Tuesday, September 23, 2014

Love Sick The Series - The End..




Ini adalah episod terakhir drama LSTS. Seperti komen cheq di entry sebelum ni, episod akhir ni memang kureng kick bagi cheq. Sedih bila dapat tahu episod ni adalah episod last. Tapi cheq suka bila dapat tau akan ada season 2 untuk siri ni. Weeeeeeeeeeeee.... Tak sabar nak tunggu.

By the way selepas tengok drama ni cheq baru dapat tau yang drama yang cheq follow tahun lepas dah siarkan season 2. Muahahahahaha... Double happy.. Hik hik hik.... Drama apa? Nanti cheq update lain yek?

Penat baru balik dari pameran hari ni. Seronok sangat and so happy sebab booth kami di umumkan booth tercantik. Tak pernah-pernah menang apa-apa dalam pameran sebelum ni tetiba dapat tempat pertama terus. Gila kau tak terkejut? Pepon best dapat team untuk tahun ni sebab banyak bekerja sama and kepala semua gila-gila. Bos pon puji. Dan seronok bila dapat bos yang tegas menangkis arahan dan keperluan-keperluan yang mengarut.










Nota Berkaki : Masa tengok episod 1 beberapa bulan lepas cheq malas rasanya nak buat review pasal drama ni. Bila dapat mood nak buat review tengok-tengok dah ada blogger update pasal cerita ni. Terus kecewa. Wuwuwuwuwuuuuuuuuu... 

Monday, September 22, 2014

Love Sick..

Waaaa... drama mingguan favourite cheq dah habis. Huhuhu..

Tension dah tak tau nak tengok cerita apa lagi nextweek..

Huuuuuuuuuuuuu..





Dapat update dari YouTube jam 0030 tadi. Terus tengok via tablet. Episod minggu ni 20 minit je.. Huhuhuhu...

Kecewa sangat tengok ending macam tu. Nanti free cheq update detail skit.

Dah lewat, nak tidur. Esok kene prepair untuk pameran plak..











Nota berkaki : Selamat hari tua adik MJ

Saturday, September 13, 2014

Hi 3.0..

Muahahahaha..

Secara rasminya cheq sudah melangkau umur 30 tahun pada julai yang lepas. Hohohoho..

Dah 3 series dah. Kalau kete 3 series harga dia pon dah mahal sket kan dari kete biasa??

And still single.. Wuuuuuuu... Hahahaha..

Pepon thanks kepada yang tahu and wish kat cheq.

Dan juga thanks kat Papa Bear yang ter-over excited wish sehari awal. Hahahaha..

Gigih tunggu jam 12 tengah malam and karang text bagai. Rupanya mamai. Hehehehe..

Sweet sangat. Papa Bear spesis yang tido awal ye. So memang ajaib sket kalau terima text dari dia tengah-tengah malam neh..

Tidak lupa juga sekarang ni cheq tengah cuti sem sebelum memulakan kelas untuk semester terakhir. 

Huuuuu... Patutnya semester ni la last sem cheq. Tapi disebabkan masalah ketika pendaftaran dan few classes clash. Maka terpaksalah ditambah satu lagi semester. Waaaaaaaaaa.. Sedih rase.. Huhuhu..

And my abang (real brother ok) cancel-kan plan dia nak datang sini last minute. Geram plak kite.

Dah la banyak plan terpaksa dibatalkan. Huhuhu.. 

My abang tu katanya ada kejohanan catur kat sini. And dia plan nak stay kat umah cheq. 

Buat penat jek cheq kemas, mop lantai bagai. Huhuhu.. Dah la OT minggu ni tak dapat buat. Wuuuuu..

Nasib baik dapat pujuk Fafau mai umah malam tu. Hehehehe.. Hilang gak rasa boring.. ;P














Nota Berkaki :  Entry nie ditaip minggu lepas. Tapi masa tengan menaip tetiba pakcik sebelah rumah off kan wifi dia. So hari ni baru dapat sambung entry nie. But, entry sebenar yang patut cheq taip minggu lepas dah lupa pasal ape yang cheq nak ceritakan. So, nie je yang dapat cheq taip minggu neh.. Bubye... Weeeeeeeeeee.....