Matang itu subjektif. Matang boleh membawa pelbagai maksud kepada penilai.
Pada aku matang itu adalah daya penarik.
Bagaimana ingin menjadi matang?
Aku sendiri tiada jawapan untuk itu.
Maka, bagaimana kamu menilai sifat matang dari seseorang?
Entah, ianya subjektif. Bagi aku..
Ia boleh dilihat dari air muka.
Kadang-kadang dari gerak perbuatan.
Dari tutur kata.
Kadang-kala dari cara seseorang melihat.
Dari layanan.
Mungkin juga cara seseorang membimbing aku.
Dan juga dari cara seseorang melaksanakan tanggungjawab.
Setiap orang ada kematangan masing-masing.
Kematangan itu tidak boleh ditiru dari orang lain.
Ianya ada di dalam diri individu.
Kematangan akan lebih terserlah secara semulajadi berbanding secara paksa.
Tidak ada kematangan yang boleh cipta mahupun direka dalam masa yang singkat.
Kenapa?
Kerana kematangan melambangkan keperibadian seseorang.
Dan keperibadian seseorang terbentuk sepanjang hidup individu yang berintergrasi dengan persekitarannya.
Kenapa kematangan yang menjadi ukuran?
Entah, tiada jawapan yang konkrit disitu.
Kenapa kematangan yang dijadikan ukuran?
Entah, mungkin terlalu ramai yang memilih paras rupa, kekayaan harta benda dan keperibadian kot?
Jarang rasanya yang memilih matang. So aku pilih matang. Hahahaha..
Kenapa matang?
Kerana matang bagi aku boleh membawa sesiapa kemana-mana saja.
Dari matang akan terhasil pelbagai hala dan tujuan.
Matang dalam pelajaran, maka individu tersebut akan berjaya.
Matang dalam perbuatan, maka perbuatannya akan tersusun sopan dan santunnya.
Matang dalam tutur kata, maka tutur katanya akan menjadi pegangan sesiapa yang mendengarnya.
Matang dalam kerjaya, maka kerjayanya akan berkembang.
Matang dalam hubungan, maka hubungan tersebut akan berkekalan.
Tapi kematangan tidak hadir setiap masa.
Manusia matang kadang-kala juga melakukan kesilapan.
Maka ketika itu, kematangan juga dituntut dalam menangani kesilapan tersebut.
Dan ramai diantara kita masih kurang cekap menggunakan kematangan dalam mengedalikan kesilapan.
Dan sering antara kita menggunakan emosi tiap kali masalah timbul.
Termasuklah aku. :P
Macam mana kamu menilai matang?
Bagi aku, kematangan mudah dinilai apabila seseorang itu menghadapi masalah.
Perbuatan.
Tindak tanduk.
Tutur kata.
Dan keputusan yang di buat.
Maka, siapa yang dikategorikan sebagai matang?
Semua orang boleh dikategorikan sebagai matang.
Tidak ada peringkat umur, kumpulan mahupun jantina.
Kerana ada yang muda lebih matang sifatnya berbanding yang berusia.
Dan tidak dinafikan majoriti yang berusia adalah lebih matang berbanding yang muda.
Jadi, siapakah yang kamu pilih, muda atau tua??
Aku tetap memilih yang matang.
Muda atau tua itu bergantung kepada penilaian aku sendiri.
Seperti dari kita masih ada yang memilih paras rupa.. Kan..??
Nota Berkaki : Minggu ini seminggu bertugas diluar kawasan. Outstation kata orang kampong cheq. Pepun terubat rasa sedih dihati tengok video kat atas malam tadi. Lepas mandi jam 1am tadi terus update entry neh sebab dapat idea masa shower. Best kot tengok minah KL neh berdikir barat moden. Part bibir dia paling best sebab nak pronous sebutan Kelantan. Cute-to..