Sebab takde lappy terpaksalah update blog ni guna tab. Kesihan cheq. Ada tak sape-sape nak tolong sponsor cheq belikan komputer baru? Kalu ada, sila tinggalkan no.hp anda di ruangan komen. Nanti cheq contect. Hak hak hak.. Jangan risau, komen anda akan ditapis dan identiti anda akan dirahsiakan. Konsep anak ikan sangat..
Bulan depan memang padat sket jadual. Dengan final exam nya, dengan operation nya, dengan fisio nya, dengan cuti raya cina nya. Owh wait, Chinese new year.. mesti ada sales best-best sebelum Chinese new year. Sape nak teman cheq p shopping kat Penang?? Angkat bontot. Best nyer.. Weeeeee...
Sorry la entry kali ni tak bergambar sebab macam susah sket nak menaip guna tab ni. Nanti cheq dah beli komputer baru cheq update banyak-banyak. Cheq ada la servey mini tower desktop yang power untuk gantikan lappy cheq tu. Rasa muak dah kot guna lappy, skang rasa nak guna desktop plak untuk my mini office kat umah ni. Tahan lasak sket. Kalu onthego dah ada tab untuk guna sementara.
Oh ya. Terlupa plak. Bulan Disember last year dah 2 tahun la cheq single. Rasa makin on kut. Rutin harian pon tersusun elok. Cuma lepas ni dah tak sibuk memikirkan assignments lagi. Hohoho.. Kene cari aktiviti baru untuk sibukan diri. Januari tahun ni plak cheq dah genap 10 tahun bekerja dan menetap di Kedah. Dah rasa serasi dengan keadaan kat sini. Rasa sayang jek kalau terpaksa pindah keluar dari Kedah ni. Huhuhuhu..
And last 2 weeks, cheq dah bertukar ke department baru. Rasa kekok pulak nak mulakan tugas ditempat baru ni. Okay la, cari pengalaman banyak-banyak sebelum apply kenaikan pangkat. Hehehehe..
Time to go now. Mencari cinta baru. Hak hak hak..
Nota berkaki : Emmm.. nak tulis ape yer.. emmmm...