Tu dia tajuk ala-ala pilem or drama swasta nak kasi cepat habis jek sebab dah buntu idea tak tau macam mana lagi nak panjangkan cerita seperti sinetron indonesia yang sebanyak 500 episode tu. Hahahakhakhak..
Sebenarnya hari ni (18 Feb) hari lahir sahabat karib cheq. Pagi-pagi lagi lepas je punch card terus call Z. Ala.. Sahabat karib cheq yang tau rahsia besar cheq nie laa. Sahabat satu kelas, satu meja, satu kerusi. Tema semua satu baq hang. Lepas ja borak-borak dalam 10 minit akak depan meja cheq masuk pejabat nangis-nangis. Bila cheq tengok kat tangan dia ada kotak kek, sah ada kawan-kawan dia buat suprise neh. Akak neh cepat touching sket. Sikit-sikit nangis walaupon bibir dia kita boleh tengok dia tengah senyum.
Kemudian baru cheq perasan, birthday akak tu jugak 18 Feb. So, cheq pon wish la kat akak tu. Dapat la makan kek free. Hak hak hak. Lepas tu sambung buat kerja macam biasa. Dalam jam 11 pagi macam tu partner sebelah cheq plak dok gelisah. Jap-jap dapat call. Macam sibuk pulak dia hari ni. Walaupun partner meja sebelah dok cakap tamil, cheq dapat la faham sket-sket apa dia cakap. Then cheq tanya dia pasai apa? Dia cakap wife dia dah masuk wad. Then dia bagitau akak yang nangis tadi, "akak, tahun depan kita boleh sambut birthday sama-sama dengan anak saya". Patut la dia gelisah semacam. So, hari ni aku dan akak yang nangis tadi volunteer take over kerja dia. Jam 1 petang kami ramai-ramai halau dia balik ke Sg. Petani tengok bini dia. Suruh balik awal pagi tadi tak mau. Gedik sangat ini tambi.
So back to tajuk entry kali ni. Tahun lalu boss cheq ni macam saja tau buat aktiviti kursus dan pameran kat tempat-tempat kenangan cheq. Tension rase. Sebab tu tahun lepas banyak mood jiwang sket dalam entry blog neh.
Ok. Ada beberapa tempat yang boss cheq luluskan untuk aktiviti kursus dan pameran sepanjang tahun lepas. Antaranya di Kem BTN Perlis. Ala yang dekat Gua Kelam tu laa. Sebenarnya kat situ lah pertama kali cheq pi berdating dengan Mr.X. Hak hak hak.. Hebat tak tempat kami dating dulu-dulu? Kononnya nak lari dari tempat orang kenal kami. Hehehe.. Mula-mula cheq tak tau lokasi sebenar tempat ni. Yang buat paperwork pilih tempat ni my office partner, Mr.Tambi and my boss laa. Masa diorang dok cari lokasi tu cheq malas nak amik port sangat.
So pada pagi bertolak tu, bila dah nak sampai ke kawasan Gua Kelam tu, cheq rasa macam pernah lalu jalan situ dan macam pernah mai ja kat situ. Then terus terimbau kenagan masa mula-mula dating kat situ. Kawasan parking, cheq bleh ingat dimana kami pernah parking kereta waktu dulu. Dari mula pintu masuk ke kawasan gua, cheq mula nampak balik jalan-jalan yang pernah kami guna. Gambar-gambar yang pernah kami ambil dulu masih cheq simpan elok dalam file. Bila dah lepas ke seberang gua, cheq nampak landmark gua dimana kami pernah tangkap gambar sama-sama kat situ.
Dalam menyusuri jalan menuju ke kem BTN tu cheq nampak kawasan tanah tinggi dimana kami pernah berpelok dan ambil gambar sama-sama di situ. Begitu juga gazebo kayu dimana tempat kami berehat sambil berborak-borak panjang buat pertama kali mengenali diri masing-masing sambil melayan gigitan nyamuk hutan. Hahaha.. Di kem itu, cheq berkursus selama 4 hari 3 malam. Best gak la. Bila ada aktiviti senggang, kami peserta kursus diberi masa untuk mandi di anak sungai yang mengalir ke dalam Gua Kelam. Sejuk giler air sungai tu. Kalau dulu masa dating, kami dok tepi sungai sambil melayan mata tengok anak-anak ikan rempit tengah mandi pakai boxer je. Giler teruja masa tu. Muahahahaha..
Kemudian ada pameran di Pantai Merdeka. 2 hari dan 1 malam cheq kat sana. Terus teringat masa Mr.X buat famili day kat situ dulu-dulu. Bila pergi jalan tepi pantai dia terus teringat kat mana cheq pernah duduk di pinggir penghadang ombak sambil main mata dengan Mr.X walaupun masa tu ahli keluarga tengah ramai disekeliling kami. Melayan karenah anak-anak mandi pantai dan melawat bilik dimana kami sekeluarga pernah tidur bersama-sama beramai-ramai.
Selepas saja pameran, tiap-tiap petang cheq akan pergi menikmati mee udang yang pernah menjadi entry di blog ini 4-5 tahun lepas. Walaupon terpaksa makan sorang-sorang, cheq tak ajak sorang pon kawan-kawan pejabat cheq pi makan kat situ. Nak melayan perasaan katanya sambil ditemani bayu laut.
Selepas tu, tiga kali cheq kena pi ke daerah Yan. Kali pertama kerana mewakili pengarah cheq yang tak dapat hadir semasa perasmian IPD ke IPK cheq dah lupa di situ. Masa tu bila saja lalu simpang lampu isyarat simpang 5 menghala ke Yan, cheq terperasan gerai dimana kami pernah bersarapan pagi bersama. Lepas tu kali kedua dan ketiga cheq dah lupa atas urusan apa, tapi cheq ingat cheq pernah sampai ke Titi Hayun atas urusan kerja.
Dan yang terakhir cheq kena pergi untuk pameran di Kem Askar Wataniah berhampiran Bukit Selambau. Bila melalui jalan situ, teringat pulak masa mula-mula ikut Mr.X pergi berkempen pada pilihanraya kecil di Bukit Selambau pada tahun bila ntah. Waktu tu waktu malam. Dari rumah Mr.X ke Bukit Selambau menggunakan jalan lama sememangnya seram sebab tak banyak lampu jalan. Kenangan melawat bilik gerakan, mendengar ceramah parti bertanding semua terbayang bila melihat balik tempat dan jalan serta tujuan bila ke tempat tu dulu-dulu.
Memang mengusik kenangan sungguh kerja-kerja tahun lepas. Nasib baik kejohanan bowling tahun lepas diubah lokasi. Kalau tak, gerenti cheq pilih lane kenangan masa cheq mula-mula belajar main bowling dengan 1st X 9 tahun dulu.
Dengan izin-Nya tahun ini semoga berkuranglah kenagan yang mampu mengusik jiwa.
Btw.. Cheq baru ja habis exam akhir semester 8. So sekarang sedang bercuti dari belajar. Alhamdullillah soalan exam kali ni boleh dikatakan semua mampu dijawap dengan jayanya. Hehehehe.. Harap-harap pointer mampu la naik dengan mencanaknya. Dan sekarang tengah tunggu bulan april je untuk percutian yang telah dirancang. Kemana kite?? Hehehehe.. Ada orang nak join ke bulan 4 nanti???
Nota Berkaki : Sebenarnya esok pagi jam 8am kene handle kursus, tapi time ni gigih lagi tak tido.. Huhuhuhu.. [times now : 0343]. Gud nite~~~