Thursday, November 5, 2015

MEI KEMBALI..

Assalammualaikum w.b.t.

Hai adik-adik abam sekelian. Apa khabar? Sihat? (beragan jadi hos gerak geri gasing..) Muaahahahagagagaga... Bengong punyer gelak..

Well, tetiba lama abam menyepi. Dekat group wechat, dekat group whatsapp, dekat group g+, semua group abam sepi. Malas nak melayan korang merapu. Ekekekeke.. Padahal rindu jek nak join korang merepek dalam tu. Tapikannnnnnn.. sejak abam tak join, makin tak meriah tengok korang dalam group tu. Apekehey nyer yop?? Sedeh sebab abam takde dalam group tu ker?? Sila pujuk abam.. Hak hak hak.. Gedix nak mampos.. Perasan je lebih abam neh.. Kui kui kui..

Okay. Dalam bulan april lepas banyak perkara yang berlaku hingga sekarang. Abam pon tak tau macam mana semua benda ni boleh berlaku. Pepon, abam pasrah jek. Hak hak hak..

Bulan mac lepas abam operate buang tonsil. So, abam skang ni OKU dah. Manusia tanpa tonsil. Kui kui kui.. Macam teruk jek bunyik. Over tol abam neh. Apepon, terima kasih tidak terhingga kepada mereka-mereka yang menghulurkan bantuan dengan hati yang iklas ketika abam mengalami kesulitan yang teramat sangat. Terima kasih sebab memahami yang abam sebatang kara diperantauan ini. You know who you are. Rasa nak kiss awak-awak yang tolong kitew tu sampai lebam. Hik hik hik...

Then hujung april lepas hingga awal bulan mei, abam dengan jayanya berjaya balik kampung setelah lebih daripada setahun abam tak balik kampung. Yang paling gembira tentulah ummi. Lepas salam jek terus dipeloknya ketat-ketat abam ni. Hmmmm... I miss you too mom.. Abah pon happy gak abam balik hari tu. Walaupon abah tak tunjuk, abam boleh rasa. Hehehehe...

Abam balik berdua kali ni. Dengan siapa? Biarlah rahsia dulu. Hehehehe.. ; )

Abam balik dalam 4 hari. Sempat la pergi Rantau Panjang (kampung kelahiran abam),

Lepas tu abam ronda-ronda satu Kelate mencari ikan kering sepisis buah-buahan sehingga ke kampung atok sebelah abah abam, Giler payah nak jumpa sebab bukan musim buah-buahan katanya.

Kemudian satu malam tu abam demam. Dah lama abam tak demam. Ubat lepas pembedahan dulu pon abam lupa bawak balik. Maka berhuhu la mencari ubat di musim cuti yang panjang itu. Maka terpaksalah abam drive balik ke Kedah dalam keadaan demam keesokan harinya. Penat giler masa tu. Sampai je ke Alor Setar terus abam telan ubat dan tido tak ingat dunia. Apalah nasib co-pilot abam tak reti nak drive kereta manual. Huhuhu..

Selepas tu abam pon dah terlupa apa yang terjadi kat Alor Setar... Huhuhuhu...







Sebenarnya sebahagian entry ni abam dah taip sebelum lappy abam jatuh koma dan tidak lama kemudian telah almarhum sebelum organ-organ dalamannya didermakan kepada pihak yang memerlukan.

Dan semalam komputer baru yang abam order dari Kota Singa telah selamat sampai ke tangan abam. Maka hari ni dengan semangatnya abam memasang komponen-komponen lama dan baru menjadikan entiti baharu untuk abam online kembali. Ape ntah yang aku merapu nih... Haiishhhhh..

Dan oh ya. Minggu lepas abam telah selamat menjalani majlis konvokesyen dan menerima dua gulung sijil bersejarah setelah mengharungi pancaroba dan penat lelah selamat 5 tahun. Walaupon tak sampai 5 saat diatas pentas, tapi moment tu rasa giler best.Hahahaha.. Macam nak sambung study lagi je rasa.

Dan juga abam telah ditukarkan ke pejabat baharu yang jauh nun di sempadan Kedah. Huhuhu.. Penat giler kerja kat sana.

Aahhhhh... Macam-macam story lah sejak abam tak online ni. Port untuk abam update blog kat KFC stadium pon tutup masa tu sebab tengah renovate. Terus takde mood nak update blog ni. Sebab tu abam menyepi jek. Takde sape-sape yang nak hiburkan hati abam sehingga mood abam stabil. Huhuhuhu..

Nasib baik la komputer baru abam ni best. Terus membuak-buak mood nak tengokkkkk.... Errrrr...









Nota Berkaki : Ok, bye....