamuss said...

Numan : skandel ke mcm tu? Hmmm..

JAZZLEE said...

Dik dam, brang lpas jgn diknang, sudah jd hak orang, kt sni byk jntan plih aje mna bkenan, hehe

adamiedamuss said...

Abam J : Kalau brg lps tdk blh dikenang, brg apakah yg blh dikenang? Hak hak hak..

warkah kembara said...

wow..wow..wowo...b'syukur lah..xsume org sebertuah bang adam...ad sebhgnny hany mmpu t'senym melihat dan merasa secebis bahagia apabila melihat kerenah2 plu laen yg ad psgn..atau yg pernah b'pasgn...u r luckier......dun stop loving..coz sy xpnah b'henti m'hrp cinta..w/pon sy tau,ia mustahil utk ppl like me..:)

adamiedamuss said...

Abam sado : sentiasa bersyukur ramai ja yg cuba mendekat, tapi hati kata jangan.. sebab ramai yg tak berjaya memujuk hati ini. Tak ramai mampu menjadi sweet talker yg baik.. hik hik hik..

Mungkin betul kata numan, sweet talker shj yg mampu memujuk hati ini?

Bersabarlah, mungkin ada yg sedang memerhati anda disebalik tulisan blog anda? Mungkin anda akan bertuah seperti numan?? Siapa tahu???

wings angel said...

i pilih budi. sebab melayu kan termakan budi.. bila makan budi bebanyak..tergadai le bodi.. :P

adamiedamuss said...

W.A : Berdasarkan drpd pengalaman lps ker adik abam yg kecik?