Sudah lama aku tidak menulis secara serius di dinding blog ini. Dan sudah lama aku tidak menitip kebahagiaan mahupun kedukaan buat tatapan umum. Mungkin faktor usia membuat aku berfikir lebih matang. Memikirkan sesuatu secara serius apa yang harus dikongsi atau tidak.
Usai waktu ini aku baharu saja selesai menonton drama The Flower In Prison. Sebuah cerita gaya klasik dari Korea. Entah kenapa aku mudah tertarik dengan genre sebegini kini.
Sesambil menunggu loading aku menjenguk di dinding blog. Melihat followers yang sedia ada. Ramai dari kamu juga seorang blogger. Dan aku tidak beberapa mengenali kamu. Aku buka satu persatu dan membuka pautan yang ada. Makin ramai blogger ''macam kita'' menonjol diri tetapi berselindung disebalik sebuah identiti baharu yang dicipta. Haha.. Seperti aku.
Selamat datang kepada blogger baharu. Sebahagian daripada kamu bila aku melawat dari satu pautan ke pautan yang lain ramai yang telah mencoret di dinding blogspot sejak aku mula.. menghilang minat dari merakam memori di dinding blogspot ini.
Aku tidak akan menghalang kamu-kamu dari merakam dan meluahkan apa yang kamu rasa di blogspot ini kerana ia merupakan salah satu cara bagi orang-orang macam kita untuk melepaskan tekanan dari menyimpan rahsia besar seumur hidup kita. Memang sukar menjadi insan yang berbeza dari mereka-meraka yang normal. Terpaksa berlakon hampir setiap hari. Menyembunyikan identiti sebenar. Ia sememangnya beban yang berat. Dan dinding ini merupakan salah satu terapi mudah yang tidak akan melibatkan mana-mana pihak.
Mungkin waktu telah mematangkan aku dari menceritakan lagi rahsia ini untuk dikongsi umum. Mungkin hanya beberapa orang terpilih sahaja yang aku akan kongsikan rahsia ini secara terus. Dan mungkin aku telah menjumpai beberapa insan yang aku boleh berkongsikan rahsia ini tanpa prejudis. Entahlah..
Apapun aku melihat komuniti kita ini semakin berkembang. Aku berharap kamu-kamu semua mampu menjaga diri dan menjaga satu sama lain. Hanya kita-kita sahaja yang memahami siapa diri kita.
Selamat malam..
Nota Berkaki : Ramai ngat guna kata ganti nama Mr.A , B, C, bla bla bla... suka tau tiru abam.. Hak hak hak ; P
6 comments:
hai abang adam, jangan lupa selalu update blog k..
abg.. serius gila n3 kali nie... mmg btul dah jadi abg2 nie...hahaha
mohon nasihat juga dari abang2 senior untuk adik junior yang baru muncul dari dunia nie, agar kami tidaklah terlalu bebas tergelincir...
tunjuk ajar sifu... hahaha
Hai jugak utk carl.. mat saleh sgt nickname.. hahaha.. in sha allah jika berkelapangan abam update selalu..
Hahaha.. in sha allah mus.. tp.. ang mmg hari2 tergelincir ke? Hak hak hak..
Hi Abam, sy Talhah, salam perkenalan jugak. Thanks for the advice anyways :)
Hi Talhah.. salam perkenalan.. selamat berblogging..stay save..
Post a Comment