Friday, January 4, 2013

My Memory..

First time mengarang entry menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.7 sejak hampir setahun aku memilikinya. Ketika zaman remaja seusia tingkatan 3 aku dan sahabat baik aku pernah bercerita, agaknya dalam jangka masa 5 tahun dari ketika itu sebesar mana komputer akan dihasilkan, sekecil mana handphone akan direka, alangkah bagus sekiranya laptop tidak lagi mempunyai keybord dan hanya cukup dengan skrin nipis sahaja.

Ketika itu Nokia sedang mendominasi pasaran telefon bimbit dengan mengeluarkan pelbagai model  hampir setiap bulan. Model yang menjadi sasaran kami ketika itu ialah Nokia 7700, model yang berbeza dari bentuk handphone biasa. Tapi itu hanya cita-cita remaja kami. Sekarang jika melepak bersama, topik handphone tetap menjadi perbualan. Kini sahabat baik aku menghasilkan teknologinya sendiri. Terlibat  dengan bidang kajian teknologi, Zul telah berjaya mencipta beberapa peralatan berasaskan skrin sentuh ciptaan anak tempatan.

Ah, nanti aku ceritakan lebih detail perihal Zul dimasa akan datang. Sekarang ni aku nak tidur. Payah juga menaip guna tablet ni. Hehehe..

2 comments:

Putera said...

i lg suka taip dengan keyboard brbanding touch skrin.. lg cepat nk taip..

adamiedamuss said...

Entry lama ada di blog yg ke-3..