Monday, October 13, 2014

Hormones..

Okay. Baru selesai menonton siri Hormones Season 2 kat youtube. Drama remaja bersiri dari negara gajah putih atau lebih dikenali sebagai lakorn. Last episode telah ditayangkan semalam jam 1 pagi waktu Malaysia atau jam 12 tengah malam waktu Thailand secara streaming di GTH channel dia youtube.

Episode akhir boleh dikatakan twisted sket dari season 1 kerana happy ending tak banyak. Ada yang happy ending dan ada yang masalah diorang masih tak selesai. So, dari situ dah boleh agak akan ada season 3. Dan sememangnya akan ada season 3 kerana di akhir part episode akhir tu ada di tayangkan sedikit sedutan untuk season 3. 

Maka sekarang cheq masih mengikuti beberapa siri antarabangsa (laa sangat) yang sedang ditayangkan diseluruh dunia selain mengadap tv dan tengok rancangan yang di ulang-ulang entah untuk kali ke berapa juta kali ntah.

Antara siri yang cheq sedang tengok sekarang ni ialah sebuah drama taiwan yang telah ditayangkan pada tahun lepas. Walaupun takde elemen-elemen sejenis tetapi ada jugak la adegan-adegan bromance sket-sket. Sebabnya taiwan banyak mengeluarkan drama yang direka set didalam studio. Biasanya lighting and sudut rakaman adalah sangat fail. Boleh tengok drama taiwan petang-petang di 8tv. Tapi drama nie sudut, pencahayaan, pelakon dan storyline dia diluar kebiasaan drama didalam studio. Nanti cheq story lain pasal drama ni.

Yang kedua, ofkos la rancangan kartun kegemaran aku, naruto shipunden yang kini baru saja lepas ditayangkan episode 382. Hohohoho...... Dan juga kartun the legend of korra book (season) 4. Semalam episode 2 baru je ditayangkan. Book 4 akan menjadi season terakhir bagi siri korra ni. 

Ada beberapa lagi siri menarik yang masih menjadi perhatian cheq untuk ditonton. Nanti ada masa cheq review lagi noh?? Cheq nak masuk tido dulu. Bubye..














Nota Berkaki : Akhir-akhir ni makin kerap dok mimpi cinta lama. Haiiihhh.. Apa nak jadi laa..

Saturday, October 11, 2014

Niat..

Bangun pagi ni sedar-sedar Fafau ada kat sebelah dok tengok tv. Dah memang aku yang mintak dia datang semalam kan. Hak hak hak.. Entah rancangan ape yang ditengok nyer pepagi macam ni. Bukan nyer ada astrok kat umah nie. Semalam Fafau nak tido kat ruang tamu. Hmmm.. Layankan je...

Terus aku bangun dan mandi. Siap-siap simple jek. Pakai hotpant and t-shirt ofis. Fafau dah siap nak balik rumah dia. Lepas Fafau keluar aku start enjin kereta. Lepas tu aku drive ke Pekan Cina. Cari kotak plastik untuk simpan barangan pameran untuk ofis esok. Dan esok juga merupakan ulang tahun pemergian arwah mak (his mom).

Reminder tablet aku berbunyi. Aku baca dan senyum. Selepas keluar dari Pekan Cina, aku terus drive ke kubur. Setengah jam kemudian aku sampai ke sana. Memang dah lama niat aku untuk menziarah kubur mak dan ayah (his parents) dari semester lepas lagi. Walaupon exam semester lepas dah habis dan semester baharu akan bermula minggu hadapan, niat aku masih tak tertunai. So, dikesempatan dan keterluangan hari ni aku laksanakan niat tersebut. Sememangnya setiap semester aku akan kesana bila kelapangan.

Setengah jam kemudian aku keluar dari tanah perkuburan tu. Jika dahulu memang susah sedikit untuk kesana. Tapi kini tidak lagi. Semua jalan dah elok. Jika ada yang kata sukar tu, itu semua alasan semata. Jika dulu yang sukar tu bukan lah apa-apa kerana niat dan tujuan sebenar menjadi ukuran.

Sampai sahaja di rumah aku terus bersiap-siap untuk ke masjid. Usai solat aku ke kedai makan di depan taman dan kemudian pulang ke rumah. Mungkin kerana kenyang dan kepanasan petang, terlena jap di depan tv.

Sedar-sedar dari tido siang, azan asar berkumandang dan rancangan belanjawan sedang bermula. Tak tahu kenapa makin senang digunanya perkataan bajet. Bukan tak ada perkataan Melayu yang setara dan memberi maksud yang sama. Semua stesen tv menggunakan perkataan bajet. Hmmm...

Pepun belanjawan tahun ni masih tak seronok untuk di ulas. Jika dahulu ada jugak lawan untuk mengulas pasal belanjawan ni. Sekarang ni setakat dengar jelah..
















Nota Berkaki : Sebenarnya ada projek besar dalam perancangan. Tapi... cheq memerlukan rakan kongsi. Ada sesiapa yang sanggup menjadi rakan kongsi cheq?? Hohoho..