Saturday, October 11, 2014

Niat..

Bangun pagi ni sedar-sedar Fafau ada kat sebelah dok tengok tv. Dah memang aku yang mintak dia datang semalam kan. Hak hak hak.. Entah rancangan ape yang ditengok nyer pepagi macam ni. Bukan nyer ada astrok kat umah nie. Semalam Fafau nak tido kat ruang tamu. Hmmm.. Layankan je...

Terus aku bangun dan mandi. Siap-siap simple jek. Pakai hotpant and t-shirt ofis. Fafau dah siap nak balik rumah dia. Lepas Fafau keluar aku start enjin kereta. Lepas tu aku drive ke Pekan Cina. Cari kotak plastik untuk simpan barangan pameran untuk ofis esok. Dan esok juga merupakan ulang tahun pemergian arwah mak (his mom).

Reminder tablet aku berbunyi. Aku baca dan senyum. Selepas keluar dari Pekan Cina, aku terus drive ke kubur. Setengah jam kemudian aku sampai ke sana. Memang dah lama niat aku untuk menziarah kubur mak dan ayah (his parents) dari semester lepas lagi. Walaupon exam semester lepas dah habis dan semester baharu akan bermula minggu hadapan, niat aku masih tak tertunai. So, dikesempatan dan keterluangan hari ni aku laksanakan niat tersebut. Sememangnya setiap semester aku akan kesana bila kelapangan.

Setengah jam kemudian aku keluar dari tanah perkuburan tu. Jika dahulu memang susah sedikit untuk kesana. Tapi kini tidak lagi. Semua jalan dah elok. Jika ada yang kata sukar tu, itu semua alasan semata. Jika dulu yang sukar tu bukan lah apa-apa kerana niat dan tujuan sebenar menjadi ukuran.

Sampai sahaja di rumah aku terus bersiap-siap untuk ke masjid. Usai solat aku ke kedai makan di depan taman dan kemudian pulang ke rumah. Mungkin kerana kenyang dan kepanasan petang, terlena jap di depan tv.

Sedar-sedar dari tido siang, azan asar berkumandang dan rancangan belanjawan sedang bermula. Tak tahu kenapa makin senang digunanya perkataan bajet. Bukan tak ada perkataan Melayu yang setara dan memberi maksud yang sama. Semua stesen tv menggunakan perkataan bajet. Hmmm...

Pepun belanjawan tahun ni masih tak seronok untuk di ulas. Jika dahulu ada jugak lawan untuk mengulas pasal belanjawan ni. Sekarang ni setakat dengar jelah..
















Nota Berkaki : Sebenarnya ada projek besar dalam perancangan. Tapi... cheq memerlukan rakan kongsi. Ada sesiapa yang sanggup menjadi rakan kongsi cheq?? Hohoho..

No comments: