Hai.. Apa khabar.. Hahaha.. Kekonon macam ada yang membaca blog ni kan.
Tetiba lama cheq menyepikan diri. Baru kini menjelma kembali. Meh sini nak cerita.
Pertengahan bulan november lepas cheq accident moto otw nak pi keja. Terbabas sesorang. Selalu macam ni. Hahaha.. Nasib baik accident selalu tak menyusahkan orang lain. Rabak sesorang. Jatuh terguling-guling macam cerita hindustan. Hahahaha.. Nasib baik orang yang lalu jalan tu perasan dan berhenti tolong cheq. Rabak seluar kerja kat lutut kiri. Tapak tangan kanan pon rabak gak macam accident lepas. Luka tempat yang sama pulak tu. Ala-ala parut lama berdarah kembali. Hak hak hak..
Lepas buang-buang anak batu yang melekat di luka di tapak tangan, cheq angkat moto yang dah pecah lampu depan tu dan start. Nasib baik hidup. Masuk gear terus pi pejabat. Gigih kan? Sampai ofis budak-budak ofis tolong bersihkan luka dan sapu ubat. Tengok macam luka luaran je dan tak teruk sangat pon. Tapi tangan kanan tak boleh nak gerak. Maybe sebab hentakan masa jatuh tadi. Satu hari aku duduk je kat meja. Buat kerja kat situ sebab rasa penat sangat dan tahan pedih luka. Nasib hari khamis. Kerja halfday jek.
Otw balik rumah cheq bawak moto tu pelan-pelan jek. Dah la handle moto senget, terpaksa cubit plak pemulas minyak sebab tak boleh nak genggam. Hahaha.. Rasa lawak plak. Sampai je dirumah try nak rehat dan tidur. Tapi tak lena. Lastly cheq tukar baju dan drive kereta ke hospital. Check in jam 5 petang dan check out jam 1 pagi. Hohoho.. Time ni la lepas je x-ray rupa-rupanya ada tulang patah dan menjadi serpihan mencucuk muscle kat pergelangan tangan kanan. Doc bagi MC 19 hari dan rujuk ke Fisioterapi. 19 hari weh. Terasa sempat untuk siapkan assigment untuk semester ni. Tapi malang tidak berbau. Kentut juga yang berbau di waktu malam. Muahahahaha...
Time ni juga lah laptop check nak buat hal. Huhuhuhu.. Terpaksa la cheq hantar ke my personal mekanik. Hak hak hak. Sebab dia sorang je tahu ape yang ada dalam laptop ni dan dia sorang je cheq percaya. Tapi kali ni lama gak la dia repair. Sampai habis mc cheq pon tak siap lagi dia repair. Huhuhu..
Lepas je habis mc 19 hari, doc tambah lagi mc 24 hari. Giler meroyan cheq kat umah sorang-sorang. Huhuhu.. Sepanjang mc tu, sehari adalah dalam 4-5 kali cheq mandi. Payah doh sebab tangan kanan takleh nak sental part sebelah kiri. So nak menjaga kebersihan dari bau-bau yang tidak menyenangkan maka terpaksalah mandi banyak kali. Huhuhuhu.. Walaubagaimanapun, ada yang sanggup tolong cheq mandi seminggu sekali dengan bersih. Di sental semua bahagian yang berkerak. Huhuhu.. Nasib ada yang sudi. Huhuhu.. Kalu tak berkerak la daki kat badan.
So sekarang ni cheq masih menjalani fisio setiap 2 minggu sekali. Dan simen ditangan kanan telah dibuka sepenuhnya. Lega sket nak gerak. And the lappy just back to my hand in few weeks ago.. Huhhuhu... Pulun wat assigment.
Ini mungkin entry terakhir bagi tahun ini, sebab cheq nak fokus untuk exam terakhir cheq di kolej. So lets flash back the big thing yang terjadi sepanjang tahun ni.
First, holiday in Bangkok with my adik hitam manis. Patrick the starfish. Hak hak hak.. 1st time kot cheq keluar negara sendiri. Selalunya dulu-dulu dengan bekas kekasih hati jek. Kami disana lebih kurang 5 hari 4 malam. Semua gamble jek. Naik BTS, naik teksi, naik tut-tut pi pusing bandaraya Bangkok tu. Best giler kot melancong berdua. Semua main gasak jek.
Nasib baik jumpa hotel murah dekat dengan stesen BTS. Depan hotel je pun. Semua shopping komplek kami dah masuk. Shopping kat Chatucak, pi Songkran kat Silom and also makan nasi + telur dadar tepi jalan kat Silom, 1 hidangan RM2 jek, sedap pulak tu. Kebanyakkan yang meniaga waktu songkran tu adalah pelajar-pelajar universiti yang sedang bercuti. Pandai diorang cari duit. Masak nasi n 1 dapur gas plus few bahan untuk dimasak telur dadar. Simple dan sedap. Tapi tempat berulang kali kami singgah ialah Terminal 21, food court dia banyak kot. Hahahaha.. Pulut mangga kat situ best. Masa songkran kat Silom tu my adik tu mula-mula dia beli pistol kecik. Pastu tak puas hati dia beli lagi besar. Seronok katanya tembak-tembak orang. Habis semua orang dia tembak. Hahaha.. Lapas dah basah-basah, tunggu kering sket baru balik hotel naik BTS.
Best kot,, Rasa tahun depan nak pi lagi. Tapi rasanya terpaksa pergi bertiga plak la kut. Huhuhu.. Adik hitam manis dah ada buah hati pengarang jantung yang akan dia bawa kemana sahaja dia pergi. Hak hak hak..
Perkara yang paling tak sangka berlaku pada tahun ni apabila cheq sendiri terperasan ada orang cilok pic cheq kat blog dan lepas tu pi tayang kat fb. Hahahaha.. Memang sangat-sangat tak sangka pic cheq yang tak cheq tak sangka boleh menarik perhatian untuk di cilok. Pepun kesihan kat mamat tu sebab yang jumpa pic tu adalah owner blog sendiri. Dah la mengaku tu pic dia, lepas cheq komen terus block cheq. Hahahaha.. Dasar takdak teloq. Ada hati nak tayang teloq orang. Sian pada yang dok bersungguh-sungguh komen tu. Hahahaha...
Pada bulan berapa ntah ada la sikit kenangan dengan papa bear. Walaupun dah takde special-special kan, masih ada in touch jarang-jarang dengan papa bear.
Ni pic masa kat Penang. Papa bear bawak abang angkat yang hampir terangkat (hak hak hak.. gurau jek) pi jumpa "bekas" kepada abg angkat nyer. Korang paham? Okay.. paling kanan yang berjanggut dan berbaju belang tu abang angkat papa bear. Dan yang paling depan yang amik pic ni tu la bekas kepada abang angkat papa bear. Yang paling tinggi dan besar tu adalah papa bear. Hak hak hak. Yang pakai baju hijau tu la cheq. Masa ni masih menjadi belaan papa bear. Nak makan apa bagitau jek kat dia. Sebab tu perot bulat comel jek. Wakakakaka.. Now berat dah mantain bawah 65kg k.. Hahaha..
By the way, kalau korang nak tau papa bear ni sweet ke tak, meh tengok pic tahun lepas apa yang papa bear nie mampu buat.
Haaaaa.. Kad dan bunga minta maaf. 16 kuntum ros merah hidup. Terkejut cheq. 1st time tau orang buat macam nie kat cheq. Mai anta kat umah kau. Masa mula-mula dapat tu rasa malu la gak, sebab jiran-jiran tengok kan. Dah la malu kat orang yang mai hantar tu sebab baru bangun tido. Dengan muka berserabai, air lioq basi bertempek kat pipi. Hahaha.. Makhluk mana la yang hantar bunga kat lelaki kan. Hak hak hak.. Lepas sain kertas terus lari-lari masuk dalam umah. Hak hak hak...
Dan ini untuk julung-julung kalinya, selepas hampir 12 tahun tidak menjadi ahli mana-mana hospital, maka dengan rasminya cheq menjadi ahli hospital Aloq Staq tahun ni. Bukan takat 2 kad, tapi 3 kad cheq dapat termasuk kad fisio. Hahahaha.. Memang macam ni kot, habis ja kitaran tahun kuda memang akan sakit bertimpa-timpa (jangan nak percaya ni sangat, nanti terpesong akidah) hohohoh..
So sekarang ni baru je lepas exam mid term. Masa kuiz bulan lepas cheq tak boleh nak jawab soalan kuiz sebab tangan bersimen. Exam mid term ni pon gigeh gak nak menulis walaupun tulisan tak cantik. Gasak lah..
Now kat kelate tengah banjir besar. Besar giler-giler. Alhamdullillah kampung cheq tak terkena banjir lagi. Tapi laluan dan jalan ke kampung dah tenggelam dan ditutup. Nak balik kampung pon tak dapat. LRTB dah runtuh. Mintak-mintak semuanya selamat kat sana.
Nota Berkaki : Jom doakan semoga banjir cepat surut dan tiada lagi orang yang terkorban. Aminnnn.