Tuesday, June 11, 2013

Sunyi Menyepi..




Assalammualaikum..

Dah lama blog ni menyepi. Hek hek hek.. Blog nie tak menyepi. Tapi tuan punya blog je yang menyepi. Asyik dok blogwalking jek tengok adik-adik update blog. Tetiba hari ni rasa tercabar plak dengan diorang...

Okay.. Nak cerita apa ye...
Oh yaa.. Cheq rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk cheq cari seseorang untuk menghiburkan hati dan menggantikan kekosongan hati pada masa ini. So.. Sekarang nie masa untuk fokus pada perkara yang penting dan meluaskan kawasan untuk menambahkan kenalan. Senang di masa hadapan nanti.

Ok dak dapor  cheq? Apa pandangan pakar??

Alhamdullillah ubahsuai dapur rumah cheq sudah selesai dengan jayanya. Boleh tahan la susun reka cheq buat hari tu bila dieskpresikan ke bentuk sebenar. Cuma ada beberapa perubahan minima untuk diseimbangkan dengan susun atur dan pandangan agar simetri di beberapa sudut dari luar dan dalam rumah. Nice gak la. Ramai yang dah tengok gambar dapur cheq tu sebab sebelum ni cheq dah post gambar di FB dan ramai yang puji. Tak tau la puji iklas or sekadar puji pemanis mulut. Hak hak hak..

Abang B dah datang tengok dapur baru cheq, papa bear a.k.a Mr.F pon dah, Fafau pon ada datang minggu lepas tapi tak tau dia ada pi tengok ke tak dapur tu. Emmm..Mr.R je belom. Sob sob sob..

Nie sebenarnya 1st menu cheq masak. Naan chip dengan sambal udang.

Sebagai perasmian dapo baru tu, cheq ada buat masak-masak sikit. Masak daging masak kicap jek. Masa masak tu rasa macam tengah masak-masak kat dapur dalam rancangan masak-masak kat tv jek. Selesa sket  nak masak bila dapur dah kemas dan lengkap. Tak macam masa dapur dulu kan adik kecik kan kan kan?? Dah la sempit, gelap dan panas plak tu. Tiap kali nak masak kene bukak baju. Habis peluh-peluh satu badan.

Kisah aku, kau, dia & kamu..

Selepas abang B datang rumah hari tu kami ada berbual siket. Dalam berbual-bual tu baru la abang B perjelaskan masalah dan salah faham yang berlaku selama ni. Hmmm.. Lepas dah putus baru nak cerita perkara sebenar rasanya semua dah terlambat la kan. Sebab keputusan dah dibuat sebelum ini. Kalau keputusan yang telah dibuat tu boleh diubah atau ditarik balik lain la cerita kan?? Cuma yang pasti perasaan sayang cheq pada abang B masih ada, tak berubah sedikit pon. Yang menjadi masalah selama ni adalah perasaan sayang tu diselubungi dengan perasaan marah, dendam dan sakit hati. Tak sakit hati macam manakan, kita tanya dia buat diam jek. Ajak berbincang tak pernah setuju. 

Sama juga dengan Mr.R. Baru je kenal, cheq rasa macam ada keserasian. Tapi Mr.R kata "kita hanya kawan dah la". Hmm.. Cheq terkedu sekejap. Habis apa yang dia buat selama ni tu takde makna apa-apa ke?? Tiap-tiap malam ajak keluar makan malam sama-sama, lepak sama-sama, mengadu, bercerita perihal diri dari kecil sampai sekarang. Tup-tup dia senyap je. Alasan Mr.R bagi hanya kerana aku asyik bercakap tentang abang B. Dah Mr.R sendiri yang tanya. Takkan aku nak diam je kan. Mesti la jawap. Yang Mr.R asyik cerita pasal ex dia takde pulak Cheq nak melenting ke ape. Dah perkara sebenarkan,  cakap je lah. Bukan ada effect ape pon. Sekarang ni Mr.R macam menjauh diri dari cheq pasai apa tak tau. Kata kawan. Kalau kawan buat la macam kawan. Nie tak, dah macam kapel baru lepas putus cinta. 

Mr.F lain plak. Macam kisah aku dengan abang B. Abang B tu aku dan aku tu Mr.F. Emmm..korang paham?? Cheq pon dah pening. Hahahaha... Bagi cheq Mr.F nie sangat tidak matang dan lurus bendul. Senang dimanipulasi atau bahasa mudah, senang diketuk. Orang cakap apa pun dia akan percaya. Dengan latar belakang keluarga yang berpengaruh, Mr.F boleh dikatakan sangat berada. Wang bukan masalah baginya. Dan semuanya boleh diperolehi dengan wang ringgit. Dan satu lagi, Mr.F nie seorang yang suka menekan.Maksud aku suka memaksa. Mungkin dengan aku Mr.F sangat lemah lembut dan sopan bila bercakap. Tapi dalam pada masa yang sama dia suka menekan. Dan aku rasa tidak dapat untuk meneruskan hubungan keperingkat seterusnya dengan Mr.F. Kerana sifatnya yang boros, kurang matang, lemah dan bagi golongan sebaya dengannya boleh dikatakan sebagai sudah dewasa tetapi masih kurang cekap untuk berdikari. Kerana kebanyakan urusan masih bergantung harap dengan bantuan bibik. Takkan la lelaki dewasa yang kuat semua urusan masih bergantung harap dengan bantuan bibik yang perempuan tu?? Malu la.Sebab tu cheq suka orang yang matang. Boleh berdikari sendiri dan matang fikiran serta perbuatan. Inilah masalah kepada anak-anak orang berada pada masa kini.

Dah tu asyik plak dok tanya itu ini tentang abang B n Mr.R. Bila cheq cerita dia tarik muka. Kalau cheq diam dia plak yang gelabah. Relek laa. Mr.F nie sebenarnya nak kenal siapa ni?? Nak kenal cheq ka nak kenal ex-ex cheq?? Pastu bila pujuk cheq, asyik minta maaf dan janji takkan tanya dan buat lagi. Lepas semua dah elok, tup-tup dia buat lagi. Pastu minta maaf lagi. Cheq paling pantang dengan orang cakap tak serupa bikin neh. Macam maaf tu takda makna apa-apa.

Jadi apa yang sama antara cheq dan abag B dalam kisah Mr.F nie? Emmm.. Mungkin ini juga pandangan dan tindakan abang B pada cheq suatu masa dulu. Kini barau cheq paham kenapa abang B suka mengelak dan berdiam diri dari bersua mahupun bercakap dengan cheq. Sama juga apa yang cheq lakukan pada Mr.F sekarang ini. Cheq lebih suka berdiam diri dan mengelak dari bercakap dengan Mr.F tiap kali Mr.F call, message atau berbual perkara berkaitan dengan perasaan, cheq lebih suka berdiam diri. Kerana cheq takut bila berkata-kata cheq akan melukakan hati orang yang lurus seperti Mr.F ni dan cheq tak nak masalah antara kami yang timbul dan berpunca dari kata-kata cheq tu.

Maka sekarang cheq rasa lebih baik cheq dok solo dulu. Make fun here and there ke. Kenal ramai orang, buat kawan, cari peluang bisnes ke. Mana tau kan esok lusa ada rezeki bergolek dah dapat beli Hyundai Veloster idaman cheq tu. Rumah, kereta, harta dah ada. Tahun depan habis la study cheq, insha allah dengan izin-Nya. Boleh la cheq tolong ummi dan abah jauh kat kampung nun.

Harap-harap semuanya berjalan lancar hidup cheq neh. Dah penat rasanya asyik dok pikir masalah orang. 







Nota Berkaki : 1st time tulis entry  makan masa 2-3 hari. Hahahaha.. Tak tahu nak tulis sebenarnya. Takut jika penggunaan perkataan dalam entry nie akan mengguriskan perasaan beberapa pihak yang terlibat. Huhuhu...

6 comments:

Wo Jiao Patrick said...

Kejam giler ayat pasal Mr F hahahaha...sabo jewlah...

Unknown said...

xkan tulis pasai mkn jer bro?? bg la pic sekeping dua... haha...

adamiedamuss said...

pat : sbb tu tak nak ckp..suka diam jek..biar sndr je yg tahu..coz itu pandangan n penilaian peribadi..jika xbetul itu krn masih tak mengenali sepenuhnya..maybe dr A-Z maybe br kenal A-E je kot..

fir : dah letak dah tu..tp edit guna paint je lah..nak cpt..5 minit je buat pon..xdan nak touchup pepe..

Unknown said...

:) Jika Mr. f adalah ko dulu, apa yg ko rasa Bila abg B diam dan membisu? Mesti ko rasa sakit kan, mencari soalan yg tiada jawpan. Penah ko tanya mr. F pasal apa dia bnyak tnya? Orang bertanya mesti ada sebab. Maafkn org lebih baik dr minta maaf, setiap agama galak memaafkn pasal manusia mmg alpa. Aku rasa ko over bila menyentuh hak pengunaan bibik, mr. F mampu gajikan jgn kita pesoalan. Mungkin mr. F dari kecil bersama bibik tu? Rasa ko menghina secara terbuka hak peribadi mr. F. Bukan aku nak marah tp cuma aku rasa ja, pasal nnti kena btg hidup baru tau sakitnya.

adamiedamuss said...

Hafiz : nanti aku buat entry khas utk menjawap soalan ko neh.. ; )

Unknown said...

Sebenarnya aku kenal mr. F, dr pic ko masukkan boleh rasa dah dia. Dia dok Alor Setar kan, kami stdy skali. 4 thn aku kenal dia dr seorg penakut kepada seorg pemimpin pelajar yg bepengaruh. Dia ada gaya yg tersendiri, walaupun dia agk lmbut kan? Last aku jumpa kat kulim dia dijemput buat talk kat ipta. Ko x kenal dia so jgn kata apa yg kita x kenal, aku bkn satu kos dgn dia tp aku agak kenal dia. Aku cadang ko buang pic dia la, dia bekedudukn. Aku pun boleh perasan inikan pula jika ada org lain, x baik aibkan org. Ko x leh terima dia cukup la, jgn hina dia. Maaf to say kalau cara aku kasar, sangka jumpa dia kat blog ko.