Saturday, July 6, 2013

What The Hell You Trying To Prove..??





Aku pun tak tahu. Kenapa semua ini harus berlaku kepada aku?

Aku pun tak tahu. Kenapa aku masih mempunyai perasaan pada dia?

Aku pun tak tahu. Kenapa sukar untuk aku membuang perasaan ini terhadap dia?

Aku pun tak tahu. Kenapa senang sahaja dia membuang perasaannya itu terhadap aku?







Perasaan itu masih menebal. Walaupun ia hanya sekadar sejarah. Tapi ia tetap ada. Selalu menjadi mainan perasaan ini. Bukan tiada yang baik. Cuma perasaan itu tetap memilih yang itu. Baik atau buruk. Hanya dia yang aku mahu. Buruk atau pincang. Hanya dia yang aku mahu. Pincang atau tak sempurna. Hanya dia yang aku mahu.

Perasaan ini yang memilih. Mungkin yang mendatang lebih baik. Tapi perasaan hanya memilih dia.

Aku pernah cuba menipu perasaan. Melihat yang lain. Mencuba yang baru. Tapi perasaan meronta dan tetap melihat ke belakang.



Entah la. Apa yang aku cuba buktikan?





Aku telah maafkannya. Tulus dari hari ini.

Tapi aku tetap menunggu. Menunggu dengan sabar.

Menantikan jawapan yang sebenar.





Memori aku kuat. Aku akan ingat persoalan itu sampai bila-bila. Selagi aku tidak memperolehi jawapan itu.

Mungkin aku akan memperolehi jawapan itu di Padang Masyar nanti.

Tak apa. Aku akan tunggu saat itu.











Nota berkaki : Puasa dah dekat. Hmmm.. Kenangan puasa akan berulang lagi. Puasa sendirian lagi untuk tahun ke-3. Puasa kali ni aku akan berada ditempat kenangan dengan melawati memori aku dengan... Tahun lepas aku dah buat. Berjalan-jalan sambil merasai suasana dan perasaan itu. (Loser tol) Hahahaha...

2 comments:

Putera said...

pakcik layan Kpop.. haaaaahhhhh

adamiedamuss said...

halooo...
sblm k-pop faymes kat msia pakcik dah layan dulu benda alah neh 2 thn awl dr korang...