Thursday, June 27, 2013

My Memory (ii)..

Minggu ni cheq baru ja lepas menduduki dua jenis exam.

(1) Exam KPSL
(2) Exam Mid Term

Semunya berturut-turut bermula dari hari selasa hingga sabtu. Sememangnya sakit kepala dan berasap otak. First time amik exam KPSL sejak cheq kerja. Baru kenal macam mana bentuk soalan soalan KPSL neh. Nasib boleh bawak masuk buku dalam exam neh. Kalau tak jenuh nak ingat akta, Perlembagaan tu semua. Mau muntah darah dibuat nyer.

Lepas je habis exam KPSL pagi nyer, malam nyer plak bersambung dengan exam midterm. Penat otak siang tadi tak hilang lagi dah kene kerah untuk exam lain pulak. Huhuhu... Kalau ada orang tersayang neh, dapat hidu bau badan dia, gerenti tenang je otak neh. Hik hik hik...

Kebanyakkan kelas cheq sem ni semuanya di waktu malam. Alamatnya lepas exam tu memang susah nak nak lelap mata. 3-4 pagi baru lena. Lepas tu subuh nak kene bangun plak. Tu pon kalau terbangun. Kalau idak subuh gajah jawab nyer... Teruk betul.

Tadi baru je lepas baca blog isteri my scandalous lama. Terjumpa sebenarnya link tu kat wall FB dia. Alaa.. Scandal masa muda remaja dulu. Zaman naif dan suci lagi masa tu. Zaman takde HP dan tak berani nak exposed segala bagai. Chating dan berwebcam jek masa tu kat CC. So tadi terbaca post wife dia wish happy birthday kat FB hari ni dan disertakan sekali link ke blog dia.

Terjumpa FB En.Scandal awal tahun hari tu. Entah dari mana suggestion keluar tetiba terperasan pic dia. Macam kenal. Dan-dan jari laju klik ke profile. Lepas tengok serba sedikit, emm...betul la tu. Dan terus add.  Tapi tak pernah sembang pon sebab cheq guna fake account.

En.Scandal makin sihat gaya nyer. Anak dah tiga. Dua lelaki dan seorang perempuan. Orangnya masih hensome macam dulu. Susah senyum. Tapi kalau dah senyum, giler cair meleleh. Serius je 24 jam. Tapi baik hati dan caring. Kalau tengok gaya macam tak romantik langsung, tapi sebenarnya full of suprise. Kalau dulu perut six pack tapi sekarang dah one big pack. Hahaha...Tapi still mantain cute and hensome seperti dulu. Awek muda habaq hang.

Ohh.. En.Scandal orang kampung cheq gak. Tapi masa kenal, dia dah kerja kat KL nun jauh di perantauan. Dan wife dia plak orang sini. Belah Aloq Staq ja. Tapi depa dok KL nun. Kerja sana. Sebab tu cheq malas nak tegur kat FB. Kalu dakkkk... Cerita lama bersambung kembali. Huhuhu...

Kalau di ikutkan dari apa yang cheq baca tadi, wife dia pon bukan calang-calang orang. Berjawatan. Pernah study oversea. Kat U.S nun. Dalam blog wife dia tu banyak dok cerita tentang anak-anak dia yang comey ikut rupa En.Scandal tu, cerita travell keliling dunia dan makan-makan pusing Malaysia. Patut la perut En.Scandal makin comel. Hak hak hak...

Lepas dah boring baca blog tu, cheq dok termenung teringat kisah lama masa dulu masa dok online kat CC tiap malam. En.Scandal pon sama. Dok online sampai jam 2-3 pagi dok chating kat CC. Bila tanya kat umah takde internet ke? Dia jawab takda. So masa tu kalau dipikirkan En.Scandal tinggalkan anak bini kat rumah malam-malam semata-mata nak online kat CC. Terukkan?? Lepas cheq dah start kerja 10 tahun lalu, cheq dah jarang online dan kita orang stop dan tak berhubung lagi lepas tu.

Dan bila baru je dapat idea nak tulis entry ni. John tegur cheq kat FB chat. Lama betol sahabat cheq ni hilang dari dunia fantasi maya neh. Sempat sembang-sembang sat tanya khabar berita perkembangan terkini bagai. Kami stop chat bila John mintak izin nak keluar rehat. Dah lunch dah time tu. So secara pantas cheq pon mengarang la dan hasil nyer keluar lah entry hari nie...











Nota Berkaki :  Tetiba lapaq plak. Huhuhuhu... Cheq turun kantin dulu yer?? Cari kueh. Diet kata nyer.. :P

Sunday, June 16, 2013

Kerana Kamu... (Siapa Aku..)



Sambil dengar koleksi lagu Yuna dari YunaMusicOfficial di Youtube maka keluarlah entry kali ini...



1990

Tahun dimana aku mula melangkah ke alam persekolahan. Tadika paling hampir ialah tadika Kemas Gual Sitok yang jaraknya dari rumah aku kira-kira 8km. Setiap pagi sama ada ummi yang akan menghantar aku ke tadika dengan motosikal atau jika aku bangun awal aku akan tumpang basikal abang aku dan terpaksa duduk di galang besi belakang. Selalu aku akan bangun lambat supaya ummi yang akan menghantar aku ke tadika. Tapi langit tidak selalu cerah. Kadang-kadang mendung jugak di awal pagi. Hahaha.. Kerana kadang-kadang bila ummi sibuk di kebun, abah yang akan hantarkan. Err.. Abah seorang yang tegas sebenarnya. Kalau ummi yang hantar sempat la jugak aku peluk dan manja-manja dengan ummi diatas moto. Tapi bila dengan abah terpaksa duduk diam-diam dan keras jek kat belakang sampai ke tadika. Penat doh.. Dah la mengantuk dan sejuk udara pagi. Kalau dengan ummi boleh jugak pelok hangatkan badan sambil layan lena seround dua. Hahaha...

Aku tak berapa ingat cerita ni. Tapi ummi cakap masa aku kecil aku disahkan mengidap penyakit buah pinggang. Maksudnya salah satu buah pinggang aku rosak. Dan lebih memburukkan lagi keadaan masa kecil ummi pernah beritahu aku pernah satu hari tak makan nasi hanya makan junkfood je. Kerepek, cikedis, gula-gula dan semua benda alah tu semualah sampai muntah. Aku pon heran dari mana aku dapat duit banyak-banyak beli semua benda alah tu. So, start dari situ apa yang aku makan akan diawasi oleh ummi dan kakak serta abang-abang aku. Cuma apa yang aku ingat pada masa tu aku pernah dipaksa oleh ummi untuk makan sebatang lobak putih sehari setiap hari. Makan mentah-mentah pulak tu. Dah la tak sedap. Pedas pulak tu. Kata ummi, doktor yang sarankan aku untuk makan lobak putih supaya penyakit aku tu tak merebak dan menjadi teruk. Aku pon dah lupa berapa lama aku kena paksa makan lobak putih tu. Cuma yang pasti waktu kecil aku selalu perlu ke klinik kesihatan di bandar.

Kerana penyakit itu juga aku terpaksa menjadi budak yang bersih setiap masa. Mandi on time. Kalau tak mandi gerenti kene ligan dengan kakak aku keliling satu rumah. Tapi selalunya aku tak dapat lari jauh sebab pinggang aku akan sakit jika aku lasak-lasak sangat. So, setiap pagi ummi akan rebuskan air panas untuk aku mandi. Kampung aku sememangnya sangat sejuk. Sebabnya, dibelakang rumah aku ada sebuah tasik yang panjang jaraknya. Kadang-kala kabus remang pagi sampai jam sebelas pagi masih tetap ada. Aku adalah dilarang keras untuk bermain ditempat kotor. Maka tempat bermain aku hanyalah didalam rumah dan disekitar halaman rumah yang dikelilingi pokok-pokok buahan tempatan. Selalunya tempat aku lepak adalah di atas pokok jambu batu disebelah rumah berhampiran dengan tingkap bilik tidur ummi.

Seingat aku ummi pernah memiliki sebuah rumah murah disebuah taman di pekan. Rumah tu ummi jadikan kedai menjahit baju dan juga kelas jahitan. Rumah tu ada dua bilik. Dan bahagian belakang rumah murah tu ada tanah lapang yang luas sehingga ke longkang besar dibelakang rumah. Maka abah telah mendirikan sebuah bengkel membaiki kereta disitu. Longkang besar itu bukan longkang untuk mengalirkan air kumbahan dari rumah-rumah murah tetapi mengalirkan air dari Sungai Golok ke kawasan sawah padi dibelakang kawasan perumahan rumah murah. Maka kadang-kadang aku dan anak-anak jiran selalu curi-curi main kat situ sebab air longkang yang mengalir adalah tersangatlah jernih dan terdapat banyak anak-anak ikan. Tapi selalunya ummi berjaya tangkap bila aku bermain kat situ. Hahaha..

Pada suatu hari, rumah murah ummi dimasuki pencuri. Banyak barang yang hilang terutama duit hasil menjahit dan hasil membaiki kereta abah. Mesin jahit ummi ada yang dicuri, kain-kain tempahan, barang elektrik, peralatan membaiki kereta abah dan beberapa komponen kenderaan yang berada didalam kereta yang hendak dibaiki. Banyak kerugian yang terpaksa ummi dan abah tanggung. Dalang yang disyaki pada masa tu adalah penagih dadah. Selepas kejadian tu aku dah tak pergi ke rumah murah tu lagi. Tak lama lepas tu aku dapat tahu ummi dah jual rumah murah tu. Sebab apa aku pon tak tahu dengan jelas.

Kemudian ummi dan abah buka kebun disebidang tanah diseberang jalan dihadapan rumah kami dikampung. Kata ummi itu tanah tu milik arwah isteri abah yang pertama. Banyak sayur yang ummi dan abah tanam. Dari ubi kayu, kubis, kangkung, sawi, tomato, cili, labu, jagung dan beberapa jenis sayur lagi. Sayur-sayur yang ditanam akan dijual di pekan Golok. Tiap hujung minggu aku akan teman ummi pergi berniaga di pekan Golok. Dari situlah aku belajar ilmu matematik.



1991

Aku mula melangkah ke sekolah rendah. Basikal milik abang aku sebelum ini kini menjadi milik aku kerana abang aku kini telah ke sekolah menengah berasrama. Maka setiap hari aku akan mengayuh basikal ke sekolah. Kadang-kadang tayar basikal aku pancit. Aku tak pernah menangis seperti sesetengah budak-budak sebaya aku jika ada musibah seperti tu berlaku. Maka aku akan tolak basikal dari sekolah balik ke rumah sejauh 8km. Dan keesokkan harinya aku akan demam. Hahaha..

Di sekolah semua guru tahu tentang penyakit aku ini. Maka aku selalunya dikecualikan dari apa-apa acara sukan. Hmm.. Memang boring tiap kali kene duduk tepi padang jek. Dari aku lepak tepi padang baik aku lepak dalam kelas dan belajar. Itu yang selalu aku buat.



1994

Aku dilantik sebagai pengawas sekolah. Masih berbasikal kesekolah. Dan masih membantu ummi menjual sayur bila hujung minggu. Walaupun tak aktif aktiviti fizikal, tapi aku masih aktif dengan aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti beruniform. Dan tahun itu juga aku telah beralih ke alam dewasa. Alam akil baligh. 



1996

Aku telah berpindah sekolah. Sekolah baru aku terletak di Raub, Pahang. Masa tu aku tinggal dengan kakak aku. Adik beradik aku yang ketiga paling tua. Kakak aku seorang guru. Maka secara automatik aku didaftarkan ke sekolah dimana kakak aku bertugas. Setahun aku di sana. Mengambil peperikasaan UPSR dengan keputusan yang cemerlang berbanding adik beradik aku yang lain.

Pada masa itu, buat pertama kalinya aku aktif bersukan. Semuanya secara tidak sengaja. Kerana tiap kali waktu sukan, aku akan duduk saja di tepi padang. Pada suatu hari, guru ganti untuk kelas PJ minta aku sertai kawan-kawan aku yang lain untuk pemilihan wakil kumpulan untuk hari sukan. Rupanya guru ganti tu sebenarnya tidak tahu tentang penyakit aku. Maka tanpa membantah aku turut serta. Pada masa itu pemilihan wakil dalam acara lontar peluru dan lompat jauh. Aku lihat kawan-kawan yang lain melontar dahulu. Akhir sekali giliran aku. Hasilnya, rekod baru sekolah telah aku cipta. Begitu juga dengan acara lompat jauh.

Bila pulang dari sekolah, aku telah ceritakan perkara ini kepada kakak aku. Dan riaksi pertama kakak aku adalah aku kene marah. Hahaha.. Selepas itu aku ceritakan perkara sebenar. Tidak rasa sakit seperti selalu dibahagian pinggang aku. Aku beritahu dalam kelas PJ minggu hadapan dalam kelas PJ akan ada pemilihan peserta untuk acara balapan. Maka kakak aku pesan minggu hadapan jangan lupa bawa bekal air lebih.

Pada hari sukan, boleh dikatakan nama aku ada dalam semua acara. Tanpa aku sangka aku berjaya merangkul empat pingat emas dan satu perak. Maka dengan itu berakhirlah zaman kebergantungan aku dengan ubat. Tapi sekali sekala rasa sakit itu tetap ada jika aku terlampau memaksa.



1997

Aku pulang ke pangkuan ummi dan menetap bersama nenek di kampung ummi jauh dari kediaman asal kami berhampiran sempadan Golok. Kami menumpang rumah nenek. Aku mula bersekolah di sekolah menengah berhampiran sejauh 6km dari rumah. Abah belikan sebuah basikal lumba untuk aku ke sekolah. Abah memang tahu minat aku. Walaupun garang, abah tetap berikan yang terbaik untuk kami adik beradik.

Setiap hari selama lima tahun aku mengayuh basikal ke sekolah. Tak kira hujan atau tidak. Aku tetap mengayuh basikal. Tiap kali terkena hujan, aku akan demam. Ummi sedia maklum kelemahan anak bongsu dia seorang ini. Aku lebih rela baju sekolah lencun dibasahi hujan dari membuang masa menunggu hujan berhenti. Maka bila sampai sahaja dirumah. Ummi telah sediakan air panas untuk aku mandi dan ubat untuk dimakan.

Semasa aku tingkatan dua, Ummi telah mewarisi tanah pusaka arwah atuk berhampiran jalan utama. Maka abah telah cadangkan untuk membina sebuah rumah baru. Abah tetapkan untuk membina rumah kayu sendiri. Ummi dan abah telah membeli banyak kayu. Ketika tu aku sedang menduduki peperiksaan akhir tahun. Ummi dan abah tidak benarkan aku ke tapak rumah baru kami. Tapi selepas tamat peperiksaan dan cuti hujung tahun aku curi-curi ikut ummi dan abah ke tapak rumah baru kami. Aku sembunyi dari jauh mengintai dan melihat ummi dan abah mengangkut kayu kerana tanah pusaka arwah atuk terletak dibelakang rumah penduduk lain. Maka ummi dan abah terpaksa mengangkut kayu, papan, batu, pasir, bata dan besi melalui celah-celah rumah penduduk kampung kerana lori tidak dapat masuk ke kawasan tanah pusaka arwah atuk disebabkan lorong antara rumah yang sempit.

Maka tanpa fikir panjang aku juga turut membantu ummi dan abah. Ya, aku pernah bina sebuah rumah. Mengangguk kayu, memunggah batu dan pasir, membancuh simen. Semua aku pernah buat. Walaupun dilarang, aku tetap buat. Ya, aku memang degil. Jika aku sudah putuskan begitu, maka aku akan lakukannya. Walaupun akhirnya aku yang akan jatuh sakit. 

Setelah lebih enam bulan, akhirnya rumah ummi dan abah bina telah siap. Rumah sederhana besar dengan dua bilik dan dua ruang tamu. Ruang dapur yang besar, sebuah bilik air dan sebuah perigi serta dua buah tandas. Ketika itu aku berada di tingkatan tiga. Sambil aku belajar aku masih membantu abah memasang jubin pada lantai dapur, bilik mandi dan juga bilik air. Di bahagia dapur bukan saja terdapat dapur, bilik mandi dan tandas. Di situ juga tempat untuk ummi menjahit tempahan baju dengan lebih selesa dan luas.



2002

Aku memilih untuk memasuki kelas tingkatan enam dibandar. Pada masa itu aku tinggal bersama kakak aku yang kedua paling tua dirumah sewanya. Ketika itu aku juga berbasikal ke sekolah. Sama seperti biasa, tidak kira hujan atau panas aku akan tetap balik kerumah tanpa perlu buang masa menunggu hujan akan berhenti. Dan selepas tu aku akan demam. Hahaha.. Memang aku degil.

Pada katika ini aku juga pernah terlibat dengan kemalangan motosikal di kampung kerana hendak mengelak kereta yang di bawa laju. Maka aku terbabas dan satu jari aku patah dan satu jari retak. Aku dibawa ke klinik terdekat oleh penduduk kampung sekitar. Dan akhirnya aku dibawa ke HUSM dengan ambulan dan terpaksa tinggal di hospital selama tiga hari dan diberikan MC selama sebulan. Tapi lepas seminggu aku pergi jugak ke sekolah. Boring doh duduk rumah. Bukan teruk sangat cedera aku tu. Tangan je kot. Bukan kaki. Kalau kaki lainlah cerita sebab susah nak berjalankan? Ketika itu aku tetap pergi ke sekolah dengan basikal.

Di rumah ini jugalah aku dijangkiti deman denggi. Lebih dua minggu aku ditempatkan di hospital besar. Dari satu wad ke satu wad aku dimasukkan. Yang paling teruk ialah di wad kawalan jantung. Sangat seram bila melihat wayar-wayar berselirak diatas badan aku.



2004

Selepas peperiksaan STPM, aku mula bekerja di sebuah pusat membeli belah tempatan sambil menunggu keputusan peperiksaan. Dan ketika tu aku masih tinggal di rumah sewa kakak aku. Semasa bekerja disitu, pada bulan ramadhan aku telah demam panas. Ingatkan demam panas biasa. Tiap kali makan aku akan muntah. Hampir seminggu aku keluar masuk ER, keputusan yang diberikan oleh HR (sebab aku syak yang check aku tu bukan doktor) adalah demam biasa dan hanya dibekalkan ubat demam biasa. Akhirnya pada suatu hari aku muntah darah. Kemudian ummi bawak aku ke klinik dan diminta dirujuk ke hospital terdekat kerana suhu badan aku terlalu tinggi dan juga kerana muntah darah tu. Maka aku dibawa ke hospital besar dan telah mendapat rawatan selama seminggu. Selepas tu aku terpaksa ganti puasa hampir sepuluh hari. Hahaha... Lawak giler bila cakap tentang ganti puasa.

Kemudian banjir besar melanda Kota Bharu. Pusat beli belah tempat aku kerja dimasuki air. Maka dapat cuti selama seminggu kerana kawasan parking dan stor department aku kerja dimasuki air. Tapi aku pergi kerja macam biasa. Tolong boss aku angkut barang yang rosak dan bersihkan apa yang patut. Akibat berendam dalam air banjir terlalu lama selama 3 hari akhirnya aku demam. Hmmm.. Memang sistem imun aku lemah. Hahaha..

Selepas itu aku dapat surat panggilan temuduga jawatan kerajaan. Aku mohon cuti sehari untuk pergi temuduga. Kali pertama aku mohon cuti sejak aku kerja kecuali cuti masa demam denggi sebelum tu. Selepas boss aku tahu aku hadir ke temuduga tu, boss letakkan aku dibawah pemerhatian untuk tawaran naik pangkat. Selepas tiga bulan aku dinaikkan pangkat kerana aku memiliki sijil STPM. Tapi aku sempat merasa jawatan baru aku selama 20 hari sahaja kerana aku telah menerima surat lapor diri ke jawatan kerajaan. Maka aku telah serahkan notis letak jawatan 30 hari.



2005

Melaporkan diri ke jawatan kerajaan di selatan tanah air selama tiga bulan setengah. Berkursus dan berkawad sehingga hitam legam. Tapi pada hari terakhir memang sukar untuk berpisah dengan semua rakan-rakan sejawatan apabila aku seorang dicampak ke utara tanah air. 

Ketika itu juga aku pertama kali balik ke kampung dari selatan Malaysia. Perlu melalui banyak perjalanan untuk tempoh masa yang panjang. Pertama kali menaiki pengankutan awam untuk jarak jauh hanya melalui penunjuk arah. Kemudia melaporkan diri ke tempat kursus hanya berdasarkan ingatan ke tempat dan pengangkutan yang perlu dinaiki seorang diri. Dari kampung ke ibu kota. Dari ibu kota naik train ke selatan. Selepas itu terpaksa menaiki bas dan teksi sebelum sampai ke tempat kursus. 

Sehingga kini aku berada di negeri ini. Suka dan duka aku disini. Berdikari dan mencari rezeki di negeri orang. Berkenalan dengan pelbagai jenis orang dan ragam. Bercinta dan berkasih. Kene tipu, kene reject, mereject orang. Kumpul harta, beli kereta, beli rumah. Bertugas di pulau, merata tempat di sini. Dipinjamkan ke jabatan lain. Berkenalan dengan ahli politik, terlibat dalam politik. Di bawa melancong ke luar negara. Ditinggal setelah perjalanan dirancang. Bergaduh dibilik hotel diluar negara. Dicurangi, bergaduh, bertumbuk, diacu pisau, telan ubat sampai overdose. Tidak cukup duit untuk beli makanan lebih seminggu tanpa makan, tidur dalam keadaan panas kerana elektrik dipotong. Sambung belajar, tangguh semester, gagal subjek kerana masalah cinta. Ponteng kerja selama dua minggu kerana gangguan perasaan kerana cinta. Kerugian harta benda kerana banjir besar, kemalangan sehingga kereta diisytihar sebagai total lost, motosikal jatuh sungai kerana masalah break. Macam-macam lagi perkara yang aku hadapi dan pelajari sejak berada disini. Semua aku hadapi sendiri.



2013

Diatas pengalaman aku selama ini aku berhak menilai orang disekeliling aku kerana ia adalah PENILAIAN PERIBADI AKU tanpa perlu campur tangan pihak lain. Hak untuk menafikan itu hak masing-masing. Mungkin aku tidak kenal semua sepenuhnya luar dan dalam. Mungkin apa yang aku tahu dan kenal hanyalah luaran sahaja.

Kamu berhak marah aku kerana mungkin penilaian aku tepat atau tidak. Itu hak kamu. Kamu berhak menegur aku jika aku ada tersalah tafsir siapa kamu. Tapi siapa kamu untuk menilai aku dari luaran? Kerana kamu juga tidak mengenali aku luar dan dalam. Apa yang kamu tahu hanya dari bacaan dari blog ini. Itu hak aku untuk bersuara dan memberi pendapat.

Untuk Mr.F. Penilaian aku itu sekadar luaran sahaja kerana aku tidak kenal siapa kamu sepenuhnya. Sebagai orang yang pernah tidur sebantal dengan kamu maka aku layak untuk bersuara dan memberikan pendapat aku. Begitu juga kawan kamu selama 4 tahun di universiti. Mungkin dia hanya kenal kamu dari keperibadian luaran kamu sahaja dan dia layak untuk berkata kerana di kenal kamu. Tapi aku rasakan dia hanya kenal luaran kamu sahaja dan dia tidak kenal siapa kamu dan keperibadian dalaman kamu. Maka dia tidak layak untuk menilai aku dan mengarahkan aku sesuka hati di blog aku. Jika ingin menegur, biarlah secara berhemah. Aku tahu orang utara tuturnya memang kasar. Bahasanya memang kasar. Tapi untuk menilai siapa aku dia tidak layak langsung.

Kamu juga Mr.F. Kita hanya kenal seketika sahaja. Kamu boleh menilai aku macam-macam. Tapi kamu tidak berhak menjatuh hukum dan mengarah aku mengikut kehendak kamu. Aku tahu sifat kamu itu kerana kamu kerap berulang kali menyatakan kelemahan kamu itu. Tapi kamu perlu sedar, bukan semua orang boleh menerima cara kamu. Pekerja kamu mungkin kamu boleh kamu buat begitu. Ahli keluarga kamu juga kamu boleh buat begitu. Tapi aku, kamu hanya kenal dalam masa yang singkat. Kamu mahu aku ikut cara dan rentak kamu. Aku boleh sabar selama ini. Aku ikutkan sahaja rentak kamu. Aku sabar sebab aku tidak kenal siapa kamu lagi ketika itu. Mungkin itu cara kamu. Sekali tak apa. Kali kedua aku sabar. Bila kali ketiga aku perlu bertindak. Dan tindakkan itu akan mengikut cara aku. Kamu suka atau tidak kamu juga perlu terima mungkin ini adalah cara aku sepertimana aku terima cara kamu.

Kamu juga berhak menuduh aku macam-macam seperti aku menuduh kamu. Kerana ia hak kamu. Tapi kamu perlu sedar aku pernah mengalami perkara yang sama sebelum ini dan aku lebih tahu macam mana untuk aku menangani masalah ini mengikut cara aku. Aku tidak salahkan kamu jika kamu salah faham kerana dari situ aku dapat menilai sifat kematangan kamu. Jika kamu mahu tahu aku telah dapat menerima siapa kamu setelah aku buat keputusan itu minggu lepas. Aku cuma menunggu tindakan kamu seterusnya sahaja. Aku sudah tahu apa pandangan kamu pada aku kini.

Sememangnya aku banyak kenangan lampau kerana semuanya berlaku disini. Maka kamu tidak perlu mencari siapa aku dan siapa sebelum kamu. Tapi kamu tetap dengan cara kamu. Kamu perlu sedar bila aku tidak pernah tanya siapa sebelum aku. Tapi kamu tetap dengan cara kamu. Kamu bercerita semuanya dari A hingga Z. Kamu perlu sedar itu. Walaupun kamu bercerita tentang meraka aku tidak pernah marah kerana meraka adalah kenangan kamu. Maka kamu perlu hormat aku bila aku tidak bercerita tentang mereka. Tapi kamu tetap bertanya tentang mereka. Bila aku bercerita tentang mereka kamu pula yang tarik muka. Maka adakah aku yang bersalah dalam hal ini? Adakah aku yang perlu menjadi mangsa marah kamu itu?? 

Diatas beberapa perkara diatas aku telah membuat penilaian tentang kamu termasuk cara hidup kamu. Sememangnya keluarga kamu tidak bersalah dalam hal ini. Kerana kamu layak mendapat apa yang kamu ada selama ini. Tapi aku layak menilai kamu diatas kapasiti status aku ketika itu selama bersama kamu. Itu cuma pandangan aku dan jika salah AKU MINTA MAAF. Seperti yang selalu kamu buat. Kamu kerap meminta maaf pada aku kan?? Tapi kamu tetap ulangi kesalahan yang sama walaupun kamu sudah berjanji tidak akan ulangi lagi. Untuk pengetahuan kamu, aku adalah seseorang yang susah untuk meminta maaf kerana selagi aku tidak tahu perkara sebenar aku tidak akan minta maaf kecuali ada yang menerangkan bangun duduk cerita sebenar. 

Aku tetap memberi peluang kepada kamu selama ini dan aku untuk mengenali kamu tanpa menilai fizikal kamu kerana apa yang penting bagi aku sifat dan kematangan seseorang untuk menentukan kemana hala tuju hubungan ini ke peringkat seterusnya. Sememangnya aku masih diselubungi bayangan mereka yang lepas kerana dah nama pun aku baru putus cinta dari hubungan yang teramat panjang. Tapi apa yang aku rasakan kamu yang terlebih dibayangi dengan siapa pernah aku bersama dahulu. Macam-macam yang kamu buatkan? Kamu mesti tahu apa yang telah kamu lakukan kan?? Tidak perlulah aku terangkan disini. Sepatutnya kamu menjadi diri kamu yang sebenar supaya kamu dapat menghilangkan bayang-bayang mereka yang lepas dari mata aku. Tapi kamu tidak ambil peluang itu. Kamu hanya lebih membayangi mereka dimata aku dan mata kamu.

Tipulah jika aku katakan aku tak pernah jatuh hati pada kamu dengan apa yang pernah buat sebelum ini. Hantar bunga ros 16 kuntum bersama surat. Selalu hantar makan ke rumah walaupun aku tak pernah minta. Tiap kali hujan diwaktu petang kamu secara sukarela mahu datang jemput aku pulang dari kerja. Giler siapa tak jatuh hati. Orang giler pon kalau hari-hari dijamu nasi, kamu je dia akan cari. Dah tak cari dah orang lain. Sememangnya aku puji kamu sangat baik. Teramat baik. Tapi cara kamu itu adalah salah. Kadang-kala tindakan kamu itu amat terlampau dan melebih-lebih. Sememangnya kamu berhak dan mampu untuk buat semua itu. Tapi bagi aku itu tidak perlu. Bersederhanalah dalam semua tindakan. Bila semua keadaan dah tenang kita akan bincang masalah ini elok-elok. Jangan libatkan dengan emosi. Kerana kamu tahu apa jawapan aku selepas itu kan??

Walau apapun kita tetak kawan. Itu keputusan akhir aku. 

Maka aku harap akan terjawaplah beberapa persoalan dari ruang komen entry-entry sebelum ini. Sebab setiap entry adalah berkaitan. Maka jika hanya baca satu atau dua entry berdasarkan tajuk yang kononnya  gempak itu maka kamu hanya tahu 1% sahaja dari cerita sebenar. Dan secara automatiknya kamu tidak layak untuk bersuara disini.









Nota berkaki : Giler panjang entry kali ni. 1st time aku menaip panjang macam ni. Almost 12 jam gak aku menaip. Habis tertangguh segala kerja assignment aku. Huhuhu..

Tuesday, June 11, 2013

Sunyi Menyepi..




Assalammualaikum..

Dah lama blog ni menyepi. Hek hek hek.. Blog nie tak menyepi. Tapi tuan punya blog je yang menyepi. Asyik dok blogwalking jek tengok adik-adik update blog. Tetiba hari ni rasa tercabar plak dengan diorang...

Okay.. Nak cerita apa ye...
Oh yaa.. Cheq rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk cheq cari seseorang untuk menghiburkan hati dan menggantikan kekosongan hati pada masa ini. So.. Sekarang nie masa untuk fokus pada perkara yang penting dan meluaskan kawasan untuk menambahkan kenalan. Senang di masa hadapan nanti.

Ok dak dapor  cheq? Apa pandangan pakar??

Alhamdullillah ubahsuai dapur rumah cheq sudah selesai dengan jayanya. Boleh tahan la susun reka cheq buat hari tu bila dieskpresikan ke bentuk sebenar. Cuma ada beberapa perubahan minima untuk diseimbangkan dengan susun atur dan pandangan agar simetri di beberapa sudut dari luar dan dalam rumah. Nice gak la. Ramai yang dah tengok gambar dapur cheq tu sebab sebelum ni cheq dah post gambar di FB dan ramai yang puji. Tak tau la puji iklas or sekadar puji pemanis mulut. Hak hak hak..

Abang B dah datang tengok dapur baru cheq, papa bear a.k.a Mr.F pon dah, Fafau pon ada datang minggu lepas tapi tak tau dia ada pi tengok ke tak dapur tu. Emmm..Mr.R je belom. Sob sob sob..

Nie sebenarnya 1st menu cheq masak. Naan chip dengan sambal udang.

Sebagai perasmian dapo baru tu, cheq ada buat masak-masak sikit. Masak daging masak kicap jek. Masa masak tu rasa macam tengah masak-masak kat dapur dalam rancangan masak-masak kat tv jek. Selesa sket  nak masak bila dapur dah kemas dan lengkap. Tak macam masa dapur dulu kan adik kecik kan kan kan?? Dah la sempit, gelap dan panas plak tu. Tiap kali nak masak kene bukak baju. Habis peluh-peluh satu badan.

Kisah aku, kau, dia & kamu..

Selepas abang B datang rumah hari tu kami ada berbual siket. Dalam berbual-bual tu baru la abang B perjelaskan masalah dan salah faham yang berlaku selama ni. Hmmm.. Lepas dah putus baru nak cerita perkara sebenar rasanya semua dah terlambat la kan. Sebab keputusan dah dibuat sebelum ini. Kalau keputusan yang telah dibuat tu boleh diubah atau ditarik balik lain la cerita kan?? Cuma yang pasti perasaan sayang cheq pada abang B masih ada, tak berubah sedikit pon. Yang menjadi masalah selama ni adalah perasaan sayang tu diselubungi dengan perasaan marah, dendam dan sakit hati. Tak sakit hati macam manakan, kita tanya dia buat diam jek. Ajak berbincang tak pernah setuju. 

Sama juga dengan Mr.R. Baru je kenal, cheq rasa macam ada keserasian. Tapi Mr.R kata "kita hanya kawan dah la". Hmm.. Cheq terkedu sekejap. Habis apa yang dia buat selama ni tu takde makna apa-apa ke?? Tiap-tiap malam ajak keluar makan malam sama-sama, lepak sama-sama, mengadu, bercerita perihal diri dari kecil sampai sekarang. Tup-tup dia senyap je. Alasan Mr.R bagi hanya kerana aku asyik bercakap tentang abang B. Dah Mr.R sendiri yang tanya. Takkan aku nak diam je kan. Mesti la jawap. Yang Mr.R asyik cerita pasal ex dia takde pulak Cheq nak melenting ke ape. Dah perkara sebenarkan,  cakap je lah. Bukan ada effect ape pon. Sekarang ni Mr.R macam menjauh diri dari cheq pasai apa tak tau. Kata kawan. Kalau kawan buat la macam kawan. Nie tak, dah macam kapel baru lepas putus cinta. 

Mr.F lain plak. Macam kisah aku dengan abang B. Abang B tu aku dan aku tu Mr.F. Emmm..korang paham?? Cheq pon dah pening. Hahahaha... Bagi cheq Mr.F nie sangat tidak matang dan lurus bendul. Senang dimanipulasi atau bahasa mudah, senang diketuk. Orang cakap apa pun dia akan percaya. Dengan latar belakang keluarga yang berpengaruh, Mr.F boleh dikatakan sangat berada. Wang bukan masalah baginya. Dan semuanya boleh diperolehi dengan wang ringgit. Dan satu lagi, Mr.F nie seorang yang suka menekan.Maksud aku suka memaksa. Mungkin dengan aku Mr.F sangat lemah lembut dan sopan bila bercakap. Tapi dalam pada masa yang sama dia suka menekan. Dan aku rasa tidak dapat untuk meneruskan hubungan keperingkat seterusnya dengan Mr.F. Kerana sifatnya yang boros, kurang matang, lemah dan bagi golongan sebaya dengannya boleh dikatakan sebagai sudah dewasa tetapi masih kurang cekap untuk berdikari. Kerana kebanyakan urusan masih bergantung harap dengan bantuan bibik. Takkan la lelaki dewasa yang kuat semua urusan masih bergantung harap dengan bantuan bibik yang perempuan tu?? Malu la.Sebab tu cheq suka orang yang matang. Boleh berdikari sendiri dan matang fikiran serta perbuatan. Inilah masalah kepada anak-anak orang berada pada masa kini.

Dah tu asyik plak dok tanya itu ini tentang abang B n Mr.R. Bila cheq cerita dia tarik muka. Kalau cheq diam dia plak yang gelabah. Relek laa. Mr.F nie sebenarnya nak kenal siapa ni?? Nak kenal cheq ka nak kenal ex-ex cheq?? Pastu bila pujuk cheq, asyik minta maaf dan janji takkan tanya dan buat lagi. Lepas semua dah elok, tup-tup dia buat lagi. Pastu minta maaf lagi. Cheq paling pantang dengan orang cakap tak serupa bikin neh. Macam maaf tu takda makna apa-apa.

Jadi apa yang sama antara cheq dan abag B dalam kisah Mr.F nie? Emmm.. Mungkin ini juga pandangan dan tindakan abang B pada cheq suatu masa dulu. Kini barau cheq paham kenapa abang B suka mengelak dan berdiam diri dari bersua mahupun bercakap dengan cheq. Sama juga apa yang cheq lakukan pada Mr.F sekarang ini. Cheq lebih suka berdiam diri dan mengelak dari bercakap dengan Mr.F tiap kali Mr.F call, message atau berbual perkara berkaitan dengan perasaan, cheq lebih suka berdiam diri. Kerana cheq takut bila berkata-kata cheq akan melukakan hati orang yang lurus seperti Mr.F ni dan cheq tak nak masalah antara kami yang timbul dan berpunca dari kata-kata cheq tu.

Maka sekarang cheq rasa lebih baik cheq dok solo dulu. Make fun here and there ke. Kenal ramai orang, buat kawan, cari peluang bisnes ke. Mana tau kan esok lusa ada rezeki bergolek dah dapat beli Hyundai Veloster idaman cheq tu. Rumah, kereta, harta dah ada. Tahun depan habis la study cheq, insha allah dengan izin-Nya. Boleh la cheq tolong ummi dan abah jauh kat kampung nun.

Harap-harap semuanya berjalan lancar hidup cheq neh. Dah penat rasanya asyik dok pikir masalah orang. 







Nota Berkaki : 1st time tulis entry  makan masa 2-3 hari. Hahahaha.. Tak tahu nak tulis sebenarnya. Takut jika penggunaan perkataan dalam entry nie akan mengguriskan perasaan beberapa pihak yang terlibat. Huhuhu...