Monday, January 27, 2014

Bila En.Jazzlee Bertanya..

JAZZLEE said...

aku nak tanya ko jgn marah, ko cakap ko ada anak, tapi aku still confius (gay or ?) atau ko gay tapi mampu kawen dan ada anak. tapi kalau ko normal nape plak ada kat sini. jawapan ko mungkin dpt bantu aku utk tinggalkan dunia haprak tuh.





Tu dia dunia haprak kata en.Jazzlee.. Hahaha..
Sebenarnya yang haprak tu kita, bukan dunia. Dunia tak pernah haprak. Kita yang haprakkan dunia.

Untuk menjawab persoalan dari en.Jazzlee nie, aku nak tanya ko dua soalan. Ko dah tahu tentang perasaan dan orientasi ko macam mana kan? So, apa tujuan ko bercinta dengan lelaki sebelum ni??

For fun?

For s*x?

For relationship?

Or, ko tak tahu apa tujuan hang??




Sebelum aku jawab soalan ko tu.. Aku nak ko faham apa yang mungkin aku terangkan dan ceritakan nanti itu semua datang dari pandangan dan kisah aku sendiri. Jadi ia bukanlah jawapan mutlak yang boleh dirujuk 100%. Mungkin situasi aku dan ko berbeza. Lagipun aku tak pernah tahu kisah hidup ko macam mana.

Sesungguhnya aku kat sini tak pernah berkahwin. Aku hanya 'nikah batin' je dengan Mr.X aku dulu. Hahahaha.. Ok dah terjawab persoalan ko tu kan??  

Yup aku berkapel dengan suami orang. Berapa lama aku berkapel?? 7 tahun secara kasarnya. Secara tepatnya 7 tahun 5 bulan. Kali pertama hari lahir aku disambut adalah secara tidak sengaja semasa dia mengajak aku meraikan hari lahir bfnya ketika itu. Itu yang dinyatakan oleh Mr.X. Tapi apa yang aku lihat diorang tak macam kapel langsung. Dan ketika itu aku masih tidak tahu mamat itu adalah kapel kepada Mr.X. Mr.X hanya perkenalkan dia sebagai adik angkat. Lagipun aku baru je berumur 21 tahun ketika itu. Masih baru dalam dunia songsang ni.

Kebetulan yang aku maksudkan diatas adalah kerana tarikh dan bulan lahir aku dan bf Mr.X ketika tu adalah sama. Kami sama-sama dilahirkan pertengahan bulan di pertengahan tahun. Maka itu kali pertama seumur hidup aku hari lahir diraikan. Walaupun ia sebenarnya adalah secara tidak sengaja.

Aku mula mengenali dunia songsang ini selepas aku mula-mula bekerja jawatan sekarang. Aku dapat tawaran bekerja dengan kerajaan selepas aku menyelesaikan pengajian aku di peringkat STPM. Yup, aku berumur 19 tahun ketika aku mula-mula bekerja. Selepas aku berkursus di Negeri Sembilan, aku dihantar ke Kedah untuk penempatan pertama aku. Selepas beberapa bulan bekerja disini, aku kenal dengan X pertama aku. Sama jawatan. 10 tahun beza umur kami. Selama setahun kami kapel sebelum kami sama-sama putuskan hubungan kami kerana dia terpaksa ditukarkan ke pejabat lain.

Kemudian aku berkenalan dengan seorang pegawai dari Kementerian Kesihatan. Beza umur kami ketika itu 25 tahun. En.X sudah berkeluarga dengan 3 orang anak. Tapi hubungan kami tak lama. Sekejap je. 

Selepas itu barulah aku berkenalan dengan Mr.X seperti yang sesetengah daripada korang kenal. Beza umur aku dengan Mr.X ketika tu sebanyak 16 tahun. Mr.X juga telah berkahwin dengan 3 orang anak. Ketika hubungan aku dengan Mr.X masuk tahun ketiga, wife Mr.X mengandungkan anak keempat. Ketika tu aku punya seronok tuhan  je tau. Macam aku pulak yang mengandung. Hahaha.. Seriusly anak-anak Mr.X banyak ajar aku erti sabar dan berkongsi. 

Jika dulu anak-anak saudara aku selalu menjadi mangsa buli aku. Kena jerkah la, kene marah la dan yang paling teruk yang aku pernah buat kat diorang aku luku laju-laju. Hahaha.. Sape suruh diorang nakal sangatkan?? Hahaha... Jahat punya bapak sedare.. Lepas kenal Mr.X dan keluarga, aku fikir aku perlu ubah sedikit itu dan ini untuk memastikan hubungan aku dan Mr.X berjaya dan bertahan lama. Mula-mula tu memang susah. Tapi lama-lama ok je. Lagipun anak-anak Mr.X tak nakal sangat. Senang nak urus.

Setelah kelahiran anak terbaru Mr.X aku paling happy kot. Dah pilih macam-macam nama, tapi semua kene reject. Wife Mr.X nak bagi nama simple jek. Emmm... Frust gak mula-mula. Tapi ok je lepas tu sebab aku cadangkan je kan? Dan yang paling best anak ini paling manja dan rapat dengan aku.

Apabila berkapel dengan suami orang maka banyak yang kita perlu makan hati. Bukan apa, suami orang ni banyak tanggungjawab. Tanggungjawab untuk isteri, anak-anak, keluarga sendiri, keluarga mertua dan kerja harian.  Berbeza sangat-sangat dengan yang bujang. Lagi-lagi Mr.X terlibat aktif dengan NGO dan politik. Maka masa senggang antara aktiviti-aktiviti ini jika tiada urusan penting dan aral, itulah masa untuk aku. Sedihkan? Tapi itu bergantung kepada apa yang korang cari dalam hubungan korang tu. Seperti persoalan diatas, apakah yang korang cari dalam hubungan sesama jenis ni?? Hmmmmmmm... Hhmmmmmmmmmm!!?




Hahaha...  Dan ini jawapan aku. Aku mahukan hubungan yang selamat di dunia dan akhirat. Hah!? Ape yang aku merepek ni kan? Hahahaha... Giler ke ape? Akhirat??

Baca la dulu. Korang ni pon. Suka buat telahan melulu. Nampak sangat sifat Melayu makcik Joyah tu terlampau tebal dalam diri kan kan kan.. Hahahaha...

Hubungan yang selamat didunia. Aku sebenarnya cuba untuk setia kepada seorang. Susah untuk aku menyerahkan diri kepada orang lain sekiranya aku telah bersama seseorang. Kecuali seorang. Sape..Sape..!? Hahaha.. Mana bleh bagitau. Itu pon berlaku masa mula-mula aku ingatkan aku telah putus dengan Mr.X ketika mula-mula gaduh besar dulu. Lama gak la Mr.X tak contect aku. Secara kesimpulannya aku buat keputusan antara kami sudah tiada apa-apa lagi walaupun sayang aku pada dia masih menebal. Ketika itulah aku kenal Mr.Y atau lebih dikenali sebagai Fafau. Fafau nie susah aku nak story sebab sampai sekarang tak banyak yang aku tahu tentang dia nih. 

Tapi selepas beberapa minggu dan bulan Mr.X kembali dalam life aku. Pada masa tu aku jadi serba salah dengan Fafau. Akhirnya aku tetap pilih Mr.X. Dan Fafau aku masih berhubung hingga sekarang. Jika aku ada masalah aku akan cari Fafau. Walaupun Fafau sendiri jarang.. emm... bukan jarang.. Tapi susah untuk bercakap dengan aku. Kalau aku tak cakap. Jangan harap Fafau tu nak bercakap or what so ever.

S*x. Bagi aku s*x bukan masalah besar. Apa yang aku harapkan dalam hubungan sejantina adalah perkongsian seperti pasangan normal yang biasa. Hidup bersama, melakukan aktiviti harian, melaksanakan tugas-tugas masing-masing dan berada disisi si dia apabila si dia memerlukan. Bila dua lelaki memutuskan hidup bersama tidak semestinya aktiviti s*x itu akan mendominasikan hubungan tersebut. Kecuali anda seorang yang gila s*x or baru nak belajar berkaitan s*x.


Bagi aku, ini pendapat peribadi aku sendiri tau. Tak ada niat untuk menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Pencipta atau melanggar hukum-NYA. Adalah tidak salah sekiranya dua orang lelaki berpelukan, bercium, berpegang tangan dan bermanja jika ia tidak melibatkan rasa syawat yang sudah tentunya boleh menimbulkan rasa ghairah yang boleh menyebabkan mereka terjerumus kearah perlakuan s*xual. Perilaku s*xual itu yang salah. Tapi jika perbuatan kita itu dikawal tujuannya, maka itu bukan masalah bagi aku. Itu pendapat aku la. 

Dan ini bukan bermakna aku tidak pernah melakukan hubungan s*x dengan ex-ex aku sebelum ni. Pernah je kot. Tapi aku hanya menurut. Jika mahu, akan aku turutkan. Jika tidak, juga akan aku turutkan apa saja yang diputuskan. Dan yang selalu menjadi masalah apabila sifat manja aku selalu menaikan syawat mereka. Maka perkara itu sering terjadi. Selain tu, bila jarang-jarang jumpa, perkara itu yang menjadi keutamaan. Nak tolak dah rezeki.. Hak hak hak.. Bengong.. Nak tolak nanti dikatanya tak sayang pulak. Maka, diturutkan je lah.. Aku lebih suka spend masa berkualiti berdua baring-baring, manja-manja sambil sembang-sembang masalah yang ada, tanya pendapat, buat pro&cont, selesaikan isu dan masalah bersama-sama. Jika betul-betul kelapangan aku lebih suka luangkan masa berdua ronda-ronda, maybe melancong, keluar makan or masak sama-sama tanpa ada rasa terkejar-kejar or tertekan. Aku suka buat tu semua, tapi peluang yang ada selalunya susah nak dapat.

Bukan nak kata aku tak pernah menggoda ex-ex aku, pernah sangat. Tapi apabila aku rasa ianya keperluan je lah. Jika tak, takdenyer aku nak mengedik. Aku bukan nak hadap s*x 24/7. Banyak lagi benda lain nak buat. Dan sebenar-benarnya aku lebih suka bermanja, yup seperti yang aku katakan diatas. Best kot. Lagi best dari buat s*x. Sebab ianya memori yang akan kekal buat masa yang lama. Tidak seperti s*x, ianya hanyalah keenakan sementara.



Kini, apa yang aku cari dalam hubungan bukan lah keseronokan semata-mata. Tapi sesuatu yang boleh membuatkan aku rasa selamat dan diperlukan apabila aku memerlukannya. Masalah akan sentiasa ada. Apa yang penting adalah keberanian untuk berterus-terang dalam tujuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Dalam perhubungan masalah sememangnya banyak. Lagi-lagi apabila dua orang yang asing membuat keputusan untuk hidup bersama. Rasa bertanggungjawab keatas pasangan dalam sebuah perhubungan perlu diutamakan. Kerana rasa bertanggungjawab selalunya dianggap remeh kerana kedua-duanya adalah lelaki yang tinggi egonya dari azali. Tetapi masalah itu dapat dielakkan jika kedua-duanya merendahkan ego masing-masing. Macam kata-kata orang tua dulu-dulu, ego tu biarlah bertempat. Eh... Ade ke?? Hahaha..

Maka komunikasi antara pasangan menjadi penting kerana ia akan menjadi medium penyampaian maklumat antara korang berdua. Tetapi selalunya sebelah pihak akan salah faham dengan maklumat yang cuba disampaikan. Kerana ego yang merasakan dirinya betul setiap masa. Jika kita yang bersalah dan ditegur terima sajalah dengan terbuka, bukan dengan dendam. Kekadang berkasih dengan yang tua ni memang susah untuk menegur, ditegurnya kita balik 'aku hidup lebih lama dari kau, kau apa tahu'. So how?? Bukan nak kata yang tua saja, yang muda pon sama, bagi teguran sikit dikatanya kita tak memahami dia. Tindakan yang dilakukan ada tujuan dan asas. Tapi last-last, kat orang tua tu jugak ko hadap kan kan kan?? Hahahaha... Semua ni berdasarkan pengalaman ye.

Tak ada yang senang dalam dunia ni. Nak berak pon kekadang berlaku sembelit jugak tau, walaupun bukan selalu. Begitu juga dalam perhubungan songsang macam kita ni. Hubungan normal lagi banyak masalah. Kalau tak pakai kondom sekali, silap-silap berisi terus. Wakakaka...



Untuk ko meninggalkan dunia haprak seperti mana ko katakan tu. Bagi aku tidak ada cara yang senang. Jika ada pun, tak semestinya sesuai dengan keadaan dan situasi kita. Banyak cara yang boleh ko cuba gunakan. Bagi yang biol skit, boleh guna kaedah tradisional yang suka dan percaya bomoh. Korang ingat dengan mandi bunga tu segala masalah bleh hilang?  Hahaha.. Kalau korang percaya dengan cara saintifik, korang bleh guna kaedah psikologi seperti kaunseling. Tapi yang aku dengar mereka ni banyak menggunakan kaedah brain wash yang bersifat penafian. Ramai yang menjalani sesi ini sudah berkahwin, tapi ramai daripada mereka yang menderita psikologinya. Tidak kurang yang menganiayai pasangan masing-masing. Tak selesai masalah jugak. Ko nak ubah diri, tapi tanpa sedar ko dah aniaya orang lain.

So kaedah mana yang berkesan? Jawapan aku, bergantung kepada kaedah dan situasi yang kita pilih dan sejauh mana kita mematuhi kaedah itu. Dari banyak-banyak kes yang pernah aku baca dari blog Abg Najmi, kebanyakkan kisah yang dapat aku simpulkan, mereka yang ada masalah jiwa macam kita ni memilih mendekatkan diri kepada Tuhan mengikut agama dan kepercayaan masing-masing. Kebanyakkan daripada mereka masih muda tetapi berjaya mengawal nafsu masing-masing. Nafsu memang sukar untuk dikawal. Lagi-lagi mereka yang bertuankan nafsu. Didepan orang ramai penampilannya bukan main alim, tetapi dalam serban.. Tudiaa.. Tanduk bercabang 19. Lagi-lagi zaman sekarang. Di sekolah pondok mahupun asrama belum tentu lagi selamat nasib anak-anak muda yang baru hendak mengenali alam baligh ini dari abang-abang senior.

Jadi apa yang penting sekarang kekuatan hati dan dalaman kita jika betul-betul hendak berubah. Tapi perubahan yang dibuat tidak semestinya berjaya 100%. Kerana kita adalah golongan yang mempunyai kelemahan. Bukan seperti malaikat. Maka kita perlu siapkan diri dengan apa jua kemungkinan kelemahan kita nanti. Jangan pula cepat mengalah. Cabaran dan cemuhan itu akan menjadi perkara biasa. Lagi-lagi dari kawan terdekat. 

Maka adakah jika kita hendak berubah kita kene buang semua 'kawan-kawan' sekapal dengan kita? Entahlah. Jika korang merasakan kawan-kawan korang menyusahkan. Sila tolak diorang ke dalam gaung beramai-ramai. Jika korang rasakan kawan-kawan korang tidak membebankan dan tidak dapat mempengaruhi keazaman korang untuk berubah, itu adalah perkara yang membanggakan kerana korang tidak pentingkan diri sendiri. Kerana dalam melaksanakan perubahan ini, adalah sukar untuk melakukannya tanpa sokongan mereka yang memahami. Mungkin kadang-kadang kita akan mendengar berita atau cerita dari mereka yang boleh menyebabkan kita berputus asa dan kembali melakukan perkara yang salah. Tapi kekuatan diri dan sokongan dari pada rakan-rakan yang memahami boleh membantu ketika saat sukar itu hadir.



Dengar seperti sempurna bukan? Sebenarnya teramat sukar untuk sempurna. Maka jadilah diri kita seadanya. Tidak perlu untuk hipokrit dengan diri sendiri, kerana masalah jiwa paling kronik adalah apabila kita sendiri tidak mengenali diri dan bersikap hipokrit terhadap diri sendiri.

Ini adalah dugaan kita yang diberikan oleh-Nya kepada golongan seperti kita. Kearah mana kita membawa dugaan ini semuanya bergantung sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Jika kita memilih jalan yang sukar, maka sukarlah bagi kita. Jika kita memilih jalan yang senang, senanglah bagi kita. Sukar atau senang yang dipilih kedua-duanya bergantung kepada hati untuk kita mencorakkannya. Jika kita memilih jalan yang sukar, tidak semestinya kesukaran itu akan berpanjangan. Dan jalan yang sukar tidak pasti kesudahannya akan menjadikan kita baik. Begitu juga sebaliknya. Maka jalan yang bagaimana harus kita pilih? Aku juga tiada jawapan untuk itu. Kerana tidak bermakna jika kita menahan nafsu kita akan dapat menahan nafsu selama-lamanya. Tidak bermakna jika kita melakukan maksiat kita akan terus hanyut selama-lamanya. Semuanya bergantung kepada hati dan niat.

Hidup ini memang sukar kerana kita tidak tahu apa masa depan kita. Sememangnya hidup kita umpama satu perjudian. Salah langkah, kita tenggelam. Walaubagaimanapun Dia telah menjanjikan kita ganjaran yang besar kepada mereka yang berjaya melawan dugaan seperti kita di akhirat kelak. Dan itu adalah pasti. Aku masih berpegang kepada janji itu walaupun kekadang aku turut tersasar dari jalan-Nya. Aku mahu yang terbaik untuk diri aku, untuk keluarga aku, untuk mereka yang berada disekeliling aku dan untuk mereka yang aku sayangi. Kita hanya boleh merancang, tapi Dia yang akan menetukan.

Maaf jika jawapan yang tepat tidak dapat aku berikan kepada ko. Tapi aku harap apa yang aku kongsikan ini boleh membuka sedikit minda golongan kita dan golongan luar dari kita berfikir kenapa kita menjadi begini? Kenapa kita berada didunia ini? Dan kenapa kita diduga begini rupa?

Sememangnya kita tidak minta dilahirkan begini tetapi kita sendiri perlu belajar menerima siapa diri kita sebenarnya terlebih dahulu sebelum kita meminta orang lain menerima siapa diri kita.

So adakah kita boleh kembali normal seperti lelaki-lelaki lain? Jawapan yang pasti dari aku sememangnya kita tidak akan normal sampai bila-bila. Jika ada yang mengaku, mereka itu sebenarnya berada dalam sindrom penafian tentang siapa diri mereka sebenar. Tapi menerima siapa diri kita sebenar tidaklah bermaksud korang boleh mendedahkan terus kepada masyarakat siapa diri korang, kerana masyarakat kita tak bersedia untuk menerima orang seperti kita termasuklah ahli keluarga kita. Kadang-kadang dapat kita lihat didalam sebuah keluarga bagaimana seorang anak seperti golongan kita disisihkan atau menjadi bahan ejekan ahli keluarga yang lain sehingga ada yang sanggup selepas SPM terus meninggalkan rumah untuk bekerja di bandar dan jarang pulang ke kampung untuk mengelak dari mendengar cacian dan herdikan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut keluarganya sendiri.



Dan beruntung kepada mereka yang mempunyai dwi-nafsu. Ya, Bis*x. Golongan ini hanya perlu menutup sebelah mata kepada satu jantina untuk merapati jantina yang lain. Dan golongan ini juga yang paling sukar untuk mengawal nafsu mereka kerana mereka mempunyai nafsu berbilang. Yup.. Aku sendiri mengakui perkara ini kerana aku pernah berkapel dengan seseorang seperti ini. Diluarnya nampak normal, tapi nafsunya.. Aku je yang tahu.. Hahahaha..

Tapi yang pasti kita boleh mengawal nafsu kita. Bagaimana? Mengikut cara masing-masing. Dan yang pasti cara itu seharusnya kaedah yang positif. Mendalami ilmu agama adalah salah satu cara yang terbaik setakat ini. Boleh dibaca dari banyak pengalaman yang telah dikongsikan di blog abg Najmi dan ramai yang berjaya mengawal perasaan mereka walaupun kadang-kadang perasaan dan keinginan yang membuak-buak dalam diri seolah-olah cuba mengawal perilaku kita melakukan kesalahan tersebut. Itulah cabaran sebenar kita. Faktor pengaruh luaran dan dalaman banyak mempengaruhi kita dalam membuat keputusan tapi yang mampu untuk mengawal tindak tanduk kita dalam membuat keputusan hanyalah diri kita sendiri. Kesilapan yang dibuat adalah keputusan kita sendiri. Dan kebaikan yang dibuat juga adalah keputusan dari kita sendiri.

Oleh itu tidak ada satu cara yang konkrit untuk berubah. Semuanya bergantung kepada hati masing-masing. Kuat hati korang, Insha Allah korang akan dapat berubah walau sebesar kuman. Semuanya bergantung kepada hati dan izin-Nya. Janji kita telah berusaha. Bukan sekadar mengharap tanpa berbuat apa-apa. ; )

Aku pun macam korang jugak. Mencari sesuatu yang tak pasti. Sebab tu aku berada disini. Masih bujang. Untuk berkahwin? Aku rasakan perasaan aku untuk merapati perempuan semakin hilang walau masih berbaki sedikit. Hmmmm... Memang sukar menjadi orang seperti kita.
















Nota Berkaki : Bunyi macam melalutkan? Apepun semoga ada dari golongan kita ini dapat juga berkongsi buah fikiran untuk menjadi lebih positif.

Friday, January 10, 2014

This is Cool.. Muahahahaha..


Jaga-jaga.. ada yg mendengar.. muahakhakhak..