Wednesday, December 18, 2013

Kongsi..

Dah masuk bulan disember rupanyer.
Cepatnya masa berlalu.
Ada sedikit cerita nak dikongsi disini.
Bulan ini, entah bila tarikhnya aku sudah lupa, genap setahun aku single kembali...
And i feel great.
Jom aku nak kongsi cerita pengalaman setahun menjadi single secara rasmi.

1st thing aku rasa bersyukur kot (buleh guna perkataan tu??) sebab aku sememangnya pantang orang menipu dengan aku. Walaupun aku sayang giler babun kat orang tu. Lagi-lagi yang dah kantoi tapi tak reti nak mengaku. Kalau setakat mengaku "ye saya buat semua tu", itu tak cukup bagi aku. Aku perlukan alasan kukuh kenapa semua itu berlaku. Bukan sekadar alasan melepaskan diri dan menunding jari kepada orang lain.

2nd thing, aku sekarang ada lebih masa untuk memikirkan diri sendiri. Perkara pertama yang aku buat ialah jumpa pakar kulit untuk menyelesaikan masalah jerawat badan. Dengar cerita, our first lady selalu ke specialist tu bila datang ke utara. Tiga temujanji telah dibuat hampir berjaya menyelesaikan masalah kulit aku tu. Dan pakar kulit menasihatkan untuk menukar sabun mandi yang aku gunakan kepada sabun bayi. Alhamdulillah selain dapat menyelesaikan masalah kulit, kulit aku juga menjadi gebu dan lembut macam kulit bayi. Dan ia diakui oleh F. Kan kan kan..?

Kemudian, berkaitan pembelian rumah telah selesai pada januari lalu. Begitu juga dengan pengubahsuaian dapur. Alhamdullillah kini aku lebih kerap melepak di dapur berbanding dulu hanya di bilik tidur. Walaupun masih berbaki 5% pengubahsuaian masih tidak selesai, ia hanya melibatkan tempahan kabinet dapur dan sedikit penambahan di bilik mandi. Kini aku juga memiliki ruang belajar yang lebih selesa. Bukan seperti dulu. Semuanya dilakukan diatas katil.

Dan dalam tahun ini aku juga sempat berkenalan dengan beberapa orang-orang hebat seperti dua orang interior designer, seorang pewaris empayer perniagaan dan seorang engineer berpengaruh dari ibu kota. Dapat bertemu dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dapat memberikan sedikit sebanyak input kepada aku. Maaf jika ada yang kurang selesa dengan sikap aku. Aku sememangnya begini. Pendiam. Aku lebih selesa untuk mendengar kalian bercerita kerana aku tidak tahu bagai mana untuk bercerita. Jika ditanya baru aku berkata-kata. Kerana ramai yang kata kata-kata aku selalunya pedas untuk didengar.

Untuk bercinta lagi? Aku masih berharap. Semoga ada jodoh kemudian nanti..

Pelajaran. Alhamdulillah masih aku teruskan. Insyaallah akhir tahun hadapan aku akan bergraduasi. Insyaallah jika di izin-Nya.

Dengar kata, dengan izin-Nya jawatan aku akan diselaraskan ke gred 27 tahun hadapan. Jika itu berlaku, dengan ijazah yang ada nanti boleh la aku memohon ke gred 42. Insyaallah.

Bila habisnya belajar, beberapa masalah kewangan akan selesai setelah beberapa audit kewangan dibuat. Diharap begitulah nanti.

Oh ya.. Aku tak faham sangat dengan bebudak 'G' neh. Lepas dah macam-macam dengan X aku apa motif diorang datang mai cerita dekat aku apa yang berlaku. Tak kurang yang datang mai mengadu itu dan ini. Motif betul la. Aku dah malas nak amik pot. Diorang nak kongsi baju ke, kongsi seluar ke, kongsi seluar dalam ke apa aku kisah.

Tak dapat pelok anak sendiri, pelok anak orang lain pon jadi la..

Pepun aku still miss 'anak-anak' aku terutama yang kecik tu. Bulan lepas dapat jumpa si kecik sekejap. Dapat la juga lepas rindu. Terima kasih awak sebab bawakan diorang datang ke rumah. Riuh kejap rumah.

Tapi yang aku sedih sket cara dia pandang aku masa tu. Macam aku ni jijik sangat. Macam aku pulak yang buat salah. Dah lama aku tak nampak dia senyum. Senyuman ikhlas. Bukan senyuman fake seperti di profile facebook dia. Itu pilihan dia, semoga dia berbahagia dengan pilihannya. 

Aku harap dengan izin-Nya tahun hadapan segala perancangan dan matlamat aku akan berjalan lancar. Target untuk membeli kereta baru..emmm... biarkan lah dahulu. Apa yang penting sekarang Ubahsuai rumah dapat disiapkan dengan segera. Dapat la aku sewakan bilik kosong yang ada atau tinggal bersama seseorang. Cheeeewah... Hahaha.. Memang tujuan aku beli rumah tu untuk tinggal bersama orang yang aku sayang. Hmm... Tahun depan kene tukar nama pewaris nampak gayanya.










Nota berkaki : Sayang aku tak pernah berubah. Mungkin cuma sedih, geram atau benci hanya mengaburi seketika pandangan aku. Dan ia selalunya tidak berkekalan. Yang kekal hanya sayang. Tapi semua telah diputuskan. Semuanya telah tamat. Selamat ulang tahun kembali solo. :D

6 comments:

aaa said...

:-)

Mus said...

welcome back to singgle...hehehe

Anonymous said...

aku nak tanya ko jgn marah, ko cakap ko ada anak, tapi aku still confius (gay or ?) atau ko gay tapi mampu kawen dan ada anak. tapi kalau ko normal nape plak ada kat sini. jawapan ko mungkin dpt bantu aku utk tinggalkan dunia haprak tuh.

adamiedamuss said...

soalan yg berat n panjang untuk dijwp..
nnt cheq pikirkan jwpn yg sesuai..

Anonymous said...

hang jawab yg pendek dah cukup, x pyah panjang lebag, janji padat dan kemaih.

adamiedamuss said...

kindaici : senyum ja?? meh kiss sket.. hak hak hak..

mus : mekeceh mekaceh.. muahahaha..

jazlee : nnt aku cuba jwp mengikut pandangan peribadi n pengalaman aku sndr.. mggu ni n mggu dpn sibuk dgn asgmnt.. bila aku dah free aku buat entry khas utk ko.. (sbnrnya aku dah draf sket2 jwpn tu dlm ni..)