Sunday, June 22, 2014

GILEE..

Korang tengok tak berita buletin utama semalam?
The first intro.
Mata aku tak tengok pada tv masa tu.
Mata aku tertumpu pada nasi bungkus yang aku baru beli.
Mula-mula dapat dengar orang berisytifar dengan panjang dari tv.
Terus mata aku beralih ke tv.
Tak perlu 2 saat untuk mata aku mengeluarkan air mata.
Terus aku alihkan pandangan mata ke arah makanan sambil mata laju mengeluarkan air.

GILEE..

Satu perkataan yang bermain di kepala aku masa tu.
Melihat seorang oku diperlaku kan macam tu.
Aku sekadar mendengar ulasan yang dibaca pemberita.
Makanan cuba aku suapkan.
Perlahan nasi aku suapkan ke mulut.
Hilang selera aku walaupun pada masa tu perut aku teramat lapar.

Viete yang sama masih diulang hingga kali ketiga.
Pandangan masih kearah lain.

Aku cuba alihkan pandangan ke fb..
Tapi video yang sama di kongsi di wall.

Sebak rasanya.

Yang tinggal hanya tulang dan kulit.
Tidak berseluar.
Hanya berbaju reput.
Reput.
Ya, reput.

Tiada apa yang dapat aku komen.
Tapi aku dapat merasai.
Bagaimana agaknya perasaan ahli kumpulan aku menjumpai budak itu pada ketika tu.
Terkejut seperti melihat mayat hidup.

Itu hanya sedikit.
Aku pernah melihat banyak lagi.

Dunia semakin GILEE..

2 comments:

wings angel said...

saya sangat beremosi bila tengok keadaan budak tu. semoga mak dye insaf dan menyesali perbuatannya

kindaichi kid said...

sayu dan sedih tengok anak kecil tu...manusia sekarang semakin menyerupai binatang....