Sambil dengar koleksi lagu Yuna dari YunaMusicOfficial di Youtube maka keluarlah entry kali ini...
1990
Tahun dimana aku mula melangkah ke alam persekolahan. Tadika paling hampir ialah tadika Kemas Gual Sitok yang jaraknya dari rumah aku kira-kira 8km. Setiap pagi sama ada ummi yang akan menghantar aku ke tadika dengan motosikal atau jika aku bangun awal aku akan tumpang basikal abang aku dan terpaksa duduk di galang besi belakang. Selalu aku akan bangun lambat supaya ummi yang akan menghantar aku ke tadika. Tapi langit tidak selalu cerah. Kadang-kadang mendung jugak di awal pagi. Hahaha.. Kerana kadang-kadang bila ummi sibuk di kebun, abah yang akan hantarkan. Err.. Abah seorang yang tegas sebenarnya. Kalau ummi yang hantar sempat la jugak aku peluk dan manja-manja dengan ummi diatas moto. Tapi bila dengan abah terpaksa duduk diam-diam dan keras jek kat belakang sampai ke tadika. Penat doh.. Dah la mengantuk dan sejuk udara pagi. Kalau dengan ummi boleh jugak pelok hangatkan badan sambil layan lena seround dua. Hahaha...
Aku tak berapa ingat cerita ni. Tapi ummi cakap masa aku kecil aku disahkan mengidap penyakit buah pinggang. Maksudnya salah satu buah pinggang aku rosak. Dan lebih memburukkan lagi keadaan masa kecil ummi pernah beritahu aku pernah satu hari tak makan nasi hanya makan junkfood je. Kerepek, cikedis, gula-gula dan semua benda alah tu semualah sampai muntah. Aku pon heran dari mana aku dapat duit banyak-banyak beli semua benda alah tu. So, start dari situ apa yang aku makan akan diawasi oleh ummi dan kakak serta abang-abang aku. Cuma apa yang aku ingat pada masa tu aku pernah dipaksa oleh ummi untuk makan sebatang lobak putih sehari setiap hari. Makan mentah-mentah pulak tu. Dah la tak sedap. Pedas pulak tu. Kata ummi, doktor yang sarankan aku untuk makan lobak putih supaya penyakit aku tu tak merebak dan menjadi teruk. Aku pon dah lupa berapa lama aku kena paksa makan lobak putih tu. Cuma yang pasti waktu kecil aku selalu perlu ke klinik kesihatan di bandar.
Kerana penyakit itu juga aku terpaksa menjadi budak yang bersih setiap masa. Mandi on time. Kalau tak mandi gerenti kene ligan dengan kakak aku keliling satu rumah. Tapi selalunya aku tak dapat lari jauh sebab pinggang aku akan sakit jika aku lasak-lasak sangat. So, setiap pagi ummi akan rebuskan air panas untuk aku mandi. Kampung aku sememangnya sangat sejuk. Sebabnya, dibelakang rumah aku ada sebuah tasik yang panjang jaraknya. Kadang-kala kabus remang pagi sampai jam sebelas pagi masih tetap ada. Aku adalah dilarang keras untuk bermain ditempat kotor. Maka tempat bermain aku hanyalah didalam rumah dan disekitar halaman rumah yang dikelilingi pokok-pokok buahan tempatan. Selalunya tempat aku lepak adalah di atas pokok jambu batu disebelah rumah berhampiran dengan tingkap bilik tidur ummi.
Seingat aku ummi pernah memiliki sebuah rumah murah disebuah taman di pekan. Rumah tu ummi jadikan kedai menjahit baju dan juga kelas jahitan. Rumah tu ada dua bilik. Dan bahagian belakang rumah murah tu ada tanah lapang yang luas sehingga ke longkang besar dibelakang rumah. Maka abah telah mendirikan sebuah bengkel membaiki kereta disitu. Longkang besar itu bukan longkang untuk mengalirkan air kumbahan dari rumah-rumah murah tetapi mengalirkan air dari Sungai Golok ke kawasan sawah padi dibelakang kawasan perumahan rumah murah. Maka kadang-kadang aku dan anak-anak jiran selalu curi-curi main kat situ sebab air longkang yang mengalir adalah tersangatlah jernih dan terdapat banyak anak-anak ikan. Tapi selalunya ummi berjaya tangkap bila aku bermain kat situ. Hahaha..
Pada suatu hari, rumah murah ummi dimasuki pencuri. Banyak barang yang hilang terutama duit hasil menjahit dan hasil membaiki kereta abah. Mesin jahit ummi ada yang dicuri, kain-kain tempahan, barang elektrik, peralatan membaiki kereta abah dan beberapa komponen kenderaan yang berada didalam kereta yang hendak dibaiki. Banyak kerugian yang terpaksa ummi dan abah tanggung. Dalang yang disyaki pada masa tu adalah penagih dadah. Selepas kejadian tu aku dah tak pergi ke rumah murah tu lagi. Tak lama lepas tu aku dapat tahu ummi dah jual rumah murah tu. Sebab apa aku pon tak tahu dengan jelas.
Kemudian ummi dan abah buka kebun disebidang tanah diseberang jalan dihadapan rumah kami dikampung. Kata ummi itu tanah tu milik arwah isteri abah yang pertama. Banyak sayur yang ummi dan abah tanam. Dari ubi kayu, kubis, kangkung, sawi, tomato, cili, labu, jagung dan beberapa jenis sayur lagi. Sayur-sayur yang ditanam akan dijual di pekan Golok. Tiap hujung minggu aku akan teman ummi pergi berniaga di pekan Golok. Dari situlah aku belajar ilmu matematik.
1991
Aku mula melangkah ke sekolah rendah. Basikal milik abang aku sebelum ini kini menjadi milik aku kerana abang aku kini telah ke sekolah menengah berasrama. Maka setiap hari aku akan mengayuh basikal ke sekolah. Kadang-kadang tayar basikal aku pancit. Aku tak pernah menangis seperti sesetengah budak-budak sebaya aku jika ada musibah seperti tu berlaku. Maka aku akan tolak basikal dari sekolah balik ke rumah sejauh 8km. Dan keesokkan harinya aku akan demam. Hahaha..
Di sekolah semua guru tahu tentang penyakit aku ini. Maka aku selalunya dikecualikan dari apa-apa acara sukan. Hmm.. Memang boring tiap kali kene duduk tepi padang jek. Dari aku lepak tepi padang baik aku lepak dalam kelas dan belajar. Itu yang selalu aku buat.
1994
Aku dilantik sebagai pengawas sekolah. Masih berbasikal kesekolah. Dan masih membantu ummi menjual sayur bila hujung minggu. Walaupun tak aktif aktiviti fizikal, tapi aku masih aktif dengan aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti beruniform. Dan tahun itu juga aku telah beralih ke alam dewasa. Alam akil baligh.
1996
Aku telah berpindah sekolah. Sekolah baru aku terletak di Raub, Pahang. Masa tu aku tinggal dengan kakak aku. Adik beradik aku yang ketiga paling tua. Kakak aku seorang guru. Maka secara automatik aku didaftarkan ke sekolah dimana kakak aku bertugas. Setahun aku di sana. Mengambil peperikasaan UPSR dengan keputusan yang cemerlang berbanding adik beradik aku yang lain.
Pada masa itu, buat pertama kalinya aku aktif bersukan. Semuanya secara tidak sengaja. Kerana tiap kali waktu sukan, aku akan duduk saja di tepi padang. Pada suatu hari, guru ganti untuk kelas PJ minta aku sertai kawan-kawan aku yang lain untuk pemilihan wakil kumpulan untuk hari sukan. Rupanya guru ganti tu sebenarnya tidak tahu tentang penyakit aku. Maka tanpa membantah aku turut serta. Pada masa itu pemilihan wakil dalam acara lontar peluru dan lompat jauh. Aku lihat kawan-kawan yang lain melontar dahulu. Akhir sekali giliran aku. Hasilnya, rekod baru sekolah telah aku cipta. Begitu juga dengan acara lompat jauh.
Bila pulang dari sekolah, aku telah ceritakan perkara ini kepada kakak aku. Dan riaksi pertama kakak aku adalah aku kene marah. Hahaha.. Selepas itu aku ceritakan perkara sebenar. Tidak rasa sakit seperti selalu dibahagian pinggang aku. Aku beritahu dalam kelas PJ minggu hadapan dalam kelas PJ akan ada pemilihan peserta untuk acara balapan. Maka kakak aku pesan minggu hadapan jangan lupa bawa bekal air lebih.
Pada hari sukan, boleh dikatakan nama aku ada dalam semua acara. Tanpa aku sangka aku berjaya merangkul empat pingat emas dan satu perak. Maka dengan itu berakhirlah zaman kebergantungan aku dengan ubat. Tapi sekali sekala rasa sakit itu tetap ada jika aku terlampau memaksa.
1997
Aku pulang ke pangkuan ummi dan menetap bersama nenek di kampung ummi jauh dari kediaman asal kami berhampiran sempadan Golok. Kami menumpang rumah nenek. Aku mula bersekolah di sekolah menengah berhampiran sejauh 6km dari rumah. Abah belikan sebuah basikal lumba untuk aku ke sekolah. Abah memang tahu minat aku. Walaupun garang, abah tetap berikan yang terbaik untuk kami adik beradik.
Setiap hari selama lima tahun aku mengayuh basikal ke sekolah. Tak kira hujan atau tidak. Aku tetap mengayuh basikal. Tiap kali terkena hujan, aku akan demam. Ummi sedia maklum kelemahan anak bongsu dia seorang ini. Aku lebih rela baju sekolah lencun dibasahi hujan dari membuang masa menunggu hujan berhenti. Maka bila sampai sahaja dirumah. Ummi telah sediakan air panas untuk aku mandi dan ubat untuk dimakan.
Semasa aku tingkatan dua, Ummi telah mewarisi tanah pusaka arwah atuk berhampiran jalan utama. Maka abah telah cadangkan untuk membina sebuah rumah baru. Abah tetapkan untuk membina rumah kayu sendiri. Ummi dan abah telah membeli banyak kayu. Ketika tu aku sedang menduduki peperiksaan akhir tahun. Ummi dan abah tidak benarkan aku ke tapak rumah baru kami. Tapi selepas tamat peperiksaan dan cuti hujung tahun aku curi-curi ikut ummi dan abah ke tapak rumah baru kami. Aku sembunyi dari jauh mengintai dan melihat ummi dan abah mengangkut kayu kerana tanah pusaka arwah atuk terletak dibelakang rumah penduduk lain. Maka ummi dan abah terpaksa mengangkut kayu, papan, batu, pasir, bata dan besi melalui celah-celah rumah penduduk kampung kerana lori tidak dapat masuk ke kawasan tanah pusaka arwah atuk disebabkan lorong antara rumah yang sempit.
Maka tanpa fikir panjang aku juga turut membantu ummi dan abah. Ya, aku pernah bina sebuah rumah. Mengangguk kayu, memunggah batu dan pasir, membancuh simen. Semua aku pernah buat. Walaupun dilarang, aku tetap buat. Ya, aku memang degil. Jika aku sudah putuskan begitu, maka aku akan lakukannya. Walaupun akhirnya aku yang akan jatuh sakit.
Setelah lebih enam bulan, akhirnya rumah ummi dan abah bina telah siap. Rumah sederhana besar dengan dua bilik dan dua ruang tamu. Ruang dapur yang besar, sebuah bilik air dan sebuah perigi serta dua buah tandas. Ketika itu aku berada di tingkatan tiga. Sambil aku belajar aku masih membantu abah memasang jubin pada lantai dapur, bilik mandi dan juga bilik air. Di bahagia dapur bukan saja terdapat dapur, bilik mandi dan tandas. Di situ juga tempat untuk ummi menjahit tempahan baju dengan lebih selesa dan luas.
2002
Aku memilih untuk memasuki kelas tingkatan enam dibandar. Pada masa itu aku tinggal bersama kakak aku yang kedua paling tua dirumah sewanya. Ketika itu aku juga berbasikal ke sekolah. Sama seperti biasa, tidak kira hujan atau panas aku akan tetap balik kerumah tanpa perlu buang masa menunggu hujan akan berhenti. Dan selepas tu aku akan demam. Hahaha.. Memang aku degil.
Pada katika ini aku juga pernah terlibat dengan kemalangan motosikal di kampung kerana hendak mengelak kereta yang di bawa laju. Maka aku terbabas dan satu jari aku patah dan satu jari retak. Aku dibawa ke klinik terdekat oleh penduduk kampung sekitar. Dan akhirnya aku dibawa ke HUSM dengan ambulan dan terpaksa tinggal di hospital selama tiga hari dan diberikan MC selama sebulan. Tapi lepas seminggu aku pergi jugak ke sekolah. Boring doh duduk rumah. Bukan teruk sangat cedera aku tu. Tangan je kot. Bukan kaki. Kalau kaki lainlah cerita sebab susah nak berjalankan? Ketika itu aku tetap pergi ke sekolah dengan basikal.
Di rumah ini jugalah aku dijangkiti deman denggi. Lebih dua minggu aku ditempatkan di hospital besar. Dari satu wad ke satu wad aku dimasukkan. Yang paling teruk ialah di wad kawalan jantung. Sangat seram bila melihat wayar-wayar berselirak diatas badan aku.
2004
Selepas peperiksaan STPM, aku mula bekerja di sebuah pusat membeli belah tempatan sambil menunggu keputusan peperiksaan. Dan ketika tu aku masih tinggal di rumah sewa kakak aku. Semasa bekerja disitu, pada bulan ramadhan aku telah demam panas. Ingatkan demam panas biasa. Tiap kali makan aku akan muntah. Hampir seminggu aku keluar masuk ER, keputusan yang diberikan oleh HR (sebab aku syak yang check aku tu bukan doktor) adalah demam biasa dan hanya dibekalkan ubat demam biasa. Akhirnya pada suatu hari aku muntah darah. Kemudian ummi bawak aku ke klinik dan diminta dirujuk ke hospital terdekat kerana suhu badan aku terlalu tinggi dan juga kerana muntah darah tu. Maka aku dibawa ke hospital besar dan telah mendapat rawatan selama seminggu. Selepas tu aku terpaksa ganti puasa hampir sepuluh hari. Hahaha... Lawak giler bila cakap tentang ganti puasa.
Kemudian banjir besar melanda Kota Bharu. Pusat beli belah tempat aku kerja dimasuki air. Maka dapat cuti selama seminggu kerana kawasan parking dan stor department aku kerja dimasuki air. Tapi aku pergi kerja macam biasa. Tolong boss aku angkut barang yang rosak dan bersihkan apa yang patut. Akibat berendam dalam air banjir terlalu lama selama 3 hari akhirnya aku demam. Hmmm.. Memang sistem imun aku lemah. Hahaha..
Selepas itu aku dapat surat panggilan temuduga jawatan kerajaan. Aku mohon cuti sehari untuk pergi temuduga. Kali pertama aku mohon cuti sejak aku kerja kecuali cuti masa demam denggi sebelum tu. Selepas boss aku tahu aku hadir ke temuduga tu, boss letakkan aku dibawah pemerhatian untuk tawaran naik pangkat. Selepas tiga bulan aku dinaikkan pangkat kerana aku memiliki sijil STPM. Tapi aku sempat merasa jawatan baru aku selama 20 hari sahaja kerana aku telah menerima surat lapor diri ke jawatan kerajaan. Maka aku telah serahkan notis letak jawatan 30 hari.
2005
Melaporkan diri ke jawatan kerajaan di selatan tanah air selama tiga bulan setengah. Berkursus dan berkawad sehingga hitam legam. Tapi pada hari terakhir memang sukar untuk berpisah dengan semua rakan-rakan sejawatan apabila aku seorang dicampak ke utara tanah air.
Ketika itu juga aku pertama kali balik ke kampung dari selatan Malaysia. Perlu melalui banyak perjalanan untuk tempoh masa yang panjang. Pertama kali menaiki pengankutan awam untuk jarak jauh hanya melalui penunjuk arah. Kemudia melaporkan diri ke tempat kursus hanya berdasarkan ingatan ke tempat dan pengangkutan yang perlu dinaiki seorang diri. Dari kampung ke ibu kota. Dari ibu kota naik train ke selatan. Selepas itu terpaksa menaiki bas dan teksi sebelum sampai ke tempat kursus.
Sehingga kini aku berada di negeri ini. Suka dan duka aku disini. Berdikari dan mencari rezeki di negeri orang. Berkenalan dengan pelbagai jenis orang dan ragam. Bercinta dan berkasih. Kene tipu, kene reject, mereject orang. Kumpul harta, beli kereta, beli rumah. Bertugas di pulau, merata tempat di sini. Dipinjamkan ke jabatan lain. Berkenalan dengan ahli politik, terlibat dalam politik. Di bawa melancong ke luar negara. Ditinggal setelah perjalanan dirancang. Bergaduh dibilik hotel diluar negara. Dicurangi, bergaduh, bertumbuk, diacu pisau, telan ubat sampai overdose. Tidak cukup duit untuk beli makanan lebih seminggu tanpa makan, tidur dalam keadaan panas kerana elektrik dipotong. Sambung belajar, tangguh semester, gagal subjek kerana masalah cinta. Ponteng kerja selama dua minggu kerana gangguan perasaan kerana cinta. Kerugian harta benda kerana banjir besar, kemalangan sehingga kereta diisytihar sebagai total lost, motosikal jatuh sungai kerana masalah break. Macam-macam lagi perkara yang aku hadapi dan pelajari sejak berada disini. Semua aku hadapi sendiri.
2013
Diatas pengalaman aku selama ini aku berhak menilai orang disekeliling aku kerana ia adalah PENILAIAN PERIBADI AKU tanpa perlu campur tangan pihak lain. Hak untuk menafikan itu hak masing-masing. Mungkin aku tidak kenal semua sepenuhnya luar dan dalam. Mungkin apa yang aku tahu dan kenal hanyalah luaran sahaja.
Kamu berhak marah aku kerana mungkin penilaian aku tepat atau tidak. Itu hak kamu. Kamu berhak menegur aku jika aku ada tersalah tafsir siapa kamu. Tapi siapa kamu untuk menilai aku dari luaran? Kerana kamu juga tidak mengenali aku luar dan dalam. Apa yang kamu tahu hanya dari bacaan dari blog ini. Itu hak aku untuk bersuara dan memberi pendapat.
Untuk Mr.F. Penilaian aku itu sekadar luaran sahaja kerana aku tidak kenal siapa kamu sepenuhnya. Sebagai orang yang pernah tidur sebantal dengan kamu maka aku layak untuk bersuara dan memberikan pendapat aku. Begitu juga kawan kamu selama 4 tahun di universiti. Mungkin dia hanya kenal kamu dari keperibadian luaran kamu sahaja dan dia layak untuk berkata kerana di kenal kamu. Tapi aku rasakan dia hanya kenal luaran kamu sahaja dan dia tidak kenal siapa kamu dan keperibadian dalaman kamu. Maka dia tidak layak untuk menilai aku dan mengarahkan aku sesuka hati di blog aku. Jika ingin menegur, biarlah secara berhemah. Aku tahu orang utara tuturnya memang kasar. Bahasanya memang kasar. Tapi untuk menilai siapa aku dia tidak layak langsung.
Kamu juga Mr.F. Kita hanya kenal seketika sahaja. Kamu boleh menilai aku macam-macam. Tapi kamu tidak berhak menjatuh hukum dan mengarah aku mengikut kehendak kamu. Aku tahu sifat kamu itu kerana kamu kerap berulang kali menyatakan kelemahan kamu itu. Tapi kamu perlu sedar, bukan semua orang boleh menerima cara kamu. Pekerja kamu mungkin kamu boleh kamu buat begitu. Ahli keluarga kamu juga kamu boleh buat begitu. Tapi aku, kamu hanya kenal dalam masa yang singkat. Kamu mahu aku ikut cara dan rentak kamu. Aku boleh sabar selama ini. Aku ikutkan sahaja rentak kamu. Aku sabar sebab aku tidak kenal siapa kamu lagi ketika itu. Mungkin itu cara kamu. Sekali tak apa. Kali kedua aku sabar. Bila kali ketiga aku perlu bertindak. Dan tindakkan itu akan mengikut cara aku. Kamu suka atau tidak kamu juga perlu terima mungkin ini adalah cara aku sepertimana aku terima cara kamu.
Kamu juga berhak menuduh aku macam-macam seperti aku menuduh kamu. Kerana ia hak kamu. Tapi kamu perlu sedar aku pernah mengalami perkara yang sama sebelum ini dan aku lebih tahu macam mana untuk aku menangani masalah ini mengikut cara aku. Aku tidak salahkan kamu jika kamu salah faham kerana dari situ aku dapat menilai sifat kematangan kamu. Jika kamu mahu tahu aku telah dapat menerima siapa kamu setelah aku buat keputusan itu minggu lepas. Aku cuma menunggu tindakan kamu seterusnya sahaja. Aku sudah tahu apa pandangan kamu pada aku kini.
Sememangnya aku banyak kenangan lampau kerana semuanya berlaku disini. Maka kamu tidak perlu mencari siapa aku dan siapa sebelum kamu. Tapi kamu tetap dengan cara kamu. Kamu perlu sedar bila aku tidak pernah tanya siapa sebelum aku. Tapi kamu tetap dengan cara kamu. Kamu bercerita semuanya dari A hingga Z. Kamu perlu sedar itu. Walaupun kamu bercerita tentang meraka aku tidak pernah marah kerana meraka adalah kenangan kamu. Maka kamu perlu hormat aku bila aku tidak bercerita tentang mereka. Tapi kamu tetap bertanya tentang mereka. Bila aku bercerita tentang mereka kamu pula yang tarik muka. Maka adakah aku yang bersalah dalam hal ini? Adakah aku yang perlu menjadi mangsa marah kamu itu??
Diatas beberapa perkara diatas aku telah membuat penilaian tentang kamu termasuk cara hidup kamu. Sememangnya keluarga kamu tidak bersalah dalam hal ini. Kerana kamu layak mendapat apa yang kamu ada selama ini. Tapi aku layak menilai kamu diatas kapasiti status aku ketika itu selama bersama kamu. Itu cuma pandangan aku dan jika salah AKU MINTA MAAF. Seperti yang selalu kamu buat. Kamu kerap meminta maaf pada aku kan?? Tapi kamu tetap ulangi kesalahan yang sama walaupun kamu sudah berjanji tidak akan ulangi lagi. Untuk pengetahuan kamu, aku adalah seseorang yang susah untuk meminta maaf kerana selagi aku tidak tahu perkara sebenar aku tidak akan minta maaf kecuali ada yang menerangkan bangun duduk cerita sebenar.
Aku tetap memberi peluang kepada kamu selama ini dan aku untuk mengenali kamu tanpa menilai fizikal kamu kerana apa yang penting bagi aku sifat dan kematangan seseorang untuk menentukan kemana hala tuju hubungan ini ke peringkat seterusnya. Sememangnya aku masih diselubungi bayangan mereka yang lepas kerana dah nama pun aku baru putus cinta dari hubungan yang teramat panjang. Tapi apa yang aku rasakan kamu yang terlebih dibayangi dengan siapa pernah aku bersama dahulu. Macam-macam yang kamu buatkan? Kamu mesti tahu apa yang telah kamu lakukan kan?? Tidak perlulah aku terangkan disini. Sepatutnya kamu menjadi diri kamu yang sebenar supaya kamu dapat menghilangkan bayang-bayang mereka yang lepas dari mata aku. Tapi kamu tidak ambil peluang itu. Kamu hanya lebih membayangi mereka dimata aku dan mata kamu.
Tipulah jika aku katakan aku tak pernah jatuh hati pada kamu dengan apa yang pernah buat sebelum ini. Hantar bunga ros 16 kuntum bersama surat. Selalu hantar makan ke rumah walaupun aku tak pernah minta. Tiap kali hujan diwaktu petang kamu secara sukarela mahu datang jemput aku pulang dari kerja. Giler siapa tak jatuh hati. Orang giler pon kalau hari-hari dijamu nasi, kamu je dia akan cari. Dah tak cari dah orang lain. Sememangnya aku puji kamu sangat baik. Teramat baik. Tapi cara kamu itu adalah salah. Kadang-kala tindakan kamu itu amat terlampau dan melebih-lebih. Sememangnya kamu berhak dan mampu untuk buat semua itu. Tapi bagi aku itu tidak perlu. Bersederhanalah dalam semua tindakan. Bila semua keadaan dah tenang kita akan bincang masalah ini elok-elok. Jangan libatkan dengan emosi. Kerana kamu tahu apa jawapan aku selepas itu kan??
Walau apapun kita tetak kawan. Itu keputusan akhir aku.
Tipulah jika aku katakan aku tak pernah jatuh hati pada kamu dengan apa yang pernah buat sebelum ini. Hantar bunga ros 16 kuntum bersama surat. Selalu hantar makan ke rumah walaupun aku tak pernah minta. Tiap kali hujan diwaktu petang kamu secara sukarela mahu datang jemput aku pulang dari kerja. Giler siapa tak jatuh hati. Orang giler pon kalau hari-hari dijamu nasi, kamu je dia akan cari. Dah tak cari dah orang lain. Sememangnya aku puji kamu sangat baik. Teramat baik. Tapi cara kamu itu adalah salah. Kadang-kala tindakan kamu itu amat terlampau dan melebih-lebih. Sememangnya kamu berhak dan mampu untuk buat semua itu. Tapi bagi aku itu tidak perlu. Bersederhanalah dalam semua tindakan. Bila semua keadaan dah tenang kita akan bincang masalah ini elok-elok. Jangan libatkan dengan emosi. Kerana kamu tahu apa jawapan aku selepas itu kan??
Walau apapun kita tetak kawan. Itu keputusan akhir aku.
Maka aku harap akan terjawaplah beberapa persoalan dari ruang komen entry-entry sebelum ini. Sebab setiap entry adalah berkaitan. Maka jika hanya baca satu atau dua entry berdasarkan tajuk yang kononnya gempak itu maka kamu hanya tahu 1% sahaja dari cerita sebenar. Dan secara automatiknya kamu tidak layak untuk bersuara disini.
Nota berkaki : Giler panjang entry kali ni. 1st time aku menaip panjang macam ni. Almost 12 jam gak aku menaip. Habis tertangguh segala kerja assignment aku. Huhuhu..
10 comments:
aku baca dari awai... tp bila masuk 2013 aku stop baca... aku rasa bukan level aku untuk mneruskan pembacaan tu... hehe... have a nice day bro....
fir : kalau dah baca tu ckp jelah dah baca.. kontrol macho nmpk.. tarik bulu ketiak br tau..
putera : nak kene titik kat dahi ker?? garang dak garang dak?? :P
i think you're nicely good looking guy.
itu jer. sekian. :)
tak lah.... senpaiku pernah berkata... jgn terlibat bila dua plu berkonflik... pandangan anda mungkin akan mburukkan lagi keadaan... hehe...
fir : xde sape pun mintak pandangan
Sorry atas kekasaran aku, f x telibat dlm komen aku. Maaf k. Aku salah langkah.
Sorry adam .. I cant approve ur comment dkt my blog even though nothing wrong with ur comment .. it was ur DP ..its too gay .. n my blog is not a gay blog .. mungkin sedikit prejudis .. but it happens at all .. thanks ..
Numan ..
hamboi man.. dp aku mcm tu pon ko kata G.. hawat hang tak kata blog aku too G trus?? sbb komen aku tu nnt link trus dgn blog aku yg penuh dgn entry G..
I dont mind klu blog ko gay ... open sources .. yet bukan blog blue pon .. yet aku open minded jer .. but i always care about the 1st impression of others .. hahaha .. Maaf ye .. u should know by now that this circle of life is not my things .. Im reaching 30s next year and citer2 budak2 mcm nie .. yeah ..Im looking for stability in life now .. i never had gay friends outside .. dekat alam maya ye .. tapi sampai satu tahap, I could understand u somehow in certain aspects .. hmm cuma pilihan kita semua berbeza2 .. :)
(aku harap bahasa aku tak terlampau tinggi atau rendah sgt..haha)
Numan
okay2..paham..cuma sentap bijik je sket..hak hak hak..
xpelah..aku budak lg..nnt raya nak p umah abg numan bleh??
Post a Comment