Thursday, April 9, 2015

April Yang...

Morning..

Hari ni abam bercuti, sepatutnya hujung minggu ni akan menjadi minggu untuk ber-happy-happy-an. Tapi apakan daya. Perancangan kali ni gagal. Semakin ramai yang abam lihat di ig sedang menuju mahupun telah sampai ke Bangkok. Songkran kali ni mesti semakin meriah. April kali ni no happy-happy. Huhuhu..

Abam baharu saja selesai lunch di KFC Stadium Alor Setar. Duduk di tempat biasa, di tepi cermin bertemankan pemandangan booth drive tru dan Hotel Seri Malaysia. Kali ni ditemankan ramai adik-adik yang mungkin sedang menjalani hari sukan di stadium sebelah. Dah la bising, bau plak.. Fuuuuhhh.. Semerbak. Wakakakaka.. Biasa la budak-budak, mana reti lagi pakai wangi-wangi macam kita sekarang. Tahan je lah. Lagipun abam syak diorang semua belum baligh lagi. Muahahahaha...

Sepatutnya abam balik kampung if plan asal abam tak menjadi. Tapi ada je menghalang. Abam ada masalah sket dengan result exam abam. Semalam abam dah pergi jumpa pensyarah abam dan memang ada kesilapan sket dari segi permarkahan untuk subjek tu. Abam risau abam kene repeat subjek tu, kene guna duit lagi. Dah la 1 subjek jek. Kene buang masa 1 sem untuk graduation. Harap-harap masalah ni selesai cepat. Kalau tak abam dah guna duit yang abam simpan balik kampung hari ni.

Selepas jumpa pensyarah abam terus ke tanah perkuburan melawat arwah mak dan ayah. Dah lama tertangguh sebab tiada urusan ke sana. Macam biasalah, abam bersihkan sket-sket kawasan kubur arwah, sedekahkan doa dan minta izin arwah sebelum pergi jumpa abang B. Lepas tu abam ke pejabat abang B, pulangkan barang yang abam pinjam awal tahun. Abang B semakin berbeza. Ubannya semakin tebal. Itu abam suka. Badannya pula semakin berisi. Sebenarnya semakin gemuk. Kurang menarik dimata abam. Hahaha.. Abang B sebenarnya tak sesuai jika gemuk.

Oh.. Ada orang meroyan whatsapp dekat abam, marah-marah abam sebab abam bagi markah kat dia rendah. Hahahaha.. Macam budak-budak sekolah sebab markah dia tak dapat A, katanya.  Macam-macam. Hahaha..

Well, kalau korang nak tau markah orang yang berjaya mengambil hati abam selama ni sebenarnya lagi rendah kot. Siapa lagi, abang B la. Kalau diikutkan krateria lelaki idaman abam yang ada pada abang B hanyalah 50% kot. Apa yang 50% tu? Emmm.. Berumur, matang berfikir, aset yang.. (hehehe..), sweet talk (bak kat Numan, memang cair beb.. sebab tu kene tipu selalu.. hahaha..) dan mampu bersabar dengan karenah abam.

Haaaaa.. Nampak. 50% pon abam pilih gak tau, mampu bersama 7 tahun kau together-together lagi. Janji korang bleh tahan karenah abam yang kekadang mengalahkan budak-budak bawah umur. Muahahahaha..

Ok, dah. Sebenarnya dalam kepala abam ni ada benda lain yang nak di update. Tapi, entah. Macam-macam yang abam tengah pikir sekarang ni. Serabut rasanya. Lantaklah. 

Ok, abam off dulu. Abam nak pi shopping barang dapur jap. Hilangkan sket tekanan yang entah apa-apa ntah. 











Nota berkaki : Best sebenarnya dok tepi cermin kat kfc ni, bleh tengok macam-macam orang yang lalu drive tru. Dapat cuci mata tengok abah-abah order makanan untuk anak-anak diorang. Muaahaha.. Hmmmm.. I miss my baby..

5 comments:

Nu'man Qatadah said...

Rasa nya dah beberapa tahun ko putus .. tapi nama B tue still juga nak disebut .. move on Adam .. move on !! kehkeh ..

adamiedamuss said...

Hahaha.. Mmg la dah putus.. Hubungan sulit itu yg putus.. Silaturahim masih dikekalkan.. Lgpon kedah ni kecik kot.. Pi mana2 still blh tlanggar bahu..

Bila nak update love story ang plak?

Kamen Shinobi said...

Ek eleh...50% jek? susah laa nak dapat markah penuh macam ni..cikgu adam kedekut markah!

ekekeke

adamiedamuss said...

Mmg kedekut pon.. kemut lg.. muahahaha..

Markah penuh kene tahap super duper model la.. or pornstar maybe.. eeuuuwww..

warkah kembara said...

haha..konfius kjap...ingtkn markah ap yg abg bg td..haha...*slow ckit...:p ...hope epi salu... :)